5.6.08

BERSEDIA UNTUK HIDUP SUSAH

MINYAK NAIK

itulah yang berlaku hari ini.Kebimbangan rakyat sejak dari dulu adalah jika harga minyak naik mendadak dan tiada lagi subsisi diberikan.Rakyat baru je mengundi dan kakitangan awam baru naik gaji dan umur pencen,tapi jangan naikkan harga minyak tapi nak buat macamana....minyak memang item panas dan hot,sentiasa popular.
Hidup dalam bandaraya dibebani duit tol menmbah lagi perit,mingkin juga harga nasi lemak tidak lagi sama mungkin makin mahal.Bebanan kenaikan harga perlu diteliti oleh semua pihak.Kita bimbang kadang-kadang banyak lagi boleh dibuat tetapi kalau belanjawan dan gaji para pemimpin korporat diberikan melampau memang menyakitkan semua.Cuba kaji balik bayaran keuntungan untuk GLC serta syarikat besar lain,cuba tengok gaji CEO syarikat besar mengalahkan jumlah harga sebuah rumah besar.Ada kot usaha lagi yang kerajaan kena tengok ,mungkin belanjawan jimat cermat atau potonglah gaji ahli parlimen sikitkan.Hidup golongan marhein!