5.3.08

TELUSKAH UNDI POS


Rabu, 05 Mac 2008
26 Safar 1429
Undi pos tentera bermula, panglima angkatan tentera dahului pengundian
OLEH B.HARIHARASUTHAN

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abd Aziz Zainal mendahului seramai 111,591 orang pegawai dan anggota tentera seluruh negara menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar dengan mengundi secara pos di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini. Abdul Aziz yang tiba pada kira-kira pukul 9 pagi mengundi bersama-sama isterinya Puan Sri Rositah Md Nawi bagi kawasan Parlimen Setiawangsa. Turut mengundi secara pos hari ini ialah Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Arifin, Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Laut Tan Sri Ramlan Mohamed Ali. Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kawasan Parlimen Setiawangsa Leftenan Kol Hamdan Yaccob berkata proses pengundian pos bagi tentera akan berlangsung selama dua hari.
Undi pos dilaksanakan di semua pusat pengundian di kem-kem tentera seluruh negara seperti yang ditetapkan, manakala anggota yang berada di luar negara pula boleh mengundi di penempatan masing-masing, katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata di pusat pengundian di Kementerian Pertahanan (Kementah) terdapat 12,467 pemilih berdaftar dan mereka akan mengundi bagi Parlimen Setiawangsa. Proses mengundi pos bermula 8 pagi sehingga 7 malam. “Kertas undi diterima Ahad lepas dan telah diagihkan mengikut kawasan dan Jumaat ini kami akan kumpul semua undi pos yang diterima sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),” katanya.
Seramai 24,091 pasangan kepada pegawai dan anggota tentera juga layak mengundi pos kali ini. Hamdan berkata jumlah pengundi pos tentera kali ini meningkat kepada 15 peratus berbanding pilihan raya 2004 dan dijangka kira-kira 70 peratus akan mengundi. “Masih ada yang tidak mahu mengundi pos. Walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan mereka (tentera) mengundi pos tetapi tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar perlu ditunaikan, semua maklumat adalah sulit,” katanya. - Bernama
PROSTRATEGIK:
AMALAN UNDI POS TIDAK RELEVAN,DIRAGUI.DOAKAN TAHUN TERAKHIR UNDI POS PADA PILIHANRAYA INI.AMIN.

No comments: