9.4.08

UNTUK KARPAL.....


BUAT PAKATAN RAKYAT DIINGATKAN

BIARLAH OMBAK DATANG MEMBADAI TETAP KITA TEMPUHI

KETIKA INI MUSUH MENGINTAI PELUANG,

RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI,

ISU NEGARA ISLAM SUDAH SELESAI,

ISU HUDUD PERLU DIBELAJAR DAN DIPAMPLETKAN BUAT KARPAL,

MUNGKIN PAS PERLU MEMBUKUKAN PENERANGAN HUKUM ITU,

MENYEBARLUASKAN UNTUK RAKYAT,

KITA TIDAK HARUS LEBAR KUASA TANPA RAKYAT MEMAHAMI ERTI HUKUM HUDUD,

JIKA ADA YANG SALAH FAHAM KITA TIDAK SELAMAT,

ISU HUDUD INI ISU IMAN DAN AKIDAH BUAT UMAT ISLAM,

BERIMAN DENGAN AYAT-AYAT QUR'AN WAJIB,

APA KATA KARPAL MELIHAT SEJARAH,

MENGKAJI IMPLIKASI,

MENGKAJI KAJIAN DOKTOR PERUBATAN TENTANG FAEDAH HUKUM ITU,

BELAJARLAH...FAHAMILAH DULU...

TIDAK USAH CARIKKAN KAIN YANG BARU DIJAHIT WAHAI KARPAL!

6.4.08

PENYAKIT HATI DI TITIAN DAKWAH


ALSYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN ..MALUNYA KITA DENGAN TENAGA DAN ANGGOTA KITA TIDAK MAMPU SETANDING ALSYAHID.ALFATIHAH BUAT ALSYAHID


Sudah lama saya tidak menulis dalam bentuk begini.Luahan berbentuk sajak atau pendapat secara ringkas banyak diutamakan dalam penulisan saya sebelum ini.Banyak pertimbangan dalam perjalanan kehidupan yang kita kena dahulukan sebelum kita fikir diri kita seorang.

Bermula dalam kehidupan di kampus dulu saya berusaha mendidik hati ini menjadi seorang yang sabar.Di titian perjalananku,banyak hatiku telah tewas dan menang.

Hati ini merupakan raja bagi segala amalan kita.Hati ini bagai tali kekang untuk nafu lawwamah dan juga ammarah.

Dalam titian perjalanan seorang ahli dalam politik kampus dan parti Islam saya berazam untuk tidak dihinggapi penyakit-penyakit hati yang cukup bahaya.Penyakit ini amat bahaya dan saya rasa kita semua perlu berdoa agar penyakit itu tidak mengena kita.Penyakit itu saya dapati namanya:


1-pendengki.

2-su' alzhon(sangka buruk)

3-hubb aljah(penyakit hendakkan jawatan)ia datang apabila kita rasa diri kita layak sangat sedangkan itu hanya mainan syaitan

4-riya'dan takkabur(sangka kita hebat dari yang lain)


Saya pendekkan kalam dengan lafaz yang mulia:assalamualaikum.semoga jumpa lagi.

SELAMATKAN AKTIVITIS KAMPUS



P'raya 8 Mac: Siswa UIA kena tindakan
Apr 4, 08 4:15pm
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya umum lalu.Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu pada Selasa depan.Menurut surat universiti, katanya kepada Malaysiakini, UIA telah menggantung pengajiannya dan menahan beliau menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). UIA juga meelarangnya mengambil keputusan penuh."Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya ditahan daripada menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan," kata Meor Isfandi.Beliau bagaimanapun mendakwa telah tamat pengajian penghujung tahun lepas apabila berakhir peperiksaan pada November lepas."Adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan? "Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?" katanya.Selepas tamat peperiksaan, katanya, beliau mula mengurus kehidupannya sebagai seorang pemuda yang telah tamat pengajian."Saya menjalani hidup biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universiti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat sarjana," kata Meor Isfandi dalam mesej emel. "Saya juga terlibat dalam pilihanraya umum lalu kerana ia menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia."UIA mempunyai pandangan berbeza - Meor Isfandi masih seorang pelajar sehinggalah tamat pengajian dan tertakluk kepada peraturan universiti, kata penolong pengarah unit perundangannya, Mohamad bin Mos, kepada Malaysiakini.Meor Isfandi juga berkata UIA "tidak profesional" mengendalikan kesnya - mengenakan tindakan sebelum beliau mengemukakan buktinya. Prosiding terhadapnya ditetapkan pada 8 April ini. Beliau mendakwa, UIA hanya mengirim mesej emel dan menelefon beliau memaklumkan tentang prosing - tetapi Mohamad menafikannya. Pegawai itu berkata universiti menggunakan beberapa kaedah untuk memaklumkan kepada pelajar, termasuk surat selain emel dan telefon.

DARI:MALAYSIA KINI.

ELECTIONPHOBIA



electionphobia ini satu penyakit baru 2008,



penyakit ini diistiharkan mereka ke seluruh negara,



sasarannya ialah mereka yang udah lama berada di dalam kotoran busuk,



penyakit mereka membarah,



duit kopi,wang rasuah itu biasa dijadikan amalan,



Doktor kata ini penyakit menjangjkiti parti dacing maaa..



Pemimpin mereka ada yang letak jawatan...



malu maaa...



setiap hali ada yang letak jawatan,



pening ...



hali-hali mau letak jawatan..



orang suluh letak jawatan tapi tak mau ada juga maa...



talak malu punya olang...



betui kata ini punya electionphobia bahaya maaa...



bawak mati ituu dacing.

3.4.08

THE CUEPACS WAR -UNDAR LAH...LAH




Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengancam akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan

(TENGOK AKHBAR UTUSAN 3 APRIL 2008)

BOIKOT LAH JIKA KAMU BERSAMA RAKYAT,

PM WAJIB BAGI APA YANG DIMINTA,

HANCUR!

HIDUP CUEPACS !

TERUSKAN USAHA UNTUK RAKYAT YANG DAHAGA 5O TAHUN MERDEKA,

DUIT RAKYAT JIKA DIGUNA UNTUK PROJEK DHIRAR HANCUR,

TERUSKAN USAHA UNTUK MENJATUHKAN KABINET TOMYAM,

TOMYAM KERANA YANG ADA KES PUN DIAMBILNYA,

TERUSKAN HANCURKAN!

2.4.08

MAHATHIR SATU LAGENDA....JIKA...

HIKAYATNYA BERLAKU DI DALAM SEBUAH NEGARA,

NAMANYA TERSOHOR MEWANGI,

ZAMANNYA DIKIRA ARKITEK,

MENYUMBAT ANWAR SEJARAH HITAMNYA,

SUARANYA DIDENGAR,

JASANYA DIINGAT,

SAKITNYA DIRAWATI,

BERITA SAKITNYA MENUTUPI ISU,

KOMENNYA MENJATUHKAN PAK LAH,

SAKIT JIKA KOMENNYA MENAJAM,

HAMPIR MASA NYA PADA MENUNJUKKAN TARING AKHIR,

MISINYA TIDAK LENGKAP JIKA TIDAK MENGUNDURKAN LAH....

LAH..UNDURLAH...

KITA NANTIKAN KEBIJAKAN TUN MENGUNDURKAN ORANG KEPALAQ BATAS.

NANTIKAN................

30.3.08

DAULAT TUANKU!


AMPUN TUANKU!

AMPUN PATIK HARAP DIAMPUN,

TUANKU LAMBANG AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU,

PATIK RELA MENEBAS PENDERHAKA TUANKU,

UNTUK MENDAPAT BALIK NAMA ISTANA,

AMPUN TUANKU!

TUANKU JALANKAN TUGAS RAJA MELAYU DENGAN BAIK,

BIARPUN PUAK DERHAKA MENUNTUT,

TUANKU TEGAS DALAM PRINSIP!

IZINKAN PATIK TEBAS MEREKA!

BIAR MATI ADAT,

PANTANG MELAYU HINA RAJA!

DAULAT TUANKU!

THIS PICTURE WILL GO TO THE MUSEUM




MALAYSIA MENCATAT EPISOD BARU,


SATU GAMBAR MENCATAT SEJARAH,


PERLUMBAAN METERIAL TERKUBUR,


KUASANYA HANCUR ,


PARTINYA TELAH 50 TAHUN SUMBANG,


AKHIRNYA JATUH 5 NEGERI,


PUNCANYA OLEH ANAK SEORANG ULAMA,


MENJADI IMAM ISLAM HADARI,


ADUH SAKITNYA RASA,


IA BAKAL JATUH DARI KERUSINYA,


DILANGGARNYA ISTANA,


GAMBAR LUKISANNYA SUDAH HAMPIR SIAP,


UNTUK MEMASUKI PAMERAN MUSEUM,


SEBAGAI INSAN YANG PENUH KEKALAHAN!
















23.3.08

UMNO TIDAK RELEVEN LAGI




BN TIDAK LAGI RELEVEN,


TIADA LAGI TARING,


TIADA LAGI KERIS,


TIADA LAGI DAYA,


IA MELETIHKAN,


LEPAS 50 TAHUN MEMBANGUN ORANG MELAYU TAPI TAK BANGUN,


LEPAS JUTAAN WANG DILABUR UNTUK KEMEGAHAHAN DI MASJID KRISTAL,


LEPAS RAMAI ANAK MELAYU YANG TIADA BIASISWA TAPI PEMIUTANG,


BN SUDAH PUTUS HAIDNYA,


BN SUDAH LONGLAI DI MEDAN,


RAJA DISANGGAH MENUNJUKKAN IA TIADA AKAL LAGI,


ITULAH KUASA TUHAN WAHAI PEMIMPIN KORUP,


JAWATAN SEMENTARA BUKAN KEKAL,


BN SUDAH TIADA TONIK,


KERING KONTANG,MATANYA MERAH MENYALA MENYERANG TIDAK TENTU HALA,


BN TIDAK RELEVEN LAGI,


MAKA UNDURLAH BN TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.!



coretan:pro