14.12.09

Awan mendung di bumbung rumah Tok Guru sudah pun berlalu...



ISU PBMK menjadi isu hangat di Kelantan hampir sepurnama ini.Kemelutnya umpama air salji yang bersih dan suci dikotori dengan lumpur kotor.Bukan mudah bagi pemimpin seperti tok guru untuk menghindarinya dan mengelakkan daripada duri-duri ini.Ujian ini bukan ujian yang biasa tok guru hadapi namun ia ujian melibatkan anak beranak sendiri.Tok guru sudah lali dan kebal dari tomohan poltik BN tapi ini ujian getir kerana duri kali ini terkena kaki sendiri.Alhamdulillah,tok guru gagah menghadapi ujian ini dan ini memenatkan BN.Bukan mudah nak menjatuhkan Tok guru yang menjadi ikon kepada politik Islam di Malaysia.
Saya balik kelantan baru2 ini dan sempat hadir ke perhimpunan menyokong tuan guru.Mereka ini tidak diupah, mereka ini hadir untuk menyatakan perasaan gembira akan perjuangan tok guru.Saya sendiri melihat penyokong yang datang dengan penuh girang dan semangat waja.
Saya tengok kelantan cukup maju.Perubahan lanskap bandar hampir 100 peratus.Rasa berada di tempat lain.Kalau kamu nk tengok perubahan di kelantan pergilah melancong ke sana.Siapa kata kelantan mundur?Orang yang dakwa kelantan mundur adalah penipu!
Sekian buat kali ini...

2 comments:

aku dr amin said...

setuju sangat tue. alhamdulillah

Anonymous said...

Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. (Score: 1)
Oleh nhshahalam on Monday, December 14 @ 17:02:12 PST
(User Info | Send a Message)
Apa yang saudara luahkan ini adalah benar. Sebagai rakyat kelantan kami menafikan sekeras-kerasnya segala tohmaahan jahat terhadap kerajaan Kelantan pimpinan TGNA.

Cuma satu agak terkilan dengan sikap anak-anak TGNA yang sudah mula bermain dengan Blog. Semalam Nik Amalina Isteri Kepada CEO PMBK mula menulis didalam Blog Barunya Seri Suri dengan mencabar seorang EXCO meletak jawatan. Kita semua tahu bahawa EXCO yang beliau maksudkan ialah Dato' HUsam Musa, ini kerana Husam lah yang membawa masuk Kickdefella ke PMBK.

Saya cukup bimbang dengan fenomena ini yang mana kesannya adalah kepada TGNA. Anak yang gatal nak menulis dalam blog kecam sana dan kecam sini, tapi yang akan jadi mangsanya adalah TGNA. Anak yang buat silap, bapa yang kena taiknya.

Jalan terbaik ialah kalau Nik Amalina dan Ariffahmi (CEO PMBK) rasa apa yang Kickdefella atau para blogger2 lain dedahkan itu adalah fitnah, ayuh saman mereka. Bawa mereka semua kemuka pengadilan. Biar mahkamah yang menentukan... Tuntutlah ratusan juta daripada mereka.

Jangan keranan nila setitik rosak susu sebelanga..







[ Reply to This ]


Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. Oleh Al-Fayyad on Monday, December 14 @ 18:25:18 PST

Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. Oleh dahlamadah on Tuesday, December 15 @ 00:17:47 PST




Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. (Score: 1)
Oleh megatpanjialam on Monday, December 14 @ 17:16:58 PST
(User Info | Send a Message)
marilah kita sama-sama menjaga dan menutup aib keluarga kita.kita sama-sama baiki segala kesilapan dan kelemahan yang ada.kita bersama membina dan membangunkan negeri Kelatan.Lupakan segala sengketa sesama.buang yang keruh ambil yang jernih


[ Reply to This ]




Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. (Score: 1)
Oleh Ivan on Monday, December 14 @ 18:26:16 PST
(User Info | Send a Message) http://latestbloggertemplate.blogspot.com/
Orang yang kata KElantan mundur sebenarnya mereka dengki dengan kejayaan PAS memenrintah Kelantan. PAS dah berjaya buktikan. Kalau dapat wang royalti, tu dah jadi bonus bagi PAS memajukan kelantan.

Dapatkan Latest Blogger Template di sini [latestbloggertemplate.blogspot.com]




[ Reply to This ]




Re: Awan mendung di rumah tok guru sudah berlalu.. (Score: 1)
Oleh nyortua on Tuesday, December 15 @ 00:11:48 PST
(User Info | Send a Message)
mmg awan mendung dah agak berlalu tp sekali sekala hujan kilat (kickdefella) ada sekali sekala ...

faktor awan dah berlalu ada beberapa sebab:

1- psl tgna tak bersalah

2 - psl penyokong2 yg condong tghh tidaklah semacam penyokong2 atau pemimpin pas yg condong anwar/husam/tgna menyerang, mnghina, menyindir tghh didepan media dsbnya.. kalaulah di ikut hati yg jahat...jgn kan awan mendung..ribut petir, tornado, twister or wutever u call it.

bottom line is..jgn tuduh, hina atau sindir rakan seperjuangan!!! lainlah bende tuh menyalahi hukum syarok!!

kalu nok ikut persepsi (yg aziz bari kangkung suka sgt guna tuh) ....pentadbiran pas kelantan sekarang masih lg di liputi awan mendung dan petir sekali sekala..