KEGELAPAN AKAN LENYAP APABILA TIBANYA MUSIM PENCERAHAN, GELAP BUKAN SELAMANYA KERNA CERAH SENTIASA MENUNGGU.POLITIK MALAYSIA DALAM PEMBAIKIAN.
13.5.09
WAJARKAH YB PAS DIKRITIK TERBUKA DI TRANUNGKITE?
WAJARKAH PRESTASI YB PAS DIPAMERKAN DI TRANUNGKITE?
Saya melihat trend terbaru mengkritik prestasi wakil rakyat mahupun MP terutama di Tranungkite suatu perkara yang tak bagus.
Pertama,kita boleh mengkritik tapi kritik kita perlu melalui fakta yang benar dan tepat.Fakta yag benar dan tepat boleh kita dapat dari sumber yang benar.Kita tidak boleh menyalahkan orang jika ianya pasal diri kita seorang yang terkena kerana mungkin suasana dan masanya tidak kena dan tidak tepat.
Kedua,mengkritik ada adabnya.Jangan mengkritik tidak tentu hala adab dan budaya jemaah kita sebagai ahli parti Pas.Kita digalak menegur tapi tegurlah dengan betul dan menjaga maruah serta air muka orang yang dikritik.Kalau kita berdebat berdepan tidak mengapa tetapi jangan pula kita berdebat sorang-sorang.
Saya tidak boleh agak kenapa kita sanggup menegur tidak mengikut adab.Jika tidak berpuas hati jumpalah depan-depan,kita jumpa dan sambil minum-minum.Saya juga tidak menafikan bahawa ada perkara yang tidak puas hati pasal wakil rakyat mahupun MP tapi eloklah kita selesai dengan cara berjamaah.Bagus menegur tapi dalam lingkungan akhlak jamaah.
Tidak wajar kita mengkrtik bebas tapi elok kita kritik dalam lingkungan tapi tidak dinafikan kritikan boleh membangunkan kesedaran dan muhasabah.Mungkin jugak saluran teguran dari Tuhan!
Subscribe to:
Posts (Atom)