6.10.08

bahana hubbu jah (cinta akan jawatan)




Dalam politik Islam yang berasaskan syura jarang terdengar ada pemimpin menawarkan diri kecuali dalam syarat tertentu.Kepimpinan Umno saat ini sedang memerhatikan tv sebab mungkin ada calon yang menawarkan diri mereka atas tiket disokong oleh "akar umbi".
Mungkin ahli umno boleh jadikan panduan dalam pemilihan calon nanti,calon-calon mestilah:

1-bebas rasuah &kroni
2-Tidak dikaitkan dengan apa jua kes mahkamah.
3-Ada gak background agamanya.
4-Isteripun menutup aurat.

walau begitu ,tidak digalakkan cintakan jawatan kerna mungkin jawatan dan amanah pun belum tentu dapat dijalan dengan adil dan saksama!

GESAAN PINDA ISA

TV3 menyiarkan tentang i.s.a dalam beberapa slot di buletin utama tpai pernahkah di siarkan tentang keseksaan para isteri dan anak2 tahanan yang tidak mampu pun untuk menahan air mata dari gugur dek kerna undang2 yang kejam itu.
Pernahkah difikirkan tentang semua itu?Pinda dan bicarakan!itu saja cara untuk memperkasakan undang2!Zaid ibrahim pun x setuju tentang i.s.a?entah,sekarang rakyat menunggu kejatuhan sebuah tahta bersalut gula-gula merah..

25.9.08

10 sen

10 sen sahaja minyak diturunkan.syukur tetap syukur tapi kenapa tidak kurang sedikit lagi?Perayaan sudah tak lama lagi.Sekarang dunia gawat.AS semakin kacau dan Bush sentiasa tertekan.Rakyat juga terdesak.

12.9.08

16 September 2008

Bakal tiba tarikh keramat negara,dikatakan pertukaran goverment.
Kita boleh mula mengira dari hari ini..kira detik yang kunjung tiba.

2.9.08

KEGAGALAN MEDIA

Kegagalan media menghadapi perang saraf politik

Kegagalan di Permatang pauh memberikan impak besar kepada Bn.Penggunaan perang saraf dan propaganda melalui media terlalu dibesarkan semasa kempen sehingga memeningkan kepala rakyat dan memuak kan banyak pihak.Dalam kempen pilihanraya yang lepas RTM menjadi tempat untuk mengganyangkan Pakatan rakyat dan pada masa yang sama memberikan impak positif bagi bn.Kita tidak kisah tentang taktik diluar tapi apabila dimainkan di media perdana majoriti besar akan terpengaruh dan ada juga yang tidak termakan dengan umpan-umpan yang berikan dalam media.Psikologi manusia akan lebih berubah jika ia diulang-ulang sehingga mendatangkan kebencian dan kemuakan,sehingga audien berubah dari sudut tingkahlaku,malah lebih tragis lagi huru hara akan berlaku.Permatang pauh menjadi lubuk bagi tv swasta untuk hentam keadilan/pakatan."The black propaganda"dilancarkan untuk menghancurkan pakatan dan mereka yakin menang KO.Teorinya,memang begitu tetapi tidak berkesan bagi permatang pauh.

25.8.08

anwar bakal menang di permatang

kemenangan akan menjadi milik penuh keadilan di permatang.barisan lawan lemah jika mengikut risikan politik.kubunya rapuh dan kempen sumpah-sumpah akan memakan diri sendiri.tertikam diri sendiri dan membakar mereka sehingga hangus.lanskap politik akan berubah dan banyak rahsia akan terbongkar dengan menangnya saudara anwar.rakyat tidak perlu tertipu dengan helah yang banyak tidak tepat.politik yang dikempen umno menikam peribadi lawan bukan budaya baru tapi budaya lama turun temurun yang dikendongnya sehingga sekarang.anwar bakal menang dipermatang dengan lebih lagi majoriti.jomm rakyat permatang tunjukkan kehebatan anda.anda akan dikenang dalam lipatan sejarah kerna menjadikan anwar ahli parlimen yang akan membungkus kezaliman dan ketidakadilan dalam negara.

19.8.08

ANWAR WAJIB KE PUTRAJAYA

Semuanya bergerak laju menuju ke medan permatang pauh ketika ini.Jalan nya melebar dan di sana sekumpulan rempit menghalakan motor di susuli dengan perangai asuhan buruk.Medan itu menjadi medan tempur bagi kebatilan dengan kebenaran.Puteri umno yang menggelikan tanpa kawalan adab sopan menjadi pencucuh bagi menyemarakkan keadaan.Penyokong kebenaran jangan terpengaruh dengan tindakan provoksi pihak luar.Pendekar anwar sudah lali menahan tomahan lain jangan pula memburukkan keadaan dengan tindakan kita yang melampau.Anwar mesti menang walau macamana sekalipun,kita mesti menolong anwar ke putrajaya walau najib mengatakan ia omongan semata.Bahaya bagi umno jika anwar ke putrajaya ,ramai akan melarikan diri kerna lobang-lobang akan pecah.Anwar wajib ke Putrajaya atas dasar ingin mempopularkan kebenaran.

18.8.08

MUNGKIN SUMPAH ITU DIPAKSA

Sumpah itu memang berat jika disusuli oleh nama Allah s.wt.Lapaz qasam itu diguna pakai dalam banyak perkara melambangkan kekuatan hujah dan keperkasaan kita dengan kebenaran tentang apa yang dialami,Tapi perlu diingat sumpah itu mungkin tidak terjadi jika dalam kes PAKSAAN.kes diugut,kes diancam bunuh,kes tidak tahan tekanan,dipaksa dan takut atas sesuatu memang mengakibatkan sumpahnya tidak terjadi.Wallahua'lam

MUQABALAH DITERUSKAN

Hadi: Muqabalah dengan Umno diteruskan
Muda Mohd Noor | Aug 17, 08 6:09pm
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan muqabalah, termasuk dengan Umno, untuk kepentingan negara dan Islam.

"Kita akan mengadakan muqabalah apabila perlu kerana ia turut memberi keuntungan kepada banyak orang, contohnya dalam isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memberi keuntungan kepada Hindraf," katanya.

Bekas menteri besar Terengganu itu memberitahu demikian dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia Ipoh hari ini.

Katanya, isu muqabalah tidak perlu dijelaskan lagi kepada komponen Pakatan Rakyat kerana mereka sudah tahu mengenai perkara tersebut.

"Keputusan mengadakan muqabalah itu boleh dibuat oleh parti tetapi kalau perlu ia akan diputuskan dalam muktamar khas," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, peranan kelab penyokong PAS akan ditingkatkan termasuk memberi jawatan senator kepada pemimpin mereka.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana pelantikan senator terpaksa melalui proses undang-undang negeri, maka ia mungkin mengambil masa untuk berbuat demikian.

"Tetapi kita telah melantik mereka dalam agensi-agensi milik kerajaan negeri," katanya.

Laksana hukum Islam

Ketika membuat ucapan penggulungan, Abdul Hadi berkata, PAS boleh bermuqabalah dan bermuzakarah dengan semua pihak selagi parti berpegang kepada prinsip asal.

Beliau menegaskan, PAS melalui kerajaan negeri yang dikuasai, wajib melaksanakan hukum-hukum Islam mengikut bidang kuasa yang ada.

"Jangan cakap sahaja tetapi tidak ada perlaksanaan, sebaliknya membuktikan bahawa syariat Islam itu tiada dalam ideologi dan peraturan-peraturan yang lain," katanya.

Walaupun, PAS katanya, tidak dapat mengamalkan hudud dan qisas, tetapi masih menunjukkan jiwa yang besar sehingga dihormati oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana akhlak yang mulia.

"Kerana kita ada akhlak dan jati diri, orang hormat pada kita," katanya.

Presiden PAS menambah, majlis menteri besar di kalangan negeri yang diperintah oleh Pakatan akan diwujudkan sekurang-kurangnya untuk bertukar pengalaman antara mereka.

PAS, katanya tidak boleh bergerak dalam kepompong Pakatan sahaja, sebaliknya mesti melebarkan ruang lingkup parti itu.

"(Kerana) bila tiba masanya, semua akan dapat dilaksanakan," tambahnya.
MALAYSIAKINI