29.4.08

SILA BUAT UNDI TIDAK PERCAYA DALAM PARLIMEN






PARLIMEN SUDHA MULA,


SEMUA BARU-BARU BELAKA,


BAJU BARU,


PANGKAT BARU BUAT MENTERI,


PANGKAT BARU BUAT WAKIL PARLIMEN,


SEMUA NYA SERBA SERBI BARU,


HUJAH MUNGKIN YANG BARU,


ISU ADA LA YANG BARU ,


BANGKANG MESTI KUAT PUNYA,


BARISAN SI KUDA TUA MASIH ADA,


YANG LAMA TETAP LAMA,


TIDAK ADA KETAKUTAN BAGI MENTERI LAMA,


KECUALI PM YANG TAKUTKAN UNDI TIDAK PERCAYA,


JIKA UNDI ITU KELUAR MUNGKIN TINGGALLAH TAG NAMA SAJA,


JIKA TERJADI UNDI TIDAK PERCAYA MUNGKIN MENGEJUTKAN DUNIA,


YANG SELAMA INI MENGEKALKAN KUDA TUA,


KUDA TUA YANG LEMAH SUDAH TIDAK BERDAYA,


LESU PERLU DITUKAR,TUKARLAH,TUKAR......SILA TUKAR...

21.4.08

ISLAM ACUAN PERPADUAN MELAYU






PAS PERLU MENDEPANI PERJUANGAN MELAYU ISLAM

MENYELESAIKAN MASALAH MELAYU,

MEMBERSIHKAN JIWA-JIWA SEKULAR,

MENYAHKAN VIRUS-VIRUS KRONIK,

ISLAM MESTI DIDEPAN BUKAN DIBELAKANG,


PAS PERLU MENDEPANI PERUBAHAN MELAYU,


MEMASTIKAN DEB UNTUK SEMUA RAKYAT,


ISLAM PENYELASAIAN UMMAH,


ISLAM ITU RAHMAT,


TAPI JIKA KITA TINGGALKAN ISLAM DIBELAKANG,


KITA AKAN TERUS MUNDUR DAN RAHMAT TERHALANG,


BUKANKAH BUMI INI DIWARISI OLEH ORANG-ORANG YANG SALIH,


BUKAN ORANG CETI DAN PEMUKAT WANG RAKYAT,


BUKAN JUGAK UNTUK CELIK YANG BUTA HATI..


MARILAH BERUBAH UNTUK ISLAM.TAKBIR!

19.4.08

BAGILAH HONORARIUM RM2,000






SEDIH JUGAK BILA BEGINI,


RAKYAT AWAM BERDOA AGAR RM 2000 DIBERI,


TAPI TIDAK DIBERI,


ALASAN JUGA TIDAK MUNASABAH,


WANG BELANJA UNTUK KE ANGKASA TELAN DEKAT 100 JUTA,


DI MANA LAGI WANG YANG LAIN,


WALAU NAIK GAJI TAPI TAK CUKUP,


TAK CUKUP KERNA KITA DAH 50 TAHUN MERDEKA,


TAK CUKUP KERANA BANYAK LAGI POTONGAN MEMBAYAR DUIT KERAJAAN,


ANAK-ANAK PULA JADI PEMINJAM DAN BAKAL PEMIUTANG PTPTN,


HONORARIUM TU BAGI MEREDAKAN BEBAN JUGAK,


BAGILAH 500 JIKA TIDAK PUN DARI TIDAK ADA LANGSUNG,


ITU JE HARAPAN RAKYAT,


JANGAN CABAR KERNA KUASA RAKYAT INI ADA 5 TAHUN SEKALI,


NANTI KITA TUKAR KEPADA NEGARA KEBAJIKAN PULA,


HAI MENGAPA INI BERLAKU KEPADA KITA...


INILAH NASIB BERADA DI BAWAH KERAJAAN "PUAKAN".

16.4.08

KJ DAN ANWAR IBRAHIM




Di mana KJ? Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air .Ahli parlimen rembau itu,seakan mengendurkan taringnya setelah Umno “dibelasah” oleh Parti Pakatan rakyat dalam pilihanraya baru-baru ini.Mungkin juga KJ sedang bersedia untuk membuat kemunculan pertamanya di Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.Pada masa yang sama,desas desus cadangan ada pihak yang akan mencalonkan KJ untuk jawatan Ketua Pemuda Umno menggantikan ketua yang sedia ada.Kemunculan KJ dalam politik tanah air mencetuskan polemik di kalangan ahli politik muda yang berada di dalam Umno yang mahukan perubahan yang bijaksana dalam Umno.
Jika dilihat dalam sejarah UMNO, kita tidak boleh menafikan peranan seorang pemuda hebat iaitu saudara Anwar Ibrahim yang menjadi ikon pencetus kepada kebangkitan kepada pemuda-pemuda Umno suatu masa dahulu.Namun ANWAR tetap ANWAR tapi KJ tetap KJ.Mereka mempunyai perbezaan besar terutama dari sudut pendekatan dalam memacu Umno yang kini telah pun "ditendang" oleh rakyat dalam Pilihanraya 2008.
Pas perlu bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan-kemungkinan kerana Pas juga mempunyai kapasiti pemuda-pemuda yang inginkan kebenaran dan menebas segala kebatilan yang akan dilakukan oleh musuh-musuh Islam.Pemuda Pas dalam Parlimen sudah tentu bersedia mendepani apa jua rintangan demi memartabatkan agama dan rakyat agar negara bebas dari puak-puak yang sentiasa melawan kebangkitan Islam.

PAS TIDAK BERMUSUHAN DENGAN UMNO(BAHAGIAN AKHIR)


Pas tidak bermusuhan dengan UMNO.Kita tahu melayu perlu bersatu akan tetapi sanggupkah UMNO membedah dasarnya demi perpaduan dengan berdasarkan Islam?Kita tahu melayu memerlukan Islam sebagai pemacu gaya hidup yang sempurna dan maju dunia dan akhirat.Persoalan syariat belum lagi disuburkan dalam Umno sehinggakan ada puak-puak jahil yang menghina hukum-hukum qat'ii dalam Al qur'an.Perkara ini tidak lagi meliputi sejauh mana kefahaman Umno tentang pelaksanaan hukum-hukum perundangan termasuk hukum hudud sehingga kita melihat ia seakan-akan "mencurah air ke daun keladi".
Islam tidak pernah mengajar umatnya memonopoli harta kekayaan hanya untuk puak-puak sendiri sehingga wang rakyat habis digunakan oleh individu-individu yang tidak bermoral.Keburukan dan kekotoran dalam UMNO tidak lain tidak bukan akan bersih jika mereka kembali kepada Islam yang sebenar.Hakikatnya,parti itu sudah membawa dasar sedia ada selama 50 tahun semenjak merdeka maka sudah tentu pendekatan mereka boleh dikaji semula selaras dengan signal yang dibuat oleh rakyat semasa pilihanraya 2008 yang lalu.
Kesimpulannya,Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno,tetapi Pas menjalankan tanggungjawabnya terhadap Islam yang mendokong konsep "amal makruf nahi mungkar".Berubahlah wahai umat Islam,kembalilah pada agamamu yang suci,sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka selagimana tidak datangnya hari qiamat.Takbir!

PAS TIDAK BERMUSUHAN DENGAN UMNO(BAHAGIAN 2)



Gejala sosial dalam negara meningkat dari tahun ke tahun sehingga meninggalkan kesan yang cukup besar bagi sesebuah negara.Keutuhan sebuah bangsa itu bergantung kepada sejauh mana rakyatnya mempertahankan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik dalam sebuah masyarakat. “Mencegah lebih baik daripada merawat”inilah kata-kata orang kita yang selalu kedengaran di mana-mana tetapi ia tidak ada dalam kerajaan BN.
Maksiat jika tidak dicegah hanya mendatangkan kehancuran kepada masyarakat.Dalam tahun 2005-2008,kebanjiran rancangan realiti televisyen dibuat tanpa mengkaji impak negatif buat rakyat terutama golongan muda mudi.Media massa yang mengejar keuntungan ini tidak akan membuka “kedai”jika tidak mendapat “lesen besar” daripada pihak berwajib.Di Kelantan,Pas mengawal “virus-virus” ini daripada merebak ke dalam rakyatnya dan inilah usaha yang patut dipuji dan ditiru oleh semua kerajaan negeri di Malaysia.
Penulis berpandangan langkah pas untuk mencegah kebanjiran elemen maksiat ini amat bijak dan patut disedari serta ditiru oleh kerajaan BN.Pas tidak bermusuhan dengan UMNO tetapi pas cuba menyingkirkan pendekatan-pendekatan yang tidak serasi dengan Islam yang ditaja oleh BN.Kebatilan tidak akan serasi "duduk bersama" dengan kebenaran.Kebenaran pula akan menyingkirkan kemungkaran sehingga hancur dan binasa ditelan zaman.

15.4.08

PAS TIDAK BERMUSUH DENGAN UMNO(bahagian 1)







Pilihanraya 2008 lepas kita melihat bahawa sejarah baru telah tercatat dalam lembaran demokrasi yang sudah pun "sakit" semenjak sekian lama.Pelbagai teori dan analisis dikeluarkan oleh majoriti penganalisis serta para cendekiawan mahupun orang kampung turut serta memeriahkan arena politik dengan analisis yang tersendiri.Pas membuat kejutan dalam negara dengan mengekalkan "serambi mekah"dan memenangi beberapa kerusi dalam negeri-negeri ayng sebelum ini agak "kebal".Pas mewakili melayu bertanding juga dengan umno yang turut sama mewakili Melayu.Dalam permasalahan ini, ada beberapa kekeliruan di kalangan rakyat awam yang berpandangan bahawa, Pas tidak memikirkan tentang perpaduan di kalangan Melayu dengan mengambil langkah untuk melawan Umno.Sejak sekian lama, pendekatan yang diambil pas adalah meredah sistem demokrasi Umno yang tidak adil dan ternyata berat sebelah.Penulis berpandangan melawan Umno bukan target utama tetapi melawan dasar dan agenda Umno yang tidak mengikut Islam secara syumul.Setelah 50 tahun merdeka, kelemahan anak melayu memang cukup ketara.Anak melayu di Universiti majoritinya menjadi pemiutang dengan PTPTN.Agenda biasiswa bagi pelajar Melayu sudah dilupakan kerana mungkin menagih agenda parti dengan membina contohnya masjid kristal hanya untuk disimbolkan sebagai islam maju.

13.4.08

BABI DAN KERAJAAN GILA TALAK





BN JANGAN MENCABAR RAKYAT,


INI NASIHAT KENA DENGAR,


ISU BABI INI BUATAN TANGAN KERAJAAN GILA TALAK,


DEMO APA BENDA JIKA ISU INI DIBUAT PUAK SENDIRI,


BARU TIDAK SAMPAI 6 BULAN BA MENANG,


APA NAK JADI,


AKU GERAM TENGOK ORANG HINA DENGAN ISTILAH BABI,


BABI JADI POPULAR,


AKU TIDAK TAHU MANA WARASNYA AKAL MANUSIA,


MENANG DIAM KALAH BAGAI NAK RAK,


ITULAH SPESIS GILA TALAK DALAM POLITIK!

12.4.08

BUAT PAKATAN RAKYAT...(ISU HUDUD)

Tuan guru Mursyidul AM, antara tokoh utama pejuang kepada perundangan Islam.




Pakatan rakyat yang dibentuk selepas pilihanraya umum 2008 merupakan pakatan yang berpijak di bumi yang nyata.Gabungan tiga presiden mewakili 3 parti idaman rakyat itu tidak mengejutkan UMNO tetapi ternyata menggugatkan beberapa puak dalam Umno yang tidak mahu parti mereka diancam sekali lagi oleh pakatan rakyat yang dahulunya dikenali sebagai barisan alternatif(BA).Namun, kita bimbang dengan pakatan rakyat ini yang tidak lagi mencapai beberapa kata sepakat dalam beberapa perkara.Pada hemat penulis,apabila desas desus Pas akan menjadi tunjang dalam pakatan maka ia memberi impak kepada sesetengah pimpinan DAP yang masih tidak membaca dan mengkaji tentang implikasi serta pelaksanaan hukum hudud yang wajib dijalankan oleh pemerintah Islam dalam daulah Islamiyah.Kekaburan isu ini perlu dileraikan terlebih dahulu sebelum pakatan rakyat ini bergerak maju kehadapan dan mendapat tempat di hati rakyat.Isu perundangan Islam ini boleh diselesaikan dengan beberapa kaedah cadangan:



  1. Memperkasakan penerangan terutama kepada ahli dan pimpinan dalam parti Islam semalaysia(pas),Keadilan,dan Dap terlebih dahulu sebelum menerangkan kepada peringkat rakyat awam.

  2. Pembukuan tentang pelaksanaan dan impak pelaksaan perlu dibanyakkan.

  3. Isu perundangan Islam ini perlu diprojekkan kepada beberapa NGO untuk dikaji dengan lebih mendalam.

  4. Rakyat awam perlu disedarkan tentang kelemahan hukum idealogi manusia dan kaedahnya mungkin boleh dibuat banyak seminar dan hi-tea terbuka ditempat awam.

  5. Perundingan antara pakatan rakyat perlu suburkan sehinggalah isu ini selesai dan difahami dengan baik oleh semua pihak.

Isu hudud adalah cabang dari hukum-hukum Islam.Beriman dengan ayat-ayat hukum adalah wajib bagi umat Islam.Kita sudah 50 tahun merdeka dan sudah banyak isu ini tertangguh dan ditangguh oleh UMNO.UMNO juga perlu celik hukum.Kadar jenayah makin meningkat,kenapa tidak kita tidak berbalik pada sunnahtullah.Kita ini ciptaan Allah sudah tentu ada hukum yang telah dipakejkan sekali untuk manusia mentadbir bumi dengan lebih aman.Semoga pakatan rakyat mendepani isu ini dengan baik untuk umat sejagat.PEACE.