
MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Politik wang dengan umno memang mesra sejak dahulu lagi.Perangai kotor merasuah dan menerima rasuah ini diharamkan dalam Islam.Ia merosakkan akhlak manusia dan memotog rezeki orang lain.Politik wang ini menjadi darah daging dalam UMNO dan perlu dibersihkan dengan clorok cap Islam.Islam datang dengan budaya adil dalam pemilihan kepimpinan manusia.Tidak ada budaya rasuah jika ingin naik menjadi pemimpin.Jelas lagi bersuluh kepimpinan UMNO berada dalam drama"hilang identiti diri".Menarik campur tangan BPR bukan penyelesaian pada isu ini tapi menambah beban kerna politik jugalah orang menerima rasuah terlepas dari hukuman.Penyelesaiannya adalah melalui cara Islam iaitu menakut-nakutkan ahli dengan azab tuhan bagi penerima rasuah dan pemberi rasuah.Sebarkan dan buat kempen.Panggil Ustaz ustazah ceramah bab hukum rasuah dan pilih pemimpin yang tidak main duit.Pelik dunia sekarang,duit menjadi alat untuk bertahan dalam kepimpinan organisasi sedangkan duit akan habis dan yang tinggal adalah jasa dan kerja pemimpin.Jika menang dengan politik wang anda tidak ke mana-mana malah anda kena pastikan duit anda sentiasa penuh walaupun duit itu bukan duit andapun!.Ke mana kehebatan karisma pemimpin jika wang jadi mekanisma bertahan ?Itulah apabila wang menjadi raja...





