22.6.08

MUHASABAH UNTUK PAS DARI UTUSAN MALAYSIA

RENCANA utusan malaysia 22 Jun 2008 / 17 Jamadil Akhir 1429

Pas berubah atau keliru?
Oleh Zulkiflee Bakar

Pemimpin dan ahli-ahli Pas yang akan mengadakan Muktamar Tahunan Ke-54 parti itu di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos ini sudah tentulah berbangga.
Ini kerana muktamar kali ini akan menyaksikan lebih ramai pemimpin-pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat (YB) akan hadir.
Pas kini mempunyai 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 23 Anggota Parlimen.
Selain itu, jika sebelum ini hanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja akan hadir sebagai Menteri Besar, tetapi kali ini beliau akan diiringi oleh dua orang lagi bertaraf Menteri Besar iaitu Azizan Abdul Razak (Kedah) dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak).
Namun begitu dalam keghairahan mereka menyambut kemenangan di luar jangkaan pada pilihan raya umum lalu, ahli-ahli Pas juga harus memahami bahawa prinsip perjuangan mereka semakin terhakis.
Pas kini mahu tidak mahu sudah dilihat sanggup mengorbankan segala-galanya demi merebut kekuasaan politik dan lebih buruk lagi sanggup duduk semeja dengan pihak yang sebelum ini dianggap kalau berkawan boleh menjadi kafir.
Sememangnya, penulis menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat memilih pemimpin Pas menjadi YB dan mengundi parti itu untuk memerintah Kedah, menjadi Menteri Besar di Perak serta terus berkuasa di Kelantan.
Malah penulis juga menghormati keputusan rakyat menerima kesepakatan pemimpin-pemimpin Pas untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi memerintah Selangor.
Tetapi apa yang hendak diperingatkan ialah bagaimana Pas kini semakin lari daripada prinsip perjuangannya.
Dalam satu surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dalam ruangan Forum pada Jumaat lalu, seorang pembaca yang menamakan dirinya sebagai Pa'Sheikh menggariskan apa yang disifatkan oleh beliau, Pas sudah berubah.
Antara hujahnya:
l Pas pernah menganggap suara wanita adalah aurat sehingga Kelantan tidak menghantar wakil bagi majlis tilawah tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita.
l Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu fatwa Pas - Wanita tidak boleh menjadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita. Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh menjadi pemimpin.
l UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir) menurut Pas adalah haram. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP).
Inilah antara hujah-hujah beliau bagi menunjukkan bagaimana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.
Dalam soal ini, sudah tentulah pemimpin dan ahli Pas yang taksub akan tetap menyokong langkah saf kepimpinan kononnya atas dasar demi menegakkan kebenaran dan keadilan di Malaysia.
ResahTetapi kita juga yakin ada di kalangan ahli-ahli Pas yang semakin merasa resah dengan sikap tidak konsisten parti itu dalam usaha untuk memperoleh kuasa politik.
Malah sesetengah orang Melayu atas pagar yang menyokong Pas dalam pilihan raya umum lalu juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Pas yang ternyata sanggup mengamalkan sikap matlamat menghalalkan cara bagi mencapai tujuan politik.
Sebelum ini kita harus akui, Pas dilihat parti alternatif kepada orang Melayu, Pas sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam, ertinya yang haram tetap haram, yang halal tetap halal.
Namun ternyata akibat keghairahan untuk bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dan ditambah pula kejayaan di luar dugaan dalam pilihan raya, Pas sudah melupakan asas-asas perjuangannya.
Mungkin bagi Pas sekarang:
l Suara wanita bukanlah lagi aurat, justeru mereka menerima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan meletakkan calon wanita bertanding dalam pilihan raya.
l Berkawan dengan parti bukan Islam tidak lagi kafir atas sebab itu mereka sanggup membantu berada dalam satu kerajaan dengan DAP di Perak dan Selangor. Biarpun hakikatnya di Perak, Pas tidak ubah hanya menjadi boneka kepada DAP.
l Tidak apa menyokong dasar yang salah demi mempertahankan kekuasaan atas sebab itulah mereka menyokong projek ternakan babi di Selangor.
Semua tindakan ini dengan jelas membuktikan Pas sudah berubah. Pas bukanlah lagi sebuah parti yang sentiasa istiqomah dalam perjuangannya.
Justeru muktamar Pas kali ini diharapkan akan menjadi landasan kepada ahli-ahli Pas yang masih sayangkan parti itu untuk menegur kealpaan pemimpin- pemimpin mereka.
Tidak salah untuk menegur perkara yang betul kerana Rasulullah SAW bersabda, katalah benar, sekalipun ia pahit.
Oleh itu ahli-ahli Pas harus bermuhasabah dan mengkaji keterlanjuran yang semakin banyak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.
Teguran yang dibuat bukanlah bertujuan untuk melemah atau menjatuhkan Pas tetapi sekadar peringatan supaya Pas tidak terus tenggelam dengan keghairahan untuk merebut kuasa politik sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.
Lebih daripada itu untuk kembali kepada asas perjuangannya seperti mana yang disiarkan suara rasmi Pas, Suara Islam bertarikh 17 Mac 1957 yang menyatakan:
"Tertubuhnya Pas adalah semata-mata kerana umat Islam di negeri ini ingin mewujudkan dan mengisi perjuangannya dengan apa yang menjadi keyakinan dan pandangan hidupnya sebagai umat Islam dan sebagai hamba Allah yang patuh kepada ajaran tuhannya.''
Justeru dalam melakukan apa juga keputusan dan pendirian, ahli-ahli Pas harus mengkaji kata saudara Amaludin Darus dalam buku beliau bertajuk, Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.
Antara lain beliau berkata, "Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri.''
Tetapi dalam keadaan sekarang ahli- ahli Pas masih mempunyai kesempatan untuk memperbetulkan keadaan. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menyatakan kebenaran kerana Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya berkata benar itu menunjukkan ke arah kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan jalan ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu nescayalah berkata benar sehingga di sisi Allah dicatat sebagai ahli berkata benar.
Persoalannya, mampukah ahli-ahli Pas melakukannya? Mungkin sekali lagi pandangan dalam tulisan ini akan dianggap untuk memecah-belah Pas kerana maklumlah Pas kini dilihat semakin kuat.
BermaharajalelaPenulis tidak menafikan fakta ini bahawa Pas semakin mendapat sambutan tetapi dalam masa yang sama ahli Pas tidak boleh membiarkan kesilapan pemimpin-pemimpin mereka bermaharajalela di depan mata.
Orang Melayu juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Dewan Ulama Pas yang sebelum pilihan raya lalu begitu lantang menegur kesilapan yang dilakukan oleh Pas.
Apakah Dewan Ulama juga sudah memasuki 'zon selesa' berikutan kejayaan Pas dalam pilihan raya umum lalu?
Bagaimana pula dengan Dewan Pemuda Pas? Kenapa terus berdiam diri biarpun mereka tahu ada beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin utama mereka telah melanggar prinsip perjuangan atau fatwa parti itu?
Apakah dewan itu sudah tidak berani lagi bersuara kerana bimbang dianggap mempunyai semangat 'pepsi cola'?
Namun persoalannya, apakah ketika ini Pas masih 'pening' akibat arus tsunami politik yang berlaku sehingga memungkinkan mereka melihat apa sahaja yang boleh menguntungkan politik mereka harus diterima?
Oleh itu bagi mengelakkan pemimpin-pemimpin Pas terus alpa sehingga mengelirukan orang Melayu dan ahli Pas khasnya, mereka perlu diperingatkan semula mengenai matlamat perjuangan parti.
Pas seharusnya tidak terlalu ghairah untuk mengejar kuasa politik sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja.
Jika ahli-ahli Pas, selepas 8 Mac lalu begitu lantang mengkritik UMNO dalam pelbagai perkara, mereka juga harus mempunyai keberanian untuk menegur kepimpinan Pas.
Ahli-ahli Pas tidak boleh selama-lamanya melihat sahaja satu demi satu tindak tanduk yang bercanggah dengan prinsip perjuangan parti itu dilanggar oleh pemimpin-pemimpin mereka.

PENULIS MEMETIK DARI UTUSAN..........ADA ISI YANG BOLEH DIFIKIR

2 comments:

Anonymous said...

from tranung reader:

Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by mypas on Sunday, June 22 @ 18:16:50 MYT
(User Info | Send a Message)
Sepatutnya Sdr Zulkiflee menulis supaya UMNO muhasabah. Tulisan beliau yang menyuruh ahli2 PAS muhasabah adalah "tidak ikhlas" - ada udang galah di sebalik bihun sup.





Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS by airasiana on Sunday, June 22 @ 23:37:22 MYT




Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by Planter on Sunday, June 22 @ 18:27:05 MYT
(User Info | Send a Message)
Wartawan Utusan Meloya yang tulis dah tentu agenda nak memecah belah Pakatan Rakyat. Kenapa dulu tak support perjuangan PAS? masa PAS perintah Terengganu, puak-puak ni juga yang sabotaj. Tarik balik royalti. Sekarang nak suruh PAS muhasabah diri? Cermin diri tu dulu wahai Pencacai UMNO



Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS by airasiana on Sunday, June 22 @ 23:41:00 MYT

Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS by Planter on Monday, June 23 @ 00:14:30 MYT




Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by Naspazi on Sunday, June 22 @ 18:29:44 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum dan salam hormat,

Auuuw. Stim baca tulisan munafik artikel ini. Saya setuju bahawa ada udang galah besar yang tersembunyi. Kelak Lingam kata, korek...jangan tak korek korek, koreklah ahhh ahhh ahhh! Hehehe.:)

Wassalam.






Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by sahajer on Sunday, June 22 @ 19:12:34 MYT
(User Info | Send a Message)
Hehehe bangangnye penulis tue...makin panjang dia tulis artikel tue makin terserlah akan kekeliruannya dalam Islam dan penipuannya..takpe selagi mana pas masih berlandaskan Al-Quran dan Hadis ,pas tidak akan sesat selama-lamanya...






Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by BekokCobbong on Sunday, June 22 @ 19:13:08 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS Tidak Pernah Menggadaikan Prinsip!
Dilulus terbit pada Sunday, June 22 @ 18:42:40 MYT oleh reformis

Oleh ahlibahasa

"
[images.google.ie]Saya membaca satu persatu tulisan Zulkiflee Bakar hari ini di dalam Mingguan Malaysia. Tulisan yang bertajuk Pas berubah atau keliru? [www.utusan.com.my] jelas sekali menampakkan penulisnya yang sedang keliru atau sedang cuba mengelirukan orang lain. Dilihat kepada latar belakang penulis ini, tidak peliklah apabila gaya tulisan masih lagi menampakkan kehendak mengampu pimpinan UMNO yang sudah pun berada di talian hayat yang terakhir.






Satu perkara yang sangat-sangat pelik ialah apabila orang seperti Zulkiflee ini seringkali meletakkan beban untuk bersuara tentang Islam kepada PAS. Adakah tanggungjawab menyatakan kebenaran ini hanya kerja orang-orang PAS? Lantas peranan mereka sendiri di mana? Itulah juga yang berlaku di Selangor apabila UMNO mendesak Datuk Dr Hassan Ali menyatakan pendirian mengenai konsert Ella dan Mas Idayu, lalu pendirian mereka apa dia?



Zulkiffle Bakar menghujahkan betapa kelirunya PAS dengan beberapa hujah sinis yang sama sekali tidak layak untuk menghuni sebuah akhbar harian. Adakah Mingguan Malaysia sendiri yang rela merendahkan tarafnya kerana menyedari hakikat mereka sebagai sebuah akhbar nyamuk pencacai UMNO/BN lantas membenarkan dada mereka dihuni oleh tulisan yang tidak menggambarkan minda kelas pertama?



Zulkiffle mendatangkan surat seorang pembaca yang katanya sebagai hujah bahawa PAS sudah hilang prinsip. Antara lain ialah soal suara wanita sebagai qariah. Saya menjawab begini, PAS tidak pernah mengharamkan wanita berceramah di Kelantan. Ketua pembangkang di parlimen tidak menyanyi atau mengalunkan suara merdu tetapi berucap. Sejak bila pula di Kelantan ustazah-ustazah diharamkan berceramah? Apa yang menjadi pegangan YAB Menteri Besar ialah mengambil pandangan bahawa suara wanita ialah aurat apabila sengaja dilembutkan.

Walaupun isu ini merupakan khilaf di kalangan para ulama, tetapi kerajaan Kelantan mengambil

Read the rest of this comment...






Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by laserb8 on Sunday, June 22 @ 21:29:42 MYT
(User Info | Send a Message)
kesian penulis tu......sempit betul kefahamannya....





Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by jojokie on Monday, June 23 @ 00:08:48 MYT
(User Info | Send a Message)
Life....

A crust of bread and a corner to sleep in,
A minute to smile and an hour to weep in,
A pint of joy to a peck of trouble,
And never a laugh but the moans come double;
And that is life!

A crust and a corner that love makes precious,
With a smile to warm and the tears to refresh us;
And joy seems sweeter when cares come after,
And a moan is the finest of foils for laughter;
And that is life! :o






Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by MoSE on Monday, June 23 @ 00:32:37 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum....

Aku lihat airasiana makin galak dgn komen2 nye...

Aku ingat bila ditarbiyah oleh rakan2 yg ada mungkin bertambah elok ckit, tp makin menjadi2 pulak..

Beginilah airasiana.. aku nak tanya satu soalan je.. tapi kau hentam balik dgn lojik akal engko tu.. tp takpe aku tnya gak...

Katakanlah engko mati sekarang nie... mana yg engko suka? jasad kau disolatkan oleh TGNA atau BODOHWi atau imam hadhari yg lain...?

Aku bukan nakkan ulasan drpd engko... cuma Jawab TGNA atau BODOHWi itu je, bagii satu name je.. bukan payah pun..

Wassalam





Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by serban_puteh on Monday, June 23 @ 00:51:17 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum...
Sahabat2 suma yg berjuang dalam jemaah islam... mari lah sama2 kita muhasabah diri kita dulu...ingat lah setiap apa yang kita lakukan pasti akan dicatat oleh Allah. Ana yakin suma pecya dlm hal ini. Jadi marilah kita buat pembaharuan dalam setiap kritikan kita... kalau boleh kita guna bahasa yang sebaik mungkin untuk mengkritik sesuatu individu atau kumpulan. biarlah ia mencermin kita sebagai satu jamaah yang islamik..
tentang seblah sana tu jawab skit2 jer... kalu layan sangt buang masa kita jer dalam usha da'wah kita yg smkin mncabar..
wallahua'lam..





Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by shagohod87 on Monday, June 23 @ 01:14:58 MYT
(User Info | Send a Message)
This is the reason y Utusan is banned
They talk nothing but crap only
PAS is not Taliban
There r many reasons y the Taliban gov ended up dead
PAS has become friend n ally wit PKR n DAP to achieve their objective a fair,transparent n effective gov the rakyat deserved
PAS will go 2 great lengths 2 achieve this goal even if it means working together with non Muslims
Unlike parties such as MCA,MIC,Gerakan who had prostitute themselves to UMNO bastards
Despite their hard work(doubt there is any),Malaysia still remains in deep s***






Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by dewpem on Monday, June 23 @ 07:15:48 MYT
(User Info | Send a Message)


Sejak tahun 1959 lagi, Puan Khatijah Sidek, telah menjadi Ahli Parlimen PAS dari Terangganu. Bukan pada PRU 8 Mac 2008 saja PAS baru letak calun wanita. apalah punya penulis...





Re: MUHASABAH DARI UTUSAN MALAYSIA KEPADA PAS (Score: 1)
by Is987 on Monday, June 23 @ 22:34:19 MYT
(User Info | Send a Message)
Zulkeflee Bakar. Mana ada tindakan Pas yang betul dimatanya. Kalau Pas kata dulu tak boleh pilih orang kafir, beliau ni akan keluar hujah macam-macam untuk justify mengapa Umno dan penyokong-penyokongnya tidak salah memilih orang kafir dan menuduh Pas parti kampung, parti Pak Lebai yang tak boleh terima realiti politik Malaysia. Bila Pas kata boleh (syarat boleh ini pun diputuskan secara feqah, siasah syariyyah. bolehnya kerana ada hujjah dari sudut Islam) penulis perli pulak kata Pas dah tak pegang prinsip. Nak diterangkan kepada mamat ni secara ilmiah, dia tak faham pulak nanti. Kenapa dulu Pas kata tak boleh pilih orang kafir? Pas tak kata tak boleh, tapi perlu pilih berdasarkan mudharat mana yang lebih besar. Kafir belah sana atau belah sini. Feqahnya begitu. Adakah zulkeflee bakar tahu feqah ni.

Anonymous said...

Allah menjadikan syurga dan neraka. Aku rasa kau pilih jln ke nerakalah sbb sudah sah kau ni DAJAL DUNIA tak tahu mana dosa dan pahala