19.8.08

ANWAR WAJIB KE PUTRAJAYA

Semuanya bergerak laju menuju ke medan permatang pauh ketika ini.Jalan nya melebar dan di sana sekumpulan rempit menghalakan motor di susuli dengan perangai asuhan buruk.Medan itu menjadi medan tempur bagi kebatilan dengan kebenaran.Puteri umno yang menggelikan tanpa kawalan adab sopan menjadi pencucuh bagi menyemarakkan keadaan.Penyokong kebenaran jangan terpengaruh dengan tindakan provoksi pihak luar.Pendekar anwar sudah lali menahan tomahan lain jangan pula memburukkan keadaan dengan tindakan kita yang melampau.Anwar mesti menang walau macamana sekalipun,kita mesti menolong anwar ke putrajaya walau najib mengatakan ia omongan semata.Bahaya bagi umno jika anwar ke putrajaya ,ramai akan melarikan diri kerna lobang-lobang akan pecah.Anwar wajib ke Putrajaya atas dasar ingin mempopularkan kebenaran.

18.8.08

MUNGKIN SUMPAH ITU DIPAKSA

Sumpah itu memang berat jika disusuli oleh nama Allah s.wt.Lapaz qasam itu diguna pakai dalam banyak perkara melambangkan kekuatan hujah dan keperkasaan kita dengan kebenaran tentang apa yang dialami,Tapi perlu diingat sumpah itu mungkin tidak terjadi jika dalam kes PAKSAAN.kes diugut,kes diancam bunuh,kes tidak tahan tekanan,dipaksa dan takut atas sesuatu memang mengakibatkan sumpahnya tidak terjadi.Wallahua'lam

MUQABALAH DITERUSKAN

Hadi: Muqabalah dengan Umno diteruskan
Muda Mohd Noor | Aug 17, 08 6:09pm
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan muqabalah, termasuk dengan Umno, untuk kepentingan negara dan Islam.

"Kita akan mengadakan muqabalah apabila perlu kerana ia turut memberi keuntungan kepada banyak orang, contohnya dalam isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memberi keuntungan kepada Hindraf," katanya.

Bekas menteri besar Terengganu itu memberitahu demikian dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia Ipoh hari ini.

Katanya, isu muqabalah tidak perlu dijelaskan lagi kepada komponen Pakatan Rakyat kerana mereka sudah tahu mengenai perkara tersebut.

"Keputusan mengadakan muqabalah itu boleh dibuat oleh parti tetapi kalau perlu ia akan diputuskan dalam muktamar khas," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, peranan kelab penyokong PAS akan ditingkatkan termasuk memberi jawatan senator kepada pemimpin mereka.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana pelantikan senator terpaksa melalui proses undang-undang negeri, maka ia mungkin mengambil masa untuk berbuat demikian.

"Tetapi kita telah melantik mereka dalam agensi-agensi milik kerajaan negeri," katanya.

Laksana hukum Islam

Ketika membuat ucapan penggulungan, Abdul Hadi berkata, PAS boleh bermuqabalah dan bermuzakarah dengan semua pihak selagi parti berpegang kepada prinsip asal.

Beliau menegaskan, PAS melalui kerajaan negeri yang dikuasai, wajib melaksanakan hukum-hukum Islam mengikut bidang kuasa yang ada.

"Jangan cakap sahaja tetapi tidak ada perlaksanaan, sebaliknya membuktikan bahawa syariat Islam itu tiada dalam ideologi dan peraturan-peraturan yang lain," katanya.

Walaupun, PAS katanya, tidak dapat mengamalkan hudud dan qisas, tetapi masih menunjukkan jiwa yang besar sehingga dihormati oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana akhlak yang mulia.

"Kerana kita ada akhlak dan jati diri, orang hormat pada kita," katanya.

Presiden PAS menambah, majlis menteri besar di kalangan negeri yang diperintah oleh Pakatan akan diwujudkan sekurang-kurangnya untuk bertukar pengalaman antara mereka.

PAS, katanya tidak boleh bergerak dalam kepompong Pakatan sahaja, sebaliknya mesti melebarkan ruang lingkup parti itu.

"(Kerana) bila tiba masanya, semua akan dapat dilaksanakan," tambahnya.
MALAYSIAKINI

hormat PAS

Pakatan digesa hormati dasar PAS
Aug 17, 08 7:42pm
Muktamar PAS yang berakhir hari ini meluluskan sebulat suara tiga usul, termasuk mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya menghormati dasar perjuangan PAS dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama tersebut.

Dalam usul memperkukuhkan Pakatan, ia juga turut menyokong pendirian presiden PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalin hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Usul tersebut yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda Kuala Nerus, turut mendesak kepimpinan PAS berusaha memastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan.

Ia juga mahu kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju parti kepimpinan Pakatan.

Kepimpinan PAS juga digesa berusaha menyampaikan dakwah dan kefahaman mengenai Islam kepada parti-parti Pakatan supaya tidak timbul kekeliruan terhadap dasar PAS dalam memperkukuhkan tahaluf siyasi.

Usul yang bertujuan untuk memperkukuhkan Pakatan itu juga mendesak PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan dan menjadikan lima buah negeri kerajaan negeri Pakatan sebagai wasilah untuk pengukuhan kerjasama.

Muktamar juga turut meluluskan dua lagi usul mengenai keselamatan negara dan kedaulatan negara.

Usul keselamatan negara:

Mendesak kerajaan pusat supaya memperkemas undang-undang sedia ada dan memantapkan penguatkuasaannya bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.

Menggesa seluruh ahli PAS supaya bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha membanteras pendatang tanpa izin dan mengenalpasti pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan sebagai pengundi di seluruh negara.

Mendesak pihak berwajib memastikan semua bentuk perndaftaran pendatang tanpa izin secara haram sama ada sebagai warga negara atau sebagai pengundi dihapuskan.

Usul kedaulatan negara:

Memperakui pandangan dua tokoh PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli Mohamed bahawa kedudukan Singapura di rantau ini adalah umpama kewujudan Israel di bumi Arab, dan Malaysia hendaklah mengambil sikap berjaga-jaga terhadap negara ini.

Mendesak kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula dasar-dasar pelaburan di Wilayah Iskandar Malaysia terutama melibatkan pelaburan asing.

Menggesa kerajaan Malaysia bersikap tegas dalam merundingkan penyelesaian terhadap isu-isu tertunggak dengan Singapura.

Mendesak Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan supaya dapat memastikan wilayah Malaysia yang bersempadan dengan Singapura dikawal dan dipastikan ia tidak diceroboh oleh anasir-anasir dari Singapura.

Mendesak kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan supaya mempertingkatkan usaha-usaha mengkaji, menyelidik dan mengumpulkan dokumen sempadan bagi mengelakkan tuntutan ke atas wilayah Malaysia oleh negara jiran.

-MALAYSIAKINI

-malaysiakini