11.7.08

PAS DIMUHASABAH LAGI....OLEH UTUSAN

RENCANA
Mahu ke mana Pas?

Oleh Hamzah Sidek



Kenderaan penyokong parti pembangkang mengibarkan bendera DAP, Pas dan PKR. Pakatan ketiga-tiga parti itu dibentuk hanya selepas kejayaan mengejut dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.
- Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



ADA tanda-tanda bahawa Pas sekarang berada dalam keadaan terpaksa menilai semula hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam konteks muafakat Pakatan Rakyat.

Mari kita lihat senario berikut.

1. Awal Jun 2008: Apabila persembahan penyanyi Ella dan Mas Idayu diumumkan bakal menyerikan perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, Pemuda Pas Selangor pada bulan lalu telah membantah dengan hujah bahawa penyanyi-penyanyi itu berpakaian tidak senonoh, tidak sejajar dengan Islam.

Sultan Selangor sendiri menjawab bahawa kritikan Pemuda Pas Selangor itu remeh dan tidak perlu. PKR yang menunjangi kerajaan Selangor tidak bersuara. Akhirnya persembahan Ella dan Mas Idayu diteruskan.

2. Awal Julai: Apabila jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Tom Cahill mengeluarkan kenyataan yang membayangkan bahawa Washington melihat kes aduan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai kes beragenda politik, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub turut mengkritik dan meminta AS tidak campur tangan dalam hal-ehwal Malaysia.

Suara mereka senada dengan suara beberapa pemimpin UMNO, termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

3. Awal Julai: Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya Anwar Ibrahim bersumpah dengan Quran (mubahalah) untuk membuktikan beliau tidak melakukan liwat sebagaimana yang dilaporkan kepada polis. Ramai yang melihat cadangan ini sebagai tanda bahawa Nik Aziz dan Dr. Asri kurang percaya dengan penafian Anwar.

Kemudian Nik Aziz telah menambah kenyataan dengan mengutarakan supaya mubahalah itu diadakan selepas selesai proses undang-undang kes berkenaan. Barangkali Nik Aziz tidak mahu mubahalah itu mengganggu proses undang-undang.

4. Protes Sejuta Rakyat pada 6 Julai: Sebelum perhimpunan ini diadakan, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengancam untuk memboikot kerana persembahan pentas (termasuk oleh Blues Gang) turut menjadi acara. Bagaimanapun, persembahan pentas tetap diadakan di perhimpunan yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya itu.

Tanpa diduga berlaku persembahan 'Jilat-jilat jubur korporat' oleh Alak, penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung. Sebilangan peserta perhimpunan marah dan membaling botol. Media memberikan laporan besar kepada insiden ini. Pengurus persembahan pentas itu ialah Hishamuddin Rais (rakan karib Anwar sejak zaman demonstrasi di unversiti).

Ekoran insiden itu, boleh dikatakan seluruh ahli Pas daripada pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi, mengecam pihak penganjur. Perhimpunan itu dianggap gagal kerana bukan sahaja dicemari oleh insiden 'jilat jubur' tapi juga tidak memberi fokus kepada tujuan asal ia diadakan iaitu untuk membantah kenaikan harga minyak. Sebaliknya ia menjadi medan untuk marah-marah kepada kerajaan kerana 'kes liwat Anwar.'

ImejPas adalah sebuah parti yang berpendirian keras selama ini dengan imej keislamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2008 atas nama Pakatan Rakyat, banyak orang melihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Orang bertanya, bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.

Pakatan Pas dengan DAP dan PKR dilihat sebagai tidak lebih daripada marriage of convenience (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal. Perkahwinan itu disimpulkan hanya atas tujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, Pakatan Rakyat hanya berjaya menghalang BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan menawan lima negeri.

Di Perak, Pas berjaya menampilkan orangnya untuk menjadi Menteri Besar walaupun DAP yang memegang lebih banyak kerusi. Dikatakan kononnya wujud satu perjanjian yang dimomokkan sebagai 'Perjanjian Pangkor II' yang dimeterai oleh Pas dan DAP di Pulau Pangkor bagi menetapkan syarat-syarat perkongsian kuasa mentadbir negeri Perak. Orang Pas menjadi MB tetapi segala keputusan dan dasar mestilah dengan restu DAP.

Satu dasar baru yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak ialah pemberian hak milik selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru yang dihuni hanya oleh orang Cina. Keputusan ini sangat mendukacitakan orang Melayu di negeri itu kerana tanah-tanah yang terlibat adalah tanah di kawasan bandar dan pinggir bandar yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Memberikan hak milik 999 tahun adalah sama sahaja dengan memberikan hak milik kekal. Sedangkan masih ramai orang Melayu yang menduduki tanah TOL (tumpang sementara). Di kawasan bandar, boleh dibilang tanah kekal milik Melayu.

Orang Melayu khususnya di Perak sekarang melihat Pas hanya menjadi boneka DAP. Menariknya apabila beberapa pemimpin Pemuda Pas bercakap tentang pentadbiran Islam, pemimpin-pemimpin DAP terutama Karpal Singh telah menyerang mereka habisan-habisan.

Dalam jangka panjang, kekalutan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan menghakiskan kepercayaan orang Melayu terhadap Pas. Apakah Pas tidak menyedari hakikat ini?

Pas mahu menegakkan kerajaan Islam, tapi DAP bermati-matian menentang dan PKR pula mempunyai budaya dan agenda tersendiri.

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang akhirnya hanya berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000 orang penyokong fanatik Pakatan Rakyat (sebilangan besar adalah ahli-ahli Pas) menyerlahkan lagi budaya dan agenda politik PKR pimpinan Anwar.

Persembahan 'jilat jubur korporat' adalah sebahagian daripada budaya PKR yang berpendirian sangat liberal dalam soal hiburan. UMNO yang Pas tuduh sebagai parti sekular pun tidak tergamak untuk menyelitkan persembahan seumpama itu dalam acara-acara yang diadakannya. Betapa Hishamuddin yang merupakan rakan karib Anwar sanggup menjemput kumpulan Carburetor Dung, menunjukkan begitulah sifat orang PKR.

Barangkali Pas mulai terasa menyesal dan malu kerana menjalin hubungan dengan orang semacam ini. Maka sebab itulah Pas kemudian menghentam Protes Sejuta Rakyat. Secara tidak langsung hentaman mereka itu ditujukan kepada PKR dan Anwar.

Betapa orang Pas yang kehadiran mereka di perhimpunan Stadium Kelana Jaya itu tampak paling ramai juga menyedari kumpulan Hindraf (Badan Bertindak Hak-Hak Hindu) telah menjadikan Protes Sejuta Rakyat sebagai medan untuk mempromosi perjuangan mereka.

Kehadiran Hindraf dengan membawa pelbagai pemidang, bendera Hindraf dan cukup dengan paluan gendang mereka, memperlihatkan betapa mereka yang memperoleh lebih banyak laba politik daripada perhimpunan itu berbanding Pas.

Tidakkah juga sangat ganjil bagi sebuah kumpulan yang mahu menegakkan Islam berada dalam saf yang sama dengan kumpulan penegak agama Hindu dan peminat muzik underground yang ketawa mendengar lagu Negaraku tapi menggemari lagu 'Jilat jubur korporat.'

Inilah antara pertanyaan-pertanyaan muhasabah diri yang para pemimpin Pas wajib jawab. Cubalah berterus terang bahawa titik persamaan antara Pas dengan DAP, PKR dan Hindraf adalah ibarat bumi dengan langit. Malah jika kita halusi matlamat dan sejarah perjuangannya, Pas mempunyai lebih banyak persamaan dengan UMNO. Bukan dengan PKR, apatah lagi DAP dan Hindraf.

Mahu ke mana Pas?

1 comment:

Anonymous said...

FROM TRANUNG READER:

Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by irama on Friday, July 11 @ 19:15:24 MYT
(User Info | Send a Message)
Mana2 parti berhak berbincang dengan umno. Tiada siapa boleh pertikaikan. Apatah lagi jika perbincangan itu untuk maslahat umat islam. Namun begitu ramai tertanya tanya tentang perbincangan PAS dgn DAP berkenaan Perjanjian Pangkor II


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by lelakidicermin on Friday, July 11 @ 19:45:54 MYT
(User Info | Send a Message)
mcm mana SP benarkan artikal ni dlm laman ni. dah tahu utusan malaysia mcm nak melagakan sesama kita...... kpd org pas kena berfikir klu baca artikal ni......harap2 semua faham siapa itu utusan malaysai dulu kini dan selamanya


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by antikj on Friday, July 11 @ 19:48:22 MYT
(User Info | Send a Message)
seboleh-bolehnya aku nk tgok pakatan rakyat ni kekal le untuk menumbangkan BN yg dah nazak sangat2 dah skrg ni...klo PR berpecah habis musnah harapan rakyat nk tengok kerajaan PR memerintah malaysia



[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by Azraie on Friday, July 11 @ 20:22:06 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS perlu tampil sebagai sebuah parti politik yang matang dan berpendirian. Tak perlu terpengaruh dengan cakap orang luar. Bukan senang untuk nak sehaluan terutama bila kita bukanlah dominan atau majoriti. Harap pimpinan PAS tak terikut-ikut dengan pihak luar.


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by MoSE on Friday, July 11 @ 21:50:17 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum...

PAS tak kemana.. tetap dgn perjuangan ISLAM.

Alhamdulillah, semuanya mengambil berat perihal PAS. Ini menunjukkan semua pihak mengiktiraf kekuatan dan berkehendakkan PAS. Tapi sayang mereka hanya mahukan PAS tetapi tidak perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Semuanya berebut2. Bilamana PAS tidak bersama mereka, PAS dikutuk2, itu tak kena.. ini tak kena.

Kadang2 lebih baik kita bersama mereka yg jelas menentang idea PAS daripada yang bermuka2 dan terus-menerus menikam dari belakang.

Perjuangan menegakkan panji-panji ISLAM tidak akan luntur. Dakwah akan diteruskan juga. Perjuangan PAS sentiasa relevan.


Wassalam


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by wakdin on Friday, July 11 @ 22:46:27 MYT
(User Info | Send a Message)
bila pulak utusan meloya jadi ahli PAS
daru dulu lagi dia dah pel



[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by wakdin on Friday, July 11 @ 22:46:39 MYT
(User Info | Send a Message)
bila pulak utusan meloya ni jadi ahli PAS




[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by wakdin on Friday, July 11 @ 22:48:12 MYT
(User Info | Send a Message)
bila pulak utusan meloya ni jadi ahli PAS
ahli PAS tak baca suratkabau ni



[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by abglebai36 on Friday, July 11 @ 23:27:23 MYT
(User Info | Send a Message)
ASSALAMUALAIKOM WBT

PAS..TETAP PAS...TIDAK AKAN BERUBAH WALAU APAPUN YANG BERLAKU...PEMIMPIN MUNGKIN SILIH BERGANTI...BEGITULAH SIFAT BAHARU.....NAMUN MATLAMAT MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM TIDAK AKAN BERUBAH.....

SATU PERSOALAN UNTUK PUCUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.....
APAKAH KITA PERLU ADA DUA PARTY MELAYU ISLAM DIDALAM PAKATAN RAKYAT???


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by putera_purnama03 on Friday, July 11 @ 23:48:15 MYT
(User Info | Send a Message)
Walau apapun yang terjadi.. aku tetap bersama PAS.




[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by TUAN_GURU on Saturday, July 12 @ 00:04:24 MYT
(User Info | Send a Message)
KALAU IKUT STAIL PAS YG SIKIT2 NAK BOIKOT GOLONGAN YG PADA FIKIRAN MEREKA TELAH MELAKUKAN MAKSIAT, MAKA ISLAM TIDAK AKAN BERKEMBANG JAUH. SEPATUTNYA PAS MAKIN MENDEKATI GOLONGAN TERSEBUT DGN CARA PENUH BERHIKMAH, BUKANNYA DGN CARA YG KASAR.


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by barujoin on Saturday, July 12 @ 01:07:00 MYT
(User Info | Send a Message)
Wahai sahabat semua,jgn lah terpedaya dgn ape yg ditulis oleh seorang yg boleh di ketogori munafik.Kenapa saya berkata demikian,tuan harus faham ape yg ditulis oleh hamzah sidek tu......sebenar nya dia lah yg ingin melagakan antara dlm PR.Dia ni jenis wartawan yg buat-buat cerita dan berita.Dan org yg suka ada-adakan cerita apa hukumnya kalau kita org Islam?......Harus waspada dgn tulisan hamzah sidek ni.....haprak ameno.....abis lah anak bini dia makan dgn rezeki sebegini......kesian keluarganya.....bertaubatlah hamzah dari kerja yg keji ini.....


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by awangwan on Saturday, July 12 @ 01:10:46 MYT
(User Info | Send a Message)
Sepatutnya atikal seperti ini jangan disiarkan dalam blog ini. Puak UMNO sekarang akan membuat pelbagai tuduhan untuk tujuan melemahkan pemikiran Ahli PR. Aku dapati di semua laman forum Blog di penuhi oleh manusia JAHAT. TUJUAN mereka hanya satu iaitu untuk MELEMAHKAN pihak lawan. Dulu aku cuba masuk dalam forum Blog mereka, sempat le satu minggu membelasah dia orang, apabila mereka sudah tidak tahan, dihapuskan ID dan Pasword aku. Jadi hati-hati


[ Reply to This ]




Re: PAS dimuhasabah lagi oleh Utusan (Score: 1)
by herbos on Saturday, July 12 @ 01:52:25 MYT
(User Info | Send a Message)
Saranan PAS - kuar je PR.

Nak takut apa, sejarah membuktikan PAS berada di aliran yg tersendiri, dan SURVIVE!!!! (izin Allah jua adanya)

mana ada skutu PAS yg survive? smua lingkup. Balik2 tumpang bas PAS jugak (lepas tu dgn muka tak malu, blh plak kata PAS jumud!!)



[ Reply to This ]