22.12.09

UMNO BILA NAK LAKSANA HUKUM ISLAM?




Soalan bila UMNO nak jalankan hukum perundangan Islam yang merangkumi hudud,qisas dan takzir sebenarnya sudah lama diutarakan namun atas dasar kesedaran penulis ingin mengutarakan isu ini semula.
Kewajipan menjalankan adalah fardhu ain bagi ulul amri/pemerintah(g rujuk tafsir).
Perkara ini bukan perkara baru bagi umno tapi seolah-olah isu perundangan islam ini dipinggirkan seiring dengan arus pemerintahan umno sehingga kini.
Kejadian jenayah yang berlaku di dunia ini, mahupun di Malaysia ini tidak akan selesai, selagi mana tidak kembali kepada hukum Islam itu.Besar mana pun gahnya tamadun yang cuba kita bina ia akan hancur jika tidak berpaksikan ajaran Allah s.w.t yang suci.
Kewajipan Umno melaksakan hukum islam ini adalah wajib kerana dari dahulu sehingga sekarang Umno tetap memerintah Malaysia.Umno mempunyai kuasa untuk melaksanakannya, namun sampai hari ini tidak ada usaha pun untuk menjadikan ia realiti.Pas berupaya melaungkan hukum ini sehingga seluruh masyarakat mengetahui adanya hukum tuhan yang bernama Hudud itu.
Mengapakah kerajaan tidak serius untuk beralih kepada usaha membinanya dan bukan memberikan alasan semata-mata hukum ini tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.
Kalau PM Najib setuju, sila arahkan panel untuk mengkaji dan melaksanakan hukum ini.Sila guna jabatan agama yang ada.Saya yakin ramai yang tidak tahu makna qisas,hudud dan takzir jadi PM boleh arahkan media negara yang ada untuk memberi penerangan kepada masyarakat di Malaysia.
Kita lihat juga situasi mahkamah syariah negara yang kondisinya perlu dipertambaik bukan 50 peratus tapi 200 peratus dan kita juga melihat ada isu yang sepatut dibicara di mahkamah syariah namun dibicara di mahkamah sivil.
Umno perlu sedar,umat Islam melayu di negara ini pernah dalam sejarah melaksanakan hukum Islam ini maka wajar sangat sekarang ini umno berikan komitmen untuk isu ini.