5.3.08

BALIK MEMPERTAHANKAN ISLAM


BALIK UNTUK SATU UNDI:


Perang akan berlaku pada 8 hb Mac 2008 ini dan kita mesti sertainya,


Sekarang ku melangkah ke arah medan,


walau tiada apa ku bawa tapi satu undi cukup penting,


Flight akan menungguku petang esok,


kaki akan melangkahsama untuk ku tunjukkan bahawa ku balik untuk Islam,


aku ingin merasakan jatuh atau bangunnya kerajaan ISLAM pertama di Malaysia iaitu di negeri ku yang disayangi,


Marilah pulang untuk berjuang,


walau tidak sehebat Palestin tapi satu undi amat bermakna bagi ku untuk Islam.Amin.


PROSTRATEGIK:


"BLOG TIDAK AKAN UPDATE SEMENTARA WAKTU"

"JUMPA LEPAS PERANG DI MEDAN PILIHANRAYA"






SELAMATKAN NEGERI PIMPINAN ULAMA

DOA KU UNTUK NEGERIKU


Ya Tuhanku,
ku pohon agar dipangjangkan perjuangan ulama di negeri kelahiranku,
sempatkan aku menghirup udara ilmu di sana lagi,
agar aku sempat berkhidmat untuk Islam bersama dengan ulama,
Ya tuhan,bagilah pemimpin kami orang-orang yang berusaha menegak hukum Qur'an,
agar dijadikan panduan,
agar dijadikan pedoman dalam pimpinan,
kami tidak mahu sesat dan maju dengan aktiviti pemimpin yang rosak,
kami mahu maju tetapi kami mahu majunya dengan ISLAM.
YA TUHAN,
BIMBING KAMI KE ARAH KEMENANGAN.AMIN

KELUAR MENGUNDI

MASANYA AKAN TIBA:


Buat rakyat Malaysia:
Keluarlah mengundi,
walau di mana berada kita perlu mengundi,
kalau kat rumah boleh AFUNDI,
maka kita perlu keluar untuk membentuk kerajaan.
jangan lupa bawa IC/KAD PENGENALAN
jangan terlibat dengan rasuah undi.
Pilih ISLAM.
8 HB HARI MENUKAR PADA PIMPINAN ISLAM.

TELUSKAH UNDI POS


Rabu, 05 Mac 2008
26 Safar 1429
Undi pos tentera bermula, panglima angkatan tentera dahului pengundian
OLEH B.HARIHARASUTHAN

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abd Aziz Zainal mendahului seramai 111,591 orang pegawai dan anggota tentera seluruh negara menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar dengan mengundi secara pos di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini. Abdul Aziz yang tiba pada kira-kira pukul 9 pagi mengundi bersama-sama isterinya Puan Sri Rositah Md Nawi bagi kawasan Parlimen Setiawangsa. Turut mengundi secara pos hari ini ialah Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Arifin, Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Laut Tan Sri Ramlan Mohamed Ali. Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kawasan Parlimen Setiawangsa Leftenan Kol Hamdan Yaccob berkata proses pengundian pos bagi tentera akan berlangsung selama dua hari.
Undi pos dilaksanakan di semua pusat pengundian di kem-kem tentera seluruh negara seperti yang ditetapkan, manakala anggota yang berada di luar negara pula boleh mengundi di penempatan masing-masing, katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata di pusat pengundian di Kementerian Pertahanan (Kementah) terdapat 12,467 pemilih berdaftar dan mereka akan mengundi bagi Parlimen Setiawangsa. Proses mengundi pos bermula 8 pagi sehingga 7 malam. “Kertas undi diterima Ahad lepas dan telah diagihkan mengikut kawasan dan Jumaat ini kami akan kumpul semua undi pos yang diterima sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),” katanya.
Seramai 24,091 pasangan kepada pegawai dan anggota tentera juga layak mengundi pos kali ini. Hamdan berkata jumlah pengundi pos tentera kali ini meningkat kepada 15 peratus berbanding pilihan raya 2004 dan dijangka kira-kira 70 peratus akan mengundi. “Masih ada yang tidak mahu mengundi pos. Walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan mereka (tentera) mengundi pos tetapi tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar perlu ditunaikan, semua maklumat adalah sulit,” katanya. - Bernama
PROSTRATEGIK:
AMALAN UNDI POS TIDAK RELEVAN,DIRAGUI.DOAKAN TAHUN TERAKHIR UNDI POS PADA PILIHANRAYA INI.AMIN.

JANGAN JADI BEGINI


KENAPA PERLU MENIPU UNTUK MENANG
KITA TIDAK PERLU MENIPU UNTUK MENANG SESUATU
MASA UNTUK MENUKAR KERAJAAN
DITANGAN RAKYAT
KERAJAAN JANGAN CUBA MENGAJAR PENIPUAN
PARTI POLITIK LAIN JANGAN MENIPU
MENIPU AMAT BAHAYA
KITA BERJALAN DI ATAS SATU TITI
JIKA TERJATUH KITA AKAN RASA SAKIT
SAKIT AKAN BUAT KITA MARAH
BILA MARAH KITA AKAN JAHANAM
BILA BEGITU
AKHIRNYA HARU BIRU BERLAKU.
JANGAN CUBA MENIPU
CEGAH PENIPUAN
CEGAH PENGUNDI HANTU
CEGAH KEMASUKAN PENDATANG SEMPADAN
JANGAN CEROBOH
SELAMAT MENGUNDILAH RAKYAT 8 MAC INI.PILIH YANG BENAR.(PESANAN DARI PROSTRATEGIK

apa nak jadi

siakap sinohong,
gelama ikan duri
bercakap bohong,
lama-lama terus mencuri dan haprak!



PEMBATALAN GUNA CAP JARI
Dipetik dari utusan.
5 Mac 2008 / 27 Safar 1429
Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR
Oleh HAMDEN RAMLI
PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.
Pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.
Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.
Ekoran terbongkarnya komplot tersebut dan selepas mendapat nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam, SPR dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu.
Keputusan SPR itu juga selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya.
‘‘SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun demi menjamin kelancaran proses pengundian dan demi ketenteraman serta keselamatan awam, keputusan ini perlu dibuat.
‘‘Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” kata Ab. Rashid pada sidang akhbar di sini.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.
Menurut Ab. Rashid, selain bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, penggunaan dakwat kekal itu dikhuatiri akan mencetuskan kekecohan di tempat pengundian Sabtu ini.
Keadaan tersebut, ujarnya, boleh menimbulkan kekecohan di tempat mengundi yang mungkin menular sehingga sukar dikawal.
SPR baru-baru ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kuku itu dari India dengan kos RM1 juta.
Penggunaan dakwat berwarna hitam itu diperkenalkan kerana beberapa parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.
Sementara itu, Musa ketika mengulas pembatalan penggunaan dakwat itu berkata, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes membabitkan empat individu berlainan yang disyaki mempunyai kaitan dengan cubaan menipu menggunakan dakwat kuku itu.
Menurut Ketua Polis Negara, dua daripada kes yang disiasat itu berlaku di Perlis dan masing-masing satu di Kelantan dan Kedah.
Katanya, keempat-empat lelaki berkenaan yang bekerja sendiri dan berusia antara 20 hingga 33 tahun sedang disiasat kerana cuba menipu.
‘‘Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk meletak dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.
“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan bahagian jenayah perdagangan sedang menyiasat,” katanya.
Musa memberitahu, siasatan awal polis mendapati pihak yang terbabit cuba menimbulkan kekeliruan semasa pilihan raya dan ekoran perkembangan itu polis menghantar laporan kepada SPR bagi suruhanjaya itu menimbangkan penggunaan dakwat itu Sabtu ini.
Ab. Rashid pula menjelaskan, dari sudut perundangan, seseorang pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan kertas undi hanya kerana terdapat dakwat kekal pada kukunya.
Beliau berkata, hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi dijamin di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar berkenaan hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang.
Hak asasi
‘‘Hak ini merupakan hak asasi seseorang pemilih berdaftar. Undang-undang yang memperuntukkan selainnya adalah ultra vires (bercanggah) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Ab. Rashid menolak dakwaan pembatalan itu dibuat kerana SPR menerima tekanan daripada pihak tertentu.
‘‘Jangan tuduh SPR tidak mahu buat (guna dakwat kuku). SPR mahu buat apa sahaja bagi meyakinkan semua pihak tiada penipuan dalam proses pilihan raya. Bagaimanapun, keadaan tidak mengizinkan kita kali ini. Kena sabarlah,” katanya.
Mengenai jumlah wang yang telah dibelanjakan SPR bagi membeli dakwat kuku itu yang diimport dari India, beliau berkata, ia tidak terlalu banyak.
‘‘Kami akan menyelesaikan perkara itu. Lagipun masih ada negara lain yang menggunakan dakwat itu. Kami akan berhubung dengan mereka,” katanya.
Ditanya sama ada kajian telah dibuat terlebih dahulu sebelum SPR mengumumkan pelaksanaan cadangan itu, beliau menjelaskan, kajian SPR sebelum ini terhad kepada cara-cara penggunaan dakwat dan SPR hanya merujuk kepada Akta Pilihan Raya.
‘‘Kita tidak melihat jauh lebih mendalam dari segi Perlembagaan Persekutuan. Kita hanya sedar kemudian, iaitu selepas pertimbangan dan selepas mendapat nasihat daripada pakar undang-undang,” ujar Ab Rashid.
Beliau menambah, terpulang kepada kerajaan sama ada untuk meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan penggunaan dakwat kuku dilaksanakan dalam proses pilihan raya di Malaysia pada masa depan.
Sementara itu, Abdul Gani pada sidang akhbar yang sama ditanya sama ada dakwat itu boleh digunakan pada pilihan raya akan datang.
Abdul Gani berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi menyediakan peruntukan mengenai hak seseorang untuk mengundi.
“Anda boleh lihat Artikel 119, dan terdapat juga Akta Pilihan Raya serta peruntukan Perlakuan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.
“Pindaan boleh dibuat jika kerajaan ketika itu bersetuju, jika Parlimen setuju... jika Parlimen meluluskannya dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, baru ia menjadi undang-undang,” katanya.
PROSTATEGIK
"TIADA MEL.AINKAN AGENDA TERSEMBUNYI",TIADA YANG DAPAT MENGALAHKAN NUR ALLAH S.W.T.
"RANCANGLAH SEMUA AGENDA TAPI AGENDA TUHAN TIADA SIAPA MAMPU MELAWAN."

4.3.08

JANGAN CABUL DEMOKRASI

Dipetik daripada Berita harian:Selasa, 04 Mac 2008 25 Safar 1429

KUALA LUMPUR: Pas semalam memberi amaran parti itu akan melakukan apa saja tindakan termasuk menggunakan kekerasan bagi menghalang apa yang didakwanya pengundi upahan atau pengundi hantu, pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini. Setiausaha Akhbar Presiden Pas yang juga penyelaras Sekretariat Media Pilihan Raya di Ibu Pejabat Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir, mendakwa parti itu menerima maklumat mengenai perjalanan bas yang dikatakan akan membawa pengundi hantu dari seluruh negara termasuk dari beberapa universiti tempatan. "Pas mengingatkan bahawa atas semangat mempertahankan demokrasi,
Pas akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi hantu ini dibawa masuk ke Kelantan dan Terengganu.
"Petugas Pas telah diarah dan cukup bersedia untuk memastikan mereka tidak berjaya mengundi sebagai pengundi hantu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di sini. Ditanya kemungkinan tindakan Pas itu boleh mencetuskan pergaduhan, Roslan Shahir berkata: "Sebab itu, awal-awal kita memberitahu benda ini supaya insiden itu tidak berlaku. Tetapi kalau dah berlaku juga, khususnya di Kelantan dalam pada kita terdesak untuk mempertahankan kerajaan negeri kita, maka ada usaha tidak demokratik dan pincang ini, takkan kita nak berdiam diri.
"Kita pun tak boleh kawal ahli kita daripada bertindak. Tak tahulah apa kemungkinan akan berlaku, tetapi kalau terdesak maka kita tak ada pilihan lain. Bukan sebab kita nak bertindak ganas, tetapi sebab kita nak menjunjung demokrasi," katanya. Dalam kenyataan yang dibacakan Roslan Shahir pada sidang media itu, Pas mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang operasi rahsia untuk menawan Kelantan dengan menggunakan pengundi hantu. Parti itu juga mendakwa mempunyai bukti dan bersedia mendedahkannya termasuk ke peringkat antarabangsa.
Prostrategik:
Saya berpendapat kita perlu bersabar dan mengambil tindakan yang bijak.Cubaan mencabul demokrasi mesti dihalang dengan penuh tumpuan.Penggunaan akal mesti dilakukan dengan bijaksana dan seoptima yang mungkin.Sudah lama Islam dicabar dan kita tidak selamanya akan menjadi pengecut.Kita perlu keluar mencetus revolusi minda rakyat agar kita tidak akan ditipu oleh pemimpin yang tamak kuasa dan pencabul demokrasi.Ayuh...

TITIK PERUBAHAN SEORANG TOKOH




perubahan seorang TUN.

Malaysia tidak pernah lupa pada seorang tokoh besar yang diberi nama Mahathir.Tun digelar dengan pelbagai macam perkataan dan gelaran sama ada baik atau teruk.
Tun kini tidak lagi memegang jawatan PM tapi sekarang tun sudah muncul dikalangan parti pembangkang dan berceramah dan dalam pada masa yang sama mungkin Tun ingin mengambil peluang untuk menyesali perbuatan dan tindakan zaman pemerintahanya yang boleh dikira autokratik tapi lihat lah video ini untuk analisis anda terhadap perbuatan terhadap Anwar.




SILA LINK KE SINI.http://tvceramah.tblog.com/


PROSTRATEGIK:

Penulis mengatakan"perubahan akan datang jika kita menyesali perbuatan kita yang lepas''.''Hidayah ditangan TUHAN".