22.3.08

BN PARAH DI TERENGGANU


Ahmad Said dilantik Menteri Besar Terengganu
22/03/2008 6:03pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang ini.
23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah
22/03/2008 6:06pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.
BN PARAH DI TERENGGANU,
APA NAK JADI PADA BN,
ARAHAN RAJA HENDAK DISANGGAH,
MEMULAU PILIHAN RAJA,
HANCUR HARAPAN RAJA,
MELIHAT ADA RAKYAT MEMUNAH KEPUTUSAN,
APAKAH TIDAK SEDAR KEHANCURAN BAKAL TIBA,
APAKAH TIDAK TAHU BEZA MENTIMUN DAN DURIAN,
ANTARA RAJA DAN RAKYAT,
ANTARA PILIHAN DAN PAKSAAN,
APA NAK JADI,
MAKIN PARAH DAN MEMBARAH,
APAKAH BN TIDAK KENAL PADA KATA MELAYU?
TULAH RAJA AKIBATNYA BINASA!


21.3.08

BN TAKUT PADA BLOGGER


DENGAR KHABAR MENTERI PENGGANTI ZAM NAK JUMPA BLOGGERS,
BUNYI AGAK SENGAL,
SEBELUM INI TIADA YANG JUMPA BLOGBER TAPI NAK HENTAM,
TAK JUMPA TAPI HENTAM DAN DAKWA SERTA TANGKAP,
KUASA BLOG BAGAI"BIG BANG" BAGI BN,
TUMBANG KERANA RAKYAT PANDAI MEMBACA,
MEMBACA DAN BERMAIN INTERNET,
JANGAN SALAHKAN RAKYAT,
RAKYAT MAKIN CERDIK,
MAKIN CERAH,
KUASA BLOGGER KUAT RUPANYA BAGI BN,
MENGEJUTKAN MENTERI DARI TIDURNYA DAN MIMPINYA SIANG HARI,
RTM HANCUS MEMBEDIL PEMBANGKANG SAMPAI TERBEDIL DIRI SENDIRI,
APA PUN BN TAKUT PADA BLOGGER,
TAKBIR!
BLOGGER UNITED FOR ISLAM N JUSTICE!

KU LI MENAKUTKAN UMNO


KU LI INGIN MERAWAT UMNO,
DITENTANG OLEH MAT TAIB,
KATANYA ‘‘Niat merawat Tengku Razaleigh (Ku Li) baik. Tetapi jangan sampai hendak melawan Perdana Menteri (Presiden) UMNO pula. Ia respon kepada perkara semalam apabila Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang telah membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Bharu dengan mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang.
Pemimpin veteran UMNO itu berkata, jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak “harapan” bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.Tengku Razaleigh juga secara terbuka menyatakan kesediaan merawat UMNO.
UMNO perlu dirawat rupanya ia banyak penyakit yang tidak nampak dan nampak.Selamanya ianya sakit kerana ia puak sekular kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.

19.3.08

ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH


SEMPENA MAULID NABI:


YA NABI SELAWAT DAN SALAM PADA MU ,NABI JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD


SELAMAT MAULIDURASUL.


KAMI BANGGA MENJADI UMATMU,


MENGANGKAT BENDERA ISLAM,


BERBAKTI SEDIKIT WALAU TIDAK SEHEBATMU,


ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALIHI MUHAMMAD.


UNDI TIDAK PERCAYA-TAKUTKAN PM


UNDI TIDAK PERCAYA,
MENAKUTKAN SESEORANG KINI,
TIDAK MENANG TANGAN,
TIDAK LENA TIDUR,
TIADA SELERA MAKAN,
MANDI PUN TIDAK BASAH,
KUASA BAKAL HILANG,
TERDEDAH BANYAK TEMBELANG,
UNDI TIDAK PERCAYA MEMBURU,
MENCARI MANGSA,
MANGSA LEMAH,
MEMBUAT MANGSA LONGLAI,
NAIK PENING KEPALA,
MELEMAHKAN JANTUNG,
AKHIRNYA REBAH DI PERHIMPUNAN,
DI CELAH UNDI TIDAK PERCAYA,
ORANG LAIN AKAN NAIK,
AMBIK JAWATAN KESAYANGAN,
NANTIKAN......
CORETAN PRO

18.3.08

KENAPA KABINET BEGINI







KABINET:







AKU TIDAK TAHU APA NAK JADI,
MANUSIA KINI TIDAK KERUAN,
MUNGKIN KERANA MAKAN WANG HARAM,

MEMBUNUH MENJADI AMALAN BIASA,

RASUAH KORUPSI MENJADI TAGIHAN,

RAKYAT MAKIN MISKIN,
YANG KAYA MAKIN KAYA,
AKU TIDAK PASTI KENAPA,

JENAYAH MAKIN MENJADI,

DUIT KOPI DITIBAI,

BUAT PILIHANRAYA KALAH,

MB CATURAN TIDAK NAIK,

TRENGANU TIADA MB LG,

BUAT KABINET TIADA TOKOH,

BEKAS PENGHINA HUDUD,


BEKAS DITUDUH KORUP,

SEMUA JADI PILIHAN,

APA NAK JADI,


APA NAK JADI AKU TAK TAU PADA NEGARA,


APA NAK JADI?
ENTAH?.....HANCUS KALAU TIADA PEMBELA NEGARA.






















17.3.08

DEMOSTRASI HALAL

DEMOSTRASI HALAL:

















DEMO:


DI ZAMAN INI BANYAK YANG PELIK,

DUNIA SUDAH BERUBAH,

KEADAAN WATA WANG JUGA TURUN NAIK,

KADAR KERUNTUHAN AKHLAK TERUK,

PEMIKIRAN MANUSIA JUGA TERUS BERUBAH,

TEORI -TEORI DEMOKRASI DILAUNGKAN MASA KITA MEMERINTAH,

MENJERAT PARTI LAWAN YANG MELAUNGKAN KEADILAN,

MENANGKAP DAN MEMENJARA DENGAN ZALIM,

DEMOSTRASI MENAKUTKAN RAKYAT,

POLIS BERKEJARAN MENUNGGU HENDAK MEMBALUN,

GAS PEMEDIH MATA KALAU TIDAK DIGUNAKAN BILA LAGI,

PARTI PEMBANGKANG INI TIDAK BERTAMADUN RUPANYA,

SENTIASA DEMO,

DEMO DEMI DEMO,

TUHAN MENGAJAR KITA ERTI PEMBALASAN,

ORANG MELAYU KITA JUGA KATA"ADA UBI ADA BATAS ADA HARI BOLEH BALAS"

SIAPA TAHU UMNO KALAH 2008,

JADI PEMBANGKANG PULA,

DIBUAT DEMOSRTASI DI MERATA TEMPAT,

MENJERIT TAK TENTU PASAL HAL DEB,

POLIS ADA TAPI NAK BUAT APA,

DEMOSTRASI JADI HALAL TAHUN INI PULA,

INGATLAH UMNO PESANAN MELAYU"JANGAN JILAT LUDAH SENDIRI".!

CORETAN OLEH :PRO

16.3.08

PAS BERUBAH PENDIRIAN?




Apa pendirian Pas?


Oleh: ZULKIFLEE BAKAR ,UTUSAN 16 MAC 2008
PILIHAN Raya Umum Ke-12 yang berakhir Ahad lalu ternyata membolehkan Pas-parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO menegakkan panji-panji di seluruh negara kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.
Kejayaan paling cemerlang bagi Pas ialah di Kedah dan Kelantan. Di kedua-dua negeri itu, Pas menerajui kerajaan negeri.
Di Kelantan, Pas bukan sahaja mengekalkan pemerintahannya malah merampas 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dipegang oleh Barisan Nasional (BN).
Di Kedah, perjuangan bertahun-tahun Pas untuk menduduki takhta pemerintahan menjadi kenyataan apabila melalui bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berjaya menguasai DUN. Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR 4 kerusi.
Di Perak pula, Pas yang menangi enam kerusi telah membantu pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan negeri pimpinan BN.
Namun persoalannya kini dengan DAP semakin berkuasa di beberapa negeri yang ditawan oleh pembangkang, apakah pendirian Pas dalam perjuangan Islamnya?
Sebelum ini, Pas secara tegas menyatakan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP tetapi berdasarkan kepada keputusan pilihan raya, Pas tiada pilihan terutamanya di Perak dan Selangor.
Jika mereka ingin melihat BN tidak bangkit semula mereka perlu kekal dalam pakatan pembangkang. Tetapi persoalannya bagaimana?
Pas mungkin bertahan di Selangor kerana kerajaan negeri dikuasai oleh PKR yang mempunyai 15 kerusi tetapi di situ juga DAP turut berkuasa apabila memiliki 13 kerusi sedangkan Pas hanya ada 8 kerusi.
Oleh itu mahu tidak mahu, di Selangor dan Perak, Pas hakikatnya hanyalah pak turut kepada kedua-dua parti berkenaan.
Persoalan lebih besar, apakah pendirian Pas dalam melayani kerenah DAP yang hari demi hari semakin menunjukkan belangnya dalam usaha mengurangkan kekuatan orang Melayu.
DAP sudah melakukannya di Kedah dan di Perak pula, DAP pasti tidak akan membiarkan Pas berkuasa biarpun memegang jawatan Menteri Besar.
Sama ada mahu menerima atau tidak, selain daripada UMNO, orang Melayu tetap mengharapkan Pas akan memainkan peranan dalam menghalang kegelojohan DAP itu kerana mereka berada dalam pakatan pembangkang yang memerintah.
Selain itu, kedudukan Pas di negeri- negeri yang ditawan oleh pembangkang dianggap ujian terbesar kepada parti itu untuk membuktikan sejauh manakah benarnya mereka menolak kerjasama dengan DAP.


Ujian


‘‘Ini ujian untuk pemimpin Pas kerana kalau mereka biarkan DAP terus memperkotak-katikkan orang Melayu sudah pasti orang Melayu akan marah.‘Kita berharap Pas mempunyai strategi dalam soal ini,’’ kata seorang pemimpin muda Pas Perak ketika dihubungi di Ipoh.
Malah salah seorang pemimpin Pas yang kini menjadi wakil rakyat mengakui di peringkat akar umbi sudah wujud kekeliruan mengenai apa yang sepatutnya parti tersebut lakukan.
‘‘Kalau ikutkan hati, mereka mahu Pas tidak terlibat langsung dengan DAP, biarpun mungkin pembangkang hilang kuasa di negeri-negeri tertentu.
‘‘Saya percaya pemimpin-pemimpin Pas akan memikirkan kaitan dengan DAP ini dengan semasak-masaknya, jika tidak muktamar parti kali ini pasti ‘panas’,’’ kata pemimpin tersebut.
Ahli-ahli Pas amat memahami bahawa antara parti itu dengan DAP ia ibarat minyak dan air yang sama sekali tidak boleh bercampur.
Apatah lagi sejak dulu lagi, pemimpin- pemimpin kanan Pas sentiasa menolak sebarang kerjasama dengan DAP.
Malahan pada sidang akhbar sebelum pilihan raya umum lalu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan ‘‘Pas dan DAP tidak akan mempunyai kerjasama sampai bila-bila.’’
Tetapi kini keputusan pilihan raya umum seolah-olah mengubah pendirian Pas, bagaimana mungkin Pas boleh duduk semeja di Perak dan Selangor semata-mata kerana sebuah kekuasaan?
‘‘Ini yang kami keliru, pemimpin Pas sepatutnya mengisytiharkan bahawa mereka menyokong pakatan pembangkang tetapi tidak akan bekerjasama dengan negeri yang diperintah oleh DAP,’’ kata seorang lagi pemimpin parti itu di sebuah negeri di utara.
Hakikatnya, DAP awal-awal lagi sudah menunjukkan tidak ikhlas mereka untuk berkawan dengan Pas apabila meminta wakil rakyatnya di Perak tidak menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar.
Walaupun arahan itu kemudiannya ditarik balik, tetapi isyarat yang diberikan oleh DAP adalah jelas bahawa mereka tidak ikhlas untuk terus bersama Pas dalam pakatan pembangkang.
Bagi DAP, dalam soal kerjasama dengan pembangkang, Pas hanya layak menjadi pak turut dan bukannya menerajui pakatan itu.
Oleh itu, mereka sudah tentulah tidak akan bersetuju kalau Pas memegang jawatan utama di negeri yang ditawan oleh pembangkang.
Di Perak contohnya, adalah jelas DAP memperalatkan Pas demi mempertahankan kemenangan pembangkang.
Walaupun hakikatnya tidak bersetuju dengan keputusan jawatan Menteri Besar disandang oleh Pas namun DAP tiada pilihan.

Terlepas

DAP memahami jika wakil rakyat Pas berpaling tadah sudah pasti kejayaan yang dicapai akan terlepas dari genggaman.
Justeru Pas harus berhati-hati dengan permainan politik licik oleh DAP. Pas harus meletakkan kepentingan orang Melayu dan Islam mengatasi segala-galanya.
Walaupun kita yakin UMNO mampu menahan kemaraan DAP tetapi peranan Pas juga penting.
Ini bukannya soal kuasa politik tetapi demi melihat hak Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh DAP. Buat sementara ini kita bersyukur kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dihapuskan sebaliknya diperbaiki.
Semoga pendirian seumpama itu berkekalan, Pas tidak harus sama-sama menjadi sesumpah kerana janji Pas adalah untuk menegakkan Islam dan memahami mereka juga parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu.
Justeru jangan kerana kuasa politik perjuangan tersebut dilupakan atas alasan ‘orang sudah memahaminya’ dan sedia menggadaikan nasib bangsa sendiri.
Pemimpin dan ahli Pas tidak harus lupa kenyataan Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Jun 2001 iaitu, ‘‘DAP bukannya tidak mengetahui bahawa Pas sejak berpuluh- puluh tahun lagi kerja dia (Pas) ialah Islam.’’
Persoalannya dalam situasi sekarang, apakah warna sebenar politik Pas? Adakah pemimpin Pas akan membiarkan mereka dipermainkan oleh DAP? Atau mungkin kerana kuasa segala prinsip perjuangan dikorbankan? Hanya masa akan menentukan.
PENDAPAT PRO:
Warna politik pas ialah Islam.Kerjasama antara parti non-muslim dibolehkan demi menjamin survival islam tahhalluf siasi adalah perkara strategi,pas bukanlah untuk orang islam sahaja akan tetapi pas for all.Kerjasama tanpa mengabaikan prinsip utama.so kenapa perlu keliru wahai umno?Adakah sebab kamu buta sejarah dan sirah?!fikirlah luar kotak sikit,malu kat orang.