KEGELAPAN AKAN LENYAP APABILA TIBANYA MUSIM PENCERAHAN, GELAP BUKAN SELAMANYA KERNA CERAH SENTIASA MENUNGGU.POLITIK MALAYSIA DALAM PEMBAIKIAN.
27.11.08
DEMOKRASI DIKAMBINGKAN
Hairan melihat demokrasi berparlimen di Malaysia.Apabila dicadang untuk potong berapa ringgit jer duit pak menteri kecoh baik sejuta ringgit!Alahai kenapa ia berlaku?Apabila berhimpun untuk mansuhkan ISA kecoh sedunia,pemuda ditangkap dan yang buat kecoh keadaan adalah campurtangan provokasi dari pihak berkuasa.Saya tidak tahu ke mana rah demokrasi kita.Hanya perkataan sahaja tetapi jauh sangat dari pelaksaan.
Kenapa perlu ada rakyat yang berhimpun untuk protes jika tidak ada isu?Jentera yang ada semua dikambingkan menurut sesuka hati.
Kenapa ada manusia mempertikaikan fatwa?Ini adalah kesan daripada pemerintah yang tidak melaksanakan Islam secara kaafah –keseluruhan-
Alahai kesian benar melihat istilah politik wang menjadi ayat bersih sahaja sedangfkan ia RASUAH.
Hilangnya pengamalan agama dalam kehidupan dan kesannya hanya tinggal cebisan-cebisan dan itupun dimakan ulat.
Perlembagaan dikut tapi pengangan AL qur’an ditinggalkan.
Sedih mengingatkan rakyat yang tidak cukup wang dan terbiar kerna kediaman mereka dirobohkan dan itupun belum mengira berapa ramai lagi yang tidak berumah.
Hilang maruah itu biasa dalam politik Malaysia.
25.11.08
KENAPA MEMPERTIKAI TUAN GURU?SIAPA ANDA?
Kenapa mempertikaikan tuan guru?
Saya melihat forum-forum yang memperlekehkan tuan guru di merata.Kita tahu pemimpin bukan maksum tapi pemimpin perlu dihormati lebih-lebih lagi seorang ulamak bangsa!Siapa anda untuk mengkritik tuan guru?
Tuan guru tidak mahu menjadi pemimpin politik tapi kehendak kami rakyat kelantan yang mahu beliau memimpin kami.Nabi s.a.w merupakan pimpinan politik dan ia diakui oleh sarjana.
TG nik aziz merupakan pejuang dari zaman beliau pemuda lagi sehingga sekarang.
Meruntuhkan perangai "jahiliyyah" masyarakat daripada main berjudi dan minum arak kepada masyarakat yang bercirikan Islam.
Politik siasah syariiyah yang dibina oleh tuan guru amat bijak.
Beliau tidak ada agenda peribadi kerna tahu soalan akhirat lebih berat dari tanggungan dunia.Tidak guna wang untuk merasuah pengikut tapi para pengikut yang mencarinya bak mencari "berlian".
Cuba tanya diri anda,adakah pemimpin politik sekarang yang mahu membicarakan peraturan menutup aurat dalam masyarakat selain tuan guru yang sentiasa memperingatkan kaum-kaum perempuan suapaya menjaga batas-btas aurat.
Rupanya besar sungguh jasa penjajah kerna menyuntik "dadah beracun" dalam minda orang islam yang berkata ulama tidak boleh memimpin!
Siapa anda untuk memperlekeh tuan guru!Jika anda ada masalah pergilah ajak bincang dengan tuan furu!Saya tidak taksub tapi saya menyokongnya selagi mana tidak bercanggah dengan hukum syarak!Siapa anda untuk memperlekeh tuan guru!
23.11.08
BILA WANG MENJADI RAJA
MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Politik wang dengan umno memang mesra sejak dahulu lagi.Perangai kotor merasuah dan menerima rasuah ini diharamkan dalam Islam.Ia merosakkan akhlak manusia dan memotog rezeki orang lain.Politik wang ini menjadi darah daging dalam UMNO dan perlu dibersihkan dengan clorok cap Islam.Islam datang dengan budaya adil dalam pemilihan kepimpinan manusia.Tidak ada budaya rasuah jika ingin naik menjadi pemimpin.Jelas lagi bersuluh kepimpinan UMNO berada dalam drama"hilang identiti diri".Menarik campur tangan BPR bukan penyelesaian pada isu ini tapi menambah beban kerna politik jugalah orang menerima rasuah terlepas dari hukuman.Penyelesaiannya adalah melalui cara Islam iaitu menakut-nakutkan ahli dengan azab tuhan bagi penerima rasuah dan pemberi rasuah.Sebarkan dan buat kempen.Panggil Ustaz ustazah ceramah bab hukum rasuah dan pilih pemimpin yang tidak main duit.Pelik dunia sekarang,duit menjadi alat untuk bertahan dalam kepimpinan organisasi sedangkan duit akan habis dan yang tinggal adalah jasa dan kerja pemimpin.Jika menang dengan politik wang anda tidak ke mana-mana malah anda kena pastikan duit anda sentiasa penuh walaupun duit itu bukan duit andapun!.Ke mana kehebatan karisma pemimpin jika wang jadi mekanisma bertahan ?Itulah apabila wang menjadi raja...
Subscribe to:
Posts (Atom)