7.10.08

PAS HARUS PEMIMPIN




Ketika umno sedang memuncak mempromosikan muktamar tahunan nya ,pas harus bergerak memimpin perpaduan.Kelibat YB pas perlu menyeluruh turun ke kawasan dan ceruk kampung untuk mencari kelibat si miskin yang menunggu untuk merasa wang kerajaan mahupun wang YB sendiri.Mencari "UMAR"bukan mudah kalau tidak sanggup untuk turun ke padang dan menjadikan diri agen rakyat.Bukan mudah untuk memberikan komitmen yang menyeluruh kerna apabila menjadi YB cubaan demi cubaan akan datang terutama cabaran METERIALISTIK DAN JUGA "MERCEDES BARU" bakal menutup qalbu jika tidak melihat dengan mata hati.
Dekat hampir setahun rakyat memilih untuk memangkah PAS kerna bukan sebab meterialistik tapi sebab aqidah perjuangan yang mengibarkan ISLAM sebab sepanduknya.Jadi YB Pas perlu memulakan jika belum memulakan,berjalan-jalanlah mencari rumah si fakir jangan nanti yb Umno pulak y ang cepat lagi.Pasanglah agen bertujuan untuk memyampaikan maklumat dan laporan.Sesungguhnya amanah itu tidak diterima oleh apa jua benda di bumi kecuali MANUSIA.

6.10.08

bahana hubbu jah (cinta akan jawatan)




Dalam politik Islam yang berasaskan syura jarang terdengar ada pemimpin menawarkan diri kecuali dalam syarat tertentu.Kepimpinan Umno saat ini sedang memerhatikan tv sebab mungkin ada calon yang menawarkan diri mereka atas tiket disokong oleh "akar umbi".
Mungkin ahli umno boleh jadikan panduan dalam pemilihan calon nanti,calon-calon mestilah:

1-bebas rasuah &kroni
2-Tidak dikaitkan dengan apa jua kes mahkamah.
3-Ada gak background agamanya.
4-Isteripun menutup aurat.

walau begitu ,tidak digalakkan cintakan jawatan kerna mungkin jawatan dan amanah pun belum tentu dapat dijalan dengan adil dan saksama!

GESAAN PINDA ISA

TV3 menyiarkan tentang i.s.a dalam beberapa slot di buletin utama tpai pernahkah di siarkan tentang keseksaan para isteri dan anak2 tahanan yang tidak mampu pun untuk menahan air mata dari gugur dek kerna undang2 yang kejam itu.
Pernahkah difikirkan tentang semua itu?Pinda dan bicarakan!itu saja cara untuk memperkasakan undang2!Zaid ibrahim pun x setuju tentang i.s.a?entah,sekarang rakyat menunggu kejatuhan sebuah tahta bersalut gula-gula merah..