10.8.08

Sambutan Hari Hudud Kelantan

Dipetik dari email:

Asslamualaikum wrt. wbt.



Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan akan diadakan pada Rabu ini, 13 Ogos 2008 bersamaan 11 Syaaban 1429H bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu bermula jam 8.00 pagi. Perasmian dan ucaptama oleh YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan. Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Dr Badrul Amin Bahron (bekas Pensyarah UIA).



Pada malamnya, Forum Perdana Hududullah akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV, KB jam 9.00 malam. Ahli panel - Dr. Badrul Amin Bahron, Dato. Md Saleh Hj Ahmad (TYDP PUM/ Fellow Kanan Kuliyyah Undang-Undang UIA) dan Sdr. Hanipa Maidin (peguam/ AJK PAS Pusat).



SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI.

8.8.08

SURAT UNTUK PENARIK BECA



kepada Penarik beca:


Selamat berjuang penarik beca dari saya sebagai blogger!Agenda menindas kebatilan tidak akan luput dalam jiwa anak muda perwira macam saudara.Saudara telah menggoncangkan tidur sang penguasa yang tidak adil.Saudara telah merimaskan dan melemaskan mereka dan saudara jugalah yang menggunakan pena untuk menembak sehingga mereka jatuh tidak bangkit lagi.Semangat yang tidak luntur dalam jiwa saudara itu memberi impak kepada pemuda-pemuda bloggers yang lain untuk meneruskan perjuangan.Kebal mana pemimpin berdarah juga dihiris pena tajam!Tingkatkan perjuanga demi untuk Islam.!

7.8.08

Jangan Cabar Kuasa Rakyat





Jangan mencabar kuasa rakyat.Itu ingatan daripada pemuda yang inginkan kebenaran.Yang benar tetap benar yang batil tetap batil tidak ada campur aduk di antara keduanya.Anwar perlu diberi ruang untuk bertanding di permatang pauh mahupun konspirasi mungkin bakal berlaku.Sejarah boleh berulang tetapi tidak pada masa ini,sekarang rakyat merasa dicucuk kerana isu kotor ini dimainkan semula.Pas akan tetap membantu jika masih dalam dasar membanteras kezaliman dan kebatilan.Orang melayu kena faham kita ini dimulia dengan Islam dan dengan Islamlah melayu mulia.Berjuang bukan setakat alang-alang menyeluk pekasam tapi berjuang alang memegang bara api,biar binasa jasad tapi untuk memeluk tubuh tidak sekali.Ingat panduan cerita lama MELAYU "raja zalim raja kusanggah raja adil raja ku taat"

1.8.08

LAGU PAHLAWAN DAN LAGU UNTUK ANWAR


LAGU UNTUK PAHLAWAN,


Inilah barisan kita ,
yang ikhlas berjuang,
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara,
kami mohon doa Malaysia berjaya,
Semboyan telah berbunyi,
menuju medan bakti,




LAGU UNTUK SAUDARA ANWAR

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Menegakan keadilan,
Untuk ibu pertiwi,
Andai kata aku gugur di medan.
Tegakkanlah reformasi,
Semboyan telah berbunyi,
Menuju ke Parlimen.



Hakmilik ekslusif-Pro

30.7.08

SAMPAI MASANYA UMNO BUAT HUKUM ISLAM

Isu muqabalah atau muzakarah menjadi panas masa ini.Ia isu “p-spot” yang menjadikan Umno “menelanjangkan” kedudukannya dengan mendekati Pas.Isu ini isu umat Islam.Tidak semestinya isu ini timbul lepas pilihanraya lalu tapi isu ini sudah dicanang Pas sudah lama.Tok guru selalu mengatakan bahawa ia akan bubar Pas jika Umno ambil Qur;an dan Hadis sebagai panduan.Bila kata ikut qur'an & Hadis kita mesti ikut semua bukan sedikit dan secarik-carik sebagaimana sekarang.Umno msti menerima Hukuk Hudud,qisas dan takzir secara tepat dalam Qur;an.Mungkin ia satu revolusi besar-besaran jika Umno dapat terima hukum yang wajib diimani oleh umat Islam ini.Jalan sudah ada,marilah UMNO kita ambil Islam semua sekali.Masuk dan amal Islam dalam segenap kehidupan.Orang non muslim jangan takut,Islam tidak pernah mengajar untuk bersikap zalim tanpa bukti.Kita yakin jenayah akan menurun jika undang-undang Islam ini diadakan.Marilah kita bersatu atas nama Islam!

28.7.08

maafkan mahfuz

Mahfuz: Maaf atas keterlanjuran
Jul 28, 08 5:35pm
Ketua penerangan PAS, tokoh pertama yang menafikan secara rasmi wujud pakatan PAS-Umno, hari ini memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti berhubung rundingan kongsi kuasa dua parti tersebut.

"Saya menulis surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno," kata Mahfuz Omar dalam satu kenyataan panjang.

"Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini."

Beliau seterusnya menambah: "Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

"Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."


Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

27.7.08

terkini-bubar parti ke muktamar

Cadangan bubar UMNO dan Pas akan dibawa ke Muktamar Pas - Nik Aziz
27/07/2008 3:35pm


KOTA BHARU 27 Julai — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan beliau supaya Pas dan UMNO dibubarkan bagi membentuk satu parti baru akan dibawa ke Muktamar Tahunan Ke-54 parti itu di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu.

“Kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Indusri Halal Nasional, di sini, hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.- Bernama

22.7.08

PATUHI KEPUTUSAN SYURA PAS




Muzakarah Umno dan Pas hangat diperkata rakyat jelata.Pada pandangan saya,sebagai ahli jemaah kita perlu mengikut keputusan SYURA Pas dalam apa jua keadaan.Respek kepada keputusan dan patuh pada pimpinan merupakan akhlak kita.Ahli Pas kena faham keadaan ini.Tidak perlu bermasam muka mahupun keluar parti jika keputusan itu disepakati oleh pimpinan.Kita kena ingat hebatnya dan hikmahnya keputusan syura.Jangan kita bersikap "nasik belum masak tapi api sudah dimatikan".Ahli Pas perlu tenang dan menanti tindakan seterusnya dari jemaah.Jimatkan kata-kata tanpa asas tentang isu ini.Kita yakin yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil hingga hari qiamat.Takbir!

21.7.08

HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO






Perbincangan mengenai isu "meeting"PAS dan Umno kian diperkatakan dengan meluas di media perdana.Isu ini merupakan isu di atas dasar "meja perpaduan".Isu ini bergema semula selepas kejatuhan empayar Umno dan konco.Mereka terseret di tengah jalan kerana mereka mungkin takut ada rahsia besar akan jatuh jika kerajaan pakatan mengambil alih.Umno sudah hilang kerisnya dan taringnya sudah tumpul.Ia seperti hilang arah.Maka agenda yang terakhir untuk dijadikan senjata WMD ialah perpaduan melayu dengan Pas.Adalah ditegaskan kita bukan menghalang perpaduan tetapi Parti Islam seperti PAS perlu sedar dengan tipu helah UMNO.Rakyat sudah melihat UMNO memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih namun kita tidak merasa selesa kerana merasakan banyak ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi dan DEB pun dinodai oleh sesetengah golongan Melayu yang tidak bertanggungjawab.Pas perlu hati-hati dan berjalan di atas kecerdikan siasah dalam menuju jalan-jalan kemenangan mutlak.Takbir!