31.5.08

MALAYSIA POLITIC..........HOT N SPICY






Suasana semasa politik di tanah air Malaysia semakin panas "HOT N SPICY"sama dengan meningkatnya para suhu di seluruh dunia.Dunia sudah terlalu uzur untuk menampung hasil kerja kreatif manusia.Politik ibarat bola yang boleh disepak dan diterajang bila-bila masa,macam istana pasir di tepi pantai sekali air pantai datang ia pun berubah,Ezam sudah masuk Umno,kemasukan siapa pun ketika ini dalam Umno memang ditunggu kerana Umno sudah penat dan memenatkan semua rakyat.

Pas masih tersenyum kerana sudah 50 tahun lebih mereka membuang jerih menunggu saat sekarang.Keadilan memang berada dalam normal kerana mungkin mereka yakin angin berubah tetap akan datang bulan ogos atau september ini.Inilah dunia politik dalam negAra tercinta,harap mereka tidak melupakan satu kaedah iaitu :"walau berlainan parti tapi bersatu itu lebih utama".Islam tidak boleh ditempelkan ,teringat saya akan nasihat ALYARHAM Ust Fadhil Noor iaitu Islam tetap islam tidak boleh ditempel sebagaimana contoh kita menempelkan kaki keldai yang kudung dengan kaki manusia,ianya tidak jadi,tidak bikin jalan,keldai akan terus kudung.

Rakyat makin bijak menilai,blog semakin disekat,memang satu hari nanti kita akan kembali ke arah kesusutan pemikiran dan pada masa itu semua pemikir akan ditangkap dan dipenjarakan kerana mungkin atas tuduhan "menggerakkan minda rakyat."Ia berlaku pada Al syahid Syed Qutb r.h melalui penulisan"maalim fi thoriq" yang tajam menyindir pemerintah.Akhirnya,marilah kita doakan perjuangan rakyat diterima sebagai amal ikhlas untuk dunia dan akhirat.

26.5.08

KERANDAKAN AKTA AUKU



DI BUMI SUBUR,

DI DIRIKAN KOTA BESAR,

UNIVERSITI TUMBUH BAK CENDAWAN,

MAHASISWA TONGGAK ILMU,

BEBAS TAPI TERKURUNG,

DALAM SANGKAR SEMPIT,

BERTERIAK DIKATAKAN PENGKHIANAT,

BERDEMO DIKATAKAN TIDAK KENAL JASA BUDI,

BILA LAGI,

UNTUK DIKERANDAKAN AKTA DRAKONIAN,

MENGECILKAN SEMPADAN,

MEMUSNAHKAN MINDA,

MENGHANCURKAN DEMOKSRASI,

JOM MAHASISWA,


PAKAT KERANDAKAN AUKU!


KERANDAKAN AUKU!