6.11.08

jangan mudah menghukum (part 2)

Ketika saya tulis artikel wahai pendakwah jangan cepat menghukum..dalam tranungkite,saya melihat banyak komen yang diberikan leh pengunjung.Positif dan negatif itu biasalah ragam dan mehnah penulisan.Saya terasa lega kerana saya sudah jelas kan pada pemuda-pemudi yang terlibat dalam dakwah supaya jangan cepat menghukum.Jangan tertipu dan salah sangka dengan tipu daya syaitan yang sentiasa melingkari kita.Saya mengatakan dalam artikel tersebut bahawa jika tidak terang-terangan kita tidak bleh menjatuh hukum terus tanpa usul periksa.Maknanya jika seseorang membuat kenyataan jelas mengatakan hukum hudud itu tidak wajib dan lekeh jatuh hukumnya kafir atau tidak?jawablah sendiri..Kita ini tidak bleh menghukum manusia sesuka hati tanpa mendengar atau melihat bahawa terbukti jelas dan nyata.Wahai saudara,pernahkah saudara membaca kitab-kitab ikhwan muslimin yang menjelaskan pada kita bahawa imam assyahid hasan al banna r.h mengatakan bahawa beliau r.h tidak mahu memetik buah yang tidak ranum(ertinya anak-anak muda dalam usrah yang belum cukup ilmunya)agar tidak cepat menghukum pada mad'uu nya.
Saudara,berapa biji kitab ikhwan yang kita baca?Kita berjuang dengan ilmu sebagai senjata di dada bukan dengan emosi.Pernahkah membaca kitab tulisan yusof qardawi bertajuk"pengalamanku dalam ikhwan.,"bacalah agar beroleh pedoman sejarah.KIta berada dalam gerakan Islam yang sama jadi kita tidak perlu menuduh saudara kita tanpa bukti.Gerakan kita pas bukan lagi menjadi ekslusif tapi kitalah ahli Pas yang mara mendekati golongan UMno yang perlu dibimbing.Inilah gaya dakwah yang tidak kita tidak perlu putus asa dalam mendekati ahli umno.Bina akhlak kita dan bimbing semua.amin.

3.11.08

BUDAYA CEPAT MENGHUKUM






"Kita daii bukan quda'/hakim".Istilah ini bukan asing bagi pendakwah yang berada di celah -celah perjalanan menjadi seorang yang menyebarkan agama Allah s.w.t.Kita kadang-kadang cepat saja menghukum sesuatu atau seseorang sehingga kadang-kadang ia menular menjadi fitnah besar.Budaya ini tidak perlu diamal oleh ahli gerakan Islam dan orang Islam semuanya.Budaya ini membawa kehancuran lebih besar lagi daripada WMD.
Kadang-kadang cepat jer kita menghukum sipolan kafir!entah berhukum kan panduan yang mana sedangkan perbuatan sipolan itu belum nampak terang-terangan berada dalam amaliah kafirin dan mengaku amalan itu.
Kita sebagai daii muslim perlu cepat memegang pada adab fardi muslim yang mana kita tidak perlu tergesa dalam membuat hukuman.Takkan kita terus melabel kafir jika kawan kita menyokong UMNO?
Takkan kita menuduh sahabat kita "mutasaqitun"kerna tidak datang usrah.Semuanya ada adab yang perlu diutamakan berbanding cepat menghukum.
Ulama juga begitu,mereka adalah orang solih yang senitasa teliti sebelum menjatuhkan hukum pada sesuatu,tetapi jangan kita salah faham pula kerana kita boleh menghukum jika sudah jelas kita selidik dan ada evidence.Tersabit buktinya barulah kita dapat menghukum sesuatu dengan sorih dan jelas.
Ubahlah akhlak kita sebelum kita bertemu ILahi.