14.3.08

KENAPA PAK LAH TAK HADIR SIDANG OIC?

DIPETIK DARI:
UTUSAN14 Mac 2008 / 6 Rabiul Awal 1429

DAKAR 13 Mac - Malaysia menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mempertahankan diri daripada ancaman pelampau dan Islamofobia serta berusaha untuk memajukan diri, tanpa bergantung pada pihak lain, ketika menyerahkan jawatan pengerusi pertubuhan itu yang disandangnya selama empat tahun setengah kepada Senegal hari ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyerahkan jawatan itu kepada Presiden Senegal Abdoulaye Wade ketika bermulanya Sidang Kemuncak Ke-11 OIC di Meridien President Hotel di sini.
Dalam ucapan beliau yang dibacakan oleh Dr. Abdul Hamid, Abdullah menegaskan tentang pentingnya bagi pertubuhan 57 anggota yang berpejabat di Jeddah itu bertindak bagi mewakili suara umat Islam di forum antarabangsa.
Malaysia mula menyandang jawatan pengerusi pertubuhan itu pada Sidang Kemuncak OIC Ke-10 di Putrajaya.
''OIC bukan saja merupakan satu platform kerjasama bagi ummah, tetapi juga menjadi pentas bagi mereka untuk melancarkan usaha mempertahankan diri daripada gerakan pelampau dan Islamofobia di peringkat antarabangsa,'' katanya bagi merujuk kepada ancaman itu yang kini mencetuskan kebimbangan besar di dunia Islam.
PRO:
PAGI TADI BERITA MENGATAKAN KETIDAKHADIRAN PAK LAH KERANA ADA KAITAN DENGAN HAL EHWAL PLILIHANRAYA BARU-BARU NI.PRO KESIAN MELIHAT AULAWIYAT/KEUTAMAAN PAK LAH, SEPATUTNYA PAK LAH PERLU HADIR MEETING OIC KERANA BEBANAN LEBIH DARIPADA 2.5 BILION UMAT ISLAM DI TANGAN OIC ,KINI SINEGAL AKAN AMBIL ALIH,ISU PALESTIN TIDAK ADA SOLUSI TAPI NAMPAKNYA OIC AKAN JADI BETUL-BETUL DIKATA ORANG
" OH I SEE AJA".

AKHIRNYA ZAM MENGAKU KEBALNYA KELANTAN

ZAM BUAT PENGAKUAN:


14 Mac 2008 / 6 Rabiul Awal 1429-UTUSAN

Lupakan saja Kelantan
KUALA LUMPUR 13 Mac – Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama Pas buat kali kelima.
Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia.
Malah menurut beliau, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.
Katanya, bagaimanapun kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan Pas Kelantan dan kerajaan Persekutuan.
“Kemenangan Pas di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.
“Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa Pas sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini.
Zainuddin percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.
“Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra” katanya.
– Bernama

PRO:DAH LAMA SEDAR KELANTAN KEBAL.

APA ADA PADA JAWATAN MB PERAK?

JAWATAN PUNYA PASAL

APA ADA PADA JAWATAN ?
SATU KUASA?
ADA APA PADA JAWATAN MENTERI BESAR?
DAP TELAGAH,DIBERITAKAN KEADILAN TELAGAH,
WOI BALIK LAH PADA ASAL,
ASAL KITA KALAH BERPENGGAL -PENGGAL,
MENANG HANYA BARU TAK SAMPAI SEBULAN.
JAWATAN MB HANYA MAINAN MUSUH,
SAMPAI KITA BERGOLAK,
MALU PADA RAKYAT PERAK,
HEBOH SEMALAYSIA PASAL MB,
HAIRAN JADINYA MELIHAT HAL INI,
SAKIT HATI,
KENAPA JAWATAN JADI TARUHAN,
KALAU KERJA DAN AMANAH UTAMA RAKYAT DIABAI,
MEDIA HENTAM,RAKYAT KOMEN,
KE MANA RAH TUJU UTAMA?
SULTAN MURKA JADINYA JIKA TIDAK SEPADU,
PERLANTIKAN SEMALAM TIDAK JADI,
BATAL DAN TANGGUH,
MENGEJUTKAN RAKYAT DAN MEMBUAT UMNO BERSORAK,
DEK JAWATAN PARTI TERGADAI!
komentar oleh;PRO

13.3.08

NASIHAT BUAT DAP

NASIHAT PADA DAP:
APA NAK JADI PADA DAP?
APA YANG DIA DAPAT DENGAN BERPECAH?
LIM SEMALAM TIDAK SETUJU DENGAN MB PERAK ORANG PAS,
KENAPA TIDAK SETUJU?
ADAKAH STRATEGI UNTUK ELAK CINA MEMBANGKITKAN ISU INI?
ADAKAH SUDAH LUPA SIAPA MUSUH UTAMA ?
ADAKAH TANGANNYA SUDAH LUPA SIAPA PATUT DISALAM,
ADAKAH OTAKNYA SUDAH LUPA ERTI DEMOKRASI,
ADAKAH CERDIK MENIDAKKAN MB PERAK PAS DENGAN MEMBUAT KENYATAAN MEDIA?
ADAKAH SUDAH LUPA SEPAK TERAJANG MEDIA UMNO?
DAHLAH TU,
MARILAH KITA TERIMA APA JUA KEPUTUSAN SULTAN,
KITA TUNAI JANJI PADA RAKYAT,
ATAU HANYA NAK MENANG TAHUN INI SAHAJA TIDAK 4 TAHUN LAGI DAN LAGI?
LU FIKIR LA SENDIRI!
PENDAPAT:PROSTATEGIK
#TERKINI:LIM KIT SIANG SUDAH MEMOHON MAAF ISU PERLANTIKAN MB PERAK

AMARAN PADA BARISAN ALTERNATIF

NASIHAT PADA BA



KITA TELAH MENANG:






















BERHENTILAH BERPECAH LAGI,

KITA TELAH 50 TAHUN MERDEKA,




KITA TELAH BERJAYA MENAKLUK HATI RAKYAT,
KENAPA KITA HILANG PERCATURAN,
PAS,KEADILAN DAN DAP,
MELAYU,CINA,DAN INDIA,
MARI KITA BERSATU KE ARAH MALAYSIA BARU.

APA GUNA BERGADUH KERANA JAWATAN,
JAWATAN TIADA KEMANA TAPI AMANAH RAKYAT DITANGGUNG JUA,
KITA MESTI BERSATU TIKA INI,
APA GUNA AKAL KALAU TIADA DIGUNA,
MUSUH MENUNGGU BERTEPUK TANGAN KERANA KITA TIDAK BERSATU,
MARI BERSATU,
UNTUK MALAYSIA BARU.

CORETAN OLEH:
proSTRATEGIK.















12.3.08

BAKAL-BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA

TUAN GURU DATO' SERI HJ ABUL HADI AWANG

TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


PEJUANG TIGA SERANGKAI:calon -calon PM UNTUK MALAYSIA BARU
Kemenangan BA dalam pilihanraya 2008 telah membuktikan rakyat mahukan revolusi dan
perubahan dalam negara.Mereka sudah jenuh menunggu satu kerajaan telus dan membawa
ISLAM terus maju kehadapan.Pemimpin yang runtuh dan rendah akhlak dimonopoli dan
memonopoli kekayaan hasil duit rakyat.
Agenda rasuah tidak dapat dibendung sepenuhnya kerana ada udang di sebalik
batu.Kemenangan BA ditunggu rakyat untuk membela mereka.Selama ini mereka mengundi
tetapi mereka tidak dapat merasai nikmat satu undi mereka malah mereka diberi ole-ole dengan
kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang keperluan yang lain.
Kemenangan BA mengejutkan tidur para jurnalis politik serta memeranjatkan para penganalisis
politik kerana kemenangannya terlalu besar "tsunami politik".
PM paklah masih lagi kekal berkuasa walau ada yang menyuruhnya letak jawatan tapi tetap
mau jugak berkuasa namum haparan BA tetap cerah kerana dapat menakluki 5 negeri dan
mempunyai 4 menteri besar baru.
Anwar Ibrahim masih lagi relevan malah kekal relevan pada pilihanraya ini,walau tidak
bertanding tetapi anwar masih aktif dan memberikan panduan pada BA untuk melawan BN.
Pak Anwar menawarkan pakej "Malaysia Baru" untuk rakyat dan sudah tentu tokoh ulama
disayangi ramai Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan guru hj Hadi akan menjadi spritual leader pada
BA untuk memerintah.Jika BA menang bakal-bakal calon Perdana Menteri sudah pun ada tapi
BA perlu sedar mampukah mereka berkerja 4 tahun lagi untuk pertahankan kemenangan ini.
pendapat oleh:prostrategik.

KENAPA BN TAK PUAS HATI






KENAPA BN TAK PUAS HATI?

AL HIKKAYAT NYA BERMULA LAH KISAH INI,


PADA SUATU HARI MAKA BN DIKETUAI PAKLAH KATA DIA
AKAN TAWWAN KELATE,

MAKA BERMULOLAH KERJANYA DENGAN BALA TENTERANYA MASUK KELATE,BAWAK LAH DUIT UNTUK TABUR PADA RAKYAT,

MAKA KELATE NYA DIKATO NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA MAKA MAROHLAH PENDUDUK KELATE,

APA YANG MISKINNYA KALU TESCO DI KELATE PALING MAJU DAN DENGAR KHBAR MYDIN PUN NAK BINO YANG PALING BESAR DISANA,

MAKA DIBERIKAN AWE ADEK BAKAL MENTERI BESAR BARU DI SANA KALU DIA MENANG PILIHANRAYO ITU,

MAKO MAROHLAH PENDUDUK KELATE YANG SELAMO NI DUK BAWOH TOK GURU KITA YANG DISAYANG,

MAKO PADA PILIHANRAYA 2008 ITU JATUHLAH BN DIKELATE BERSAMA DENGAN PUAK-PUAK DIO DI SANA,

MAKA TERJUNLAH BN DENGAN LABU-LABUNYO DALAM SUNGAI KELATE,
AGAKNYA MALU BESAR DENGON RAKYAT KELATE,

MAKO TERSEBUT JUGA BN KALAH HANGIT LIMO NEGERI JATUH,
MAKO DIBERITOKAN RAKYAT TAKSE PADA BN,

MAKO TAKPUAS HATI LAH BN DIKETUAI OLEH PM,

UIII,PENING SEGALO PENING.....

MAKO TAMATLAH CERITA ORANG TOK PUAS HATI SOKMO.

CORETAN OLEH:PRO

MESEJ-MESEJ MENCEMASKAN MASA PILIHANRAYA


MESEJ CEMAS PILIHANRAYA

SMS 1

Nak puasa tengok bulan
Nak raya tengok bujlan
Naj gaji cukup bulan
Nak glamour naik ke bulan
Nak ngundi pangkah bulan
Selamat mengundi

Sms 4/5/03/0810.03 pm

SMS 2
Assalamualaikum .amanat dan arahan daripada Mursyiduk am .Pejuang ,ahli dan penyokong pas (pada hari khamis 060308 di kehendaki berpuasa sunat dan pada malam nya akan diadakan solat hajat mohon keberkatan dan rahmat ALLAH S.W.T serta keampunannanya-HEBAHKAN
SMS 5.3.08

SMS 3
Doa tok guru nik aziz “ya allah kami diserang dari segenap penjuru dalam menegakkan agamamu sesungguhnya kami tak berdaya.maka kami berserah padamu untuk membantu kami menegakkan agamaMu.Mari kita berdoa beramai –ramai .Forwardkan msg ini kepada sekuruh rakan seperjuangan.

SMS 4

8 Mac ini akan menyaksikan PRU paling kotor n dasyat dalam sejarah Malaysia.kpd siapa lg pengaduan dapat diaajukan saatsaat tekanan memuncak ini melainkan pada Allah,.Mari laksanakan :
1-puasa sunat khamis 6mac
-Banyakkan berdoa semasa berpuasa dan bersahur serta Iftar agar Allah mematahkan perancangan jahat spr-bn

2. solat hajat n qunut nazilah jam 3.30 pagi jumaat ,samaada bersendirian jemaah mengiringi munajat perdana rakyat kelntn pd masa trsebut “wamakaruu wa makarallah wallahu khairul makirin”
Sebarkan,
Sms 6 mac08


SMS 5
-ada juga sms menyuruh membaca surah alfil-mengelak mush.

SMS 6

-kpd semua mslimin n muslimat :tok guru minta pakat baca sbnyk yg blh “:lailaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzolimin”dari skrg hngga hbs mengndi utk mengelakkan kezlmn berlaku.takbir,sebarkan -Sms 8 mac 2008-masa duk ngundi
PRO:
ADA BANYAK LAG MESEJ SAYA DAPAT TAPI INI SAHAJA YANG SAYA POSTKAN

11.3.08

THE BIG TSUNAMI




Kemenangan besar pembangkang, 'tsunami' melanda Umno/BN - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kemenangan besar pembangkang di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia sebagai 'Tsunami' yang melanda Umno/BN.

Beliau yang mengadakan sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan malam tadi berkata, kemenangan ini satu kemenangan rakyat,
namun beliau meminta rakyat agar bertenang dan bersyukur.

Katanya lagi, gelombang sokongan yang ditunjukkan rakyat begitu mengkagumkan hingga kemenangan ini sebagai satu yang amat mengejutkan
.
PROSTRATEGIK:YES ,THE BIG TSUNAMI

TAHNIAH PARTI IDAMAN RAKYAT


TAHNIAH ALFUN MABRUK:
Segala puji dan puja bagi Tuhan sekalian alam,
Yang menjadikan kemenangan kepada para pendokong Islam,
Seribu deraian air mata mengalir di saat kemenangan yang ditunggu sejak sekian lama muncul
dengan tiba-tiba pada pilihan raya ini.
Tahniah buat pendokong kerajaan islam KELANTAN,
saya sendiri melihat kesungguhan anda untuk pulang mempertahankan kerajaan permata hati rakyat,
saya sendiri melihat kepulangan pada pilihanraya melebihi kepulangan menyambut hari raya aidilfitri,
saya sendiri melihat makcik dan pakcik memakai baju hijau duduk berhujan panas berkempen untuk parti Islam,
saya sendiri melihat deretan kereta dilekatkan dan diletakkan bendera parti Islam,
saya sendiri merasai kegemilangan pulang jauh dari perantauan,
saya sendiri melihat kehebatan tuan guru diposter-poster bermunajat dengan berdoa,
saya bangga mengangkat bendera Pas di dalam kenderaan saya,
saya bangga menjadi anak Kelantan di perantauan,
Wahai negeriku izin kan lah aku dan kawan-kawan sempat pulang berbakti kepada mu.
Ya TUHAN,
Berikan padaku kesungguhan mempertahankan agama-Mu.
Amin.