9.7.08

ANWAR &NAJIB PERLU BERSIHKAN NAMA






Politik negara berada diambang "maut"kerana banyak label baru diberikan kepada kepimpinan negara.Anwar juga Najib yang dibedil bertalu-talu dalam akhbar dan nama mereka laris dibual di kedai kopi dalam negara dan juga diluar negara.Majalah TIMES juga melariskan isu ini sebagai modal yang melariskan jualan.Peranan Mufti juga Tok guru Nik Aziz juga kerap diambil kira oleh media perdana.Anwar perlu bersumpah serta Najib juga begitu.Langkah ini untuk mengelak fitnah terhadap nama dan keturunan mereka.Kita tahu dakwaan liwat dan membunuh tidak bermoral tapi yang dituduh perlu dibuktikan dalam masyarakat melalui mahkamah jika tidak pun bermubahalah atau bersumpah untuk bersihkan nama masing-masing.Marilah ajak rakyat keluar ke satu tempat keramat untuk melihat kejujuran hati mereka.Kita lihat siapa berani dan benar.Ini semua untuk agama kita dan juga negara kita.Jangan kita punah kerana fitnah percuma.

1 comment:

Anonymous said...

from tranung reader:

Re: Najib dan Anwar kena bersih nama (Score: 1)
by longan on Friday, July 11 @ 10:35:47 MYT
(User Info | Send a Message)
Politik negara berada di ambang maut bukan disebabkan oleh isu Anwar dan Najib semata-mata tetapi disebabkan oleh Badan Kehakiman/Perundangan dan Badan Keselamatan yang sepatutnya bebas dilibatkan sama dalam politik oleh golongan berkepentingan.

Kemelut ini ditambah lagi dengan laporan-laporan dari media arus perdana yang tidak tepat dan berat sebelah menyebabkan rakyat keliru.



[ Reply to This ]




Re: Najib dan Anwar kena bersih nama (Score: 1)
by jepp on Friday, July 11 @ 11:58:58 MYT
(User Info | Send a Message)
setuju dgn longan... selagi Badan perundangan dan Kehakiman Malaysia tidak telus dan tidak bebas dari campur tangan politik, selagi itulah masa depan negara terumbang ambing


[ Reply to This ]




Re: Najib dan Anwar kena bersih nama (Score: 1)
by othimbra on Saturday, July 12 @ 08:45:54 MYT
(User Info | Send a Message)



Najib kena persiapkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kes liwat Anwar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beiau tak boleh mengelak diri dari dipanggil mahkamah tersebut kerana Anwar membawa kes tersebut di bawah kesalahan Qazaf.

Keterangan Najib diperlukan kerana beliau pernah buat kenyataan akhbar bahawa Saiful menemuinya dan menjelaskan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar, sebelum membuat laporan polis.

Kenyataan ini sudah cukup untuk melayakkan dirinya dipanggil dengan perintah mahkamah untuk memberi keterangan di mahkamah Syariah nanti.

Bersedialah duhai Najib untuk bersua muka dengan Anwar
di Mahkamah. Insyaallah akan bertemulah buku dengan ruas.

Rakyat mengharapkan JAWI tidak melengahkan kes
ini untuk didengar di mahkamah dan berjalan tanpa
tekanan seperti yang pernah berlaku kpd Mahkamah

Sivil.