22.12.09

UMNO BILA NAK LAKSANA HUKUM ISLAM?




Soalan bila UMNO nak jalankan hukum perundangan Islam yang merangkumi hudud,qisas dan takzir sebenarnya sudah lama diutarakan namun atas dasar kesedaran penulis ingin mengutarakan isu ini semula.
Kewajipan menjalankan adalah fardhu ain bagi ulul amri/pemerintah(g rujuk tafsir).
Perkara ini bukan perkara baru bagi umno tapi seolah-olah isu perundangan islam ini dipinggirkan seiring dengan arus pemerintahan umno sehingga kini.
Kejadian jenayah yang berlaku di dunia ini, mahupun di Malaysia ini tidak akan selesai, selagi mana tidak kembali kepada hukum Islam itu.Besar mana pun gahnya tamadun yang cuba kita bina ia akan hancur jika tidak berpaksikan ajaran Allah s.w.t yang suci.
Kewajipan Umno melaksakan hukum islam ini adalah wajib kerana dari dahulu sehingga sekarang Umno tetap memerintah Malaysia.Umno mempunyai kuasa untuk melaksanakannya, namun sampai hari ini tidak ada usaha pun untuk menjadikan ia realiti.Pas berupaya melaungkan hukum ini sehingga seluruh masyarakat mengetahui adanya hukum tuhan yang bernama Hudud itu.
Mengapakah kerajaan tidak serius untuk beralih kepada usaha membinanya dan bukan memberikan alasan semata-mata hukum ini tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.
Kalau PM Najib setuju, sila arahkan panel untuk mengkaji dan melaksanakan hukum ini.Sila guna jabatan agama yang ada.Saya yakin ramai yang tidak tahu makna qisas,hudud dan takzir jadi PM boleh arahkan media negara yang ada untuk memberi penerangan kepada masyarakat di Malaysia.
Kita lihat juga situasi mahkamah syariah negara yang kondisinya perlu dipertambaik bukan 50 peratus tapi 200 peratus dan kita juga melihat ada isu yang sepatut dibicara di mahkamah syariah namun dibicara di mahkamah sivil.
Umno perlu sedar,umat Islam melayu di negara ini pernah dalam sejarah melaksanakan hukum Islam ini maka wajar sangat sekarang ini umno berikan komitmen untuk isu ini.

17.12.09

Beranikah UMNO berdebat dengan PAS ?




Apabila mendung sudah berarak dari rumah Tok Guru Nik Aziz(tulisan pendapat saya sebelum ini),maka sudah pasti kita dapat menduga BN akan terus mengganyang Pas di mana -mana sahaja.Isu UMNO terlalu banyak berbanding isu Pas.Benarlah kata Mahatdhir lebih kurang begini"umno sudah buruk sampai ke usus".Umno selalu mendakwa mereka itu jaguh mempertahankan Melayu dan saya pasti, PAS paling jaguh dalam mempertahankan ISLAM-MELAYU.
Umno saya sarankan supaya menjadi lebih jaguh dengan mencabar PAS untuk berdebat di mana-mana sahaja tempat yang boleh rakyat menilai hujah dan keperwiraannya.
Umno perlu kerja keras kerana saya yakin PAS akan bangkit dan tidak akan membiarkan umno membuat ketidakadilan pada rakyat.
Pas sentiasa bersedia untuk berdebat dengan UMNO,isu ajakan debat ini sudah lama dicanang dan dicabar oleh PAS namun tidak ada jawapan.Kemana pergi KJ(KHAIRY JAMALUDDIN)dan anak buah yang lain dan paling kurang pun Ketua Penerangan Umno tapi kalau kuat lagi dipersilakan Presdn Umno untuk naik ke pentas.Pas saya yakin sudah lama bersedia (dari dulu lagi).Isu dan tajuk umno boleh cadangkan kalau tidak mahu pembangkang cadang.
Saya melihat perlunya rakyat mendengar dengan penuh telus arah tuju ke dua -dua parti Melayu ini.
Rakyat sudah setuju,undangan telah diberikan,cabaran telah dilaungkan,adakah umno akan menyahutnya?atau membiarkan undangan itu hanyut seakan hanyutnya sokongan rakyat pada UMNO...
sekian..

14.12.09

Awan mendung di bumbung rumah Tok Guru sudah pun berlalu...



ISU PBMK menjadi isu hangat di Kelantan hampir sepurnama ini.Kemelutnya umpama air salji yang bersih dan suci dikotori dengan lumpur kotor.Bukan mudah bagi pemimpin seperti tok guru untuk menghindarinya dan mengelakkan daripada duri-duri ini.Ujian ini bukan ujian yang biasa tok guru hadapi namun ia ujian melibatkan anak beranak sendiri.Tok guru sudah lali dan kebal dari tomohan poltik BN tapi ini ujian getir kerana duri kali ini terkena kaki sendiri.Alhamdulillah,tok guru gagah menghadapi ujian ini dan ini memenatkan BN.Bukan mudah nak menjatuhkan Tok guru yang menjadi ikon kepada politik Islam di Malaysia.
Saya balik kelantan baru2 ini dan sempat hadir ke perhimpunan menyokong tuan guru.Mereka ini tidak diupah, mereka ini hadir untuk menyatakan perasaan gembira akan perjuangan tok guru.Saya sendiri melihat penyokong yang datang dengan penuh girang dan semangat waja.
Saya tengok kelantan cukup maju.Perubahan lanskap bandar hampir 100 peratus.Rasa berada di tempat lain.Kalau kamu nk tengok perubahan di kelantan pergilah melancong ke sana.Siapa kata kelantan mundur?Orang yang dakwa kelantan mundur adalah penipu!
Sekian buat kali ini...

23.11.09

Selesaikan isu PMBK

Tolong selesaikan isu PBMK.
Tolong selesaikan sebelum membarah.

15.10.09

Perasuah diangkat menjadi pemimpin..

Selamatkah kita jika dipimpin oleh manusia perasuah?Aduhai itulah nasib pemikiran material semata-mata.

1.9.09

SUMBAT PENGANJUR KEPALA LEMBU DALAM I.S.A

Perarakan kepala lembu menjadi iktibar kepada semua.Pertama kerana melampau nye mereka yang jahil ilmu dan sudah tentu ada penganjur yang bersikap lempar batu sembunyi tangan.Polis perlu tangkap mereka dan sumbat dalam I.S.A.

26.8.09

Mesej dari permatang pasir.

Kemenangan di permatang pasir memberikan tanda kemenangan besar dalam penghujung tahun 2009 ini.Pas akan menang dan pakatan rakyat patut mengandakan usaha untuk memberi kemenangan berganda pada pilihanraya akan datang.
Jangan terlalu lama memegang mimpin dan terbuai dengan mimpi kerana kerja untuk rakyat perlu diteruskan setiap masa.Rakyat menilai.
Masa amat singkat sedangkan tanggunjawab semakin banyak dan berat.Sudah sampai masa untuk merubah kepada kerajaan baru di bawah pimpinan pas dan pakatan.Kita mesti bergerak sejauh itu.Visi dan misi kita mesti menjejak sampai kepada mengambil kerajaan dan merubah kerajaan sedia ada kepada yang baru.

1.7.09

RANCANGAN HUJAH TV 9

Melihat rancangan hujah di TV 9 td membuatkan saya terkesima dan tertanya tentang jatidiri seorang dato'.Bagi saya caranya bukan sebagaimana parti bebas yang bisa menggunakan kecerdikan politik untuk memberikan pandangan yang bernas kepada pembangkang dan kerajaan.Maaflah dato ..saya rasa mungkin adalah baik sekiranya dato'memberikan kerusi serta menghantar lambang Pas pada yang berhak.Jom kita lawan di Pasir mas.Pas vs bebas vs umeno.Saya pernah tinggal di Pasir Mas sejak kecil sehingga umur belasan tahun dan saya rasa terpanggil untuk memberikan komen ini secara umum kerana saya melihat lebih bags dato' lawan atas tiket yang benar-benar bebas dan tersangat bebas.

8.6.09

TAHNIAH UST NASA

TAHNIAH UST NASA,
SEMOGA BAWA AMANAH INI DENGAN BAIK,
BETUL TEKAAN SAYA,UST NASA AKAN MENANG WALAU KAWAN-KAWAN ADA YANG SOKONG Husam.Semua kita sokong atas dasar Islam.