21.6.08

DI MANA DOKUMEN NEGARA ISLAM PAKATAN RAKYAT

Isu negara Islam sudah reda tidak sebagaimana 5 tahun lepas,ketika itu isu ini hangat dibicarakan oleh rakyat terutama pemimpin PAS dan Umno.Isu ini sehingga ditanya dalam temuduga SPA kepada pemuda-pemuda yang ingin menjawat jawatan dalam kerajaan.Negara Islam atau tidak menjadi perbahasan para ulama sejak dahulu kala lagi selari dengan perkembangan ilmu semasa dan pertumbuhan banyak aliran dalam ISLAM.Tahun 2008 menyaksikan PAS mendominasi kancah politik Islam di samping Keadilan sehingga berbumbung di bawah istilah "pakatan Rakyat".Pas dengan idea membangun bersama Islam perlu besedia dari semua sudut untuk memerintah sebuah negara.Dokumen negara Islam yang bagaimanakah ingin dibawa PAS perlu disegerakan dengan lengkap untuk memenuhi kehendak rakyat.Alternatif perlu difikirkan untuk menggantikan program-program berbentuk maksiat dan lalai dalam media perdana.Bagaimana pula dengan pelaksanaan hukum hudud Allah yang wajib dilaksanakan malah Umno pun tidak ada daya dan naif dalam membincangkan isu ini.Parti Islam perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah memerintah rakyat dengan Islam walaupun dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang kafir musyrik mahupun munafik!ayuh maju dengan Islam.

No comments: