21.6.08

DI MANA DOKUMEN NEGARA ISLAM PAKATAN RAKYAT

Isu negara Islam sudah reda tidak sebagaimana 5 tahun lepas,ketika itu isu ini hangat dibicarakan oleh rakyat terutama pemimpin PAS dan Umno.Isu ini sehingga ditanya dalam temuduga SPA kepada pemuda-pemuda yang ingin menjawat jawatan dalam kerajaan.Negara Islam atau tidak menjadi perbahasan para ulama sejak dahulu kala lagi selari dengan perkembangan ilmu semasa dan pertumbuhan banyak aliran dalam ISLAM.Tahun 2008 menyaksikan PAS mendominasi kancah politik Islam di samping Keadilan sehingga berbumbung di bawah istilah "pakatan Rakyat".Pas dengan idea membangun bersama Islam perlu besedia dari semua sudut untuk memerintah sebuah negara.Dokumen negara Islam yang bagaimanakah ingin dibawa PAS perlu disegerakan dengan lengkap untuk memenuhi kehendak rakyat.Alternatif perlu difikirkan untuk menggantikan program-program berbentuk maksiat dan lalai dalam media perdana.Bagaimana pula dengan pelaksanaan hukum hudud Allah yang wajib dilaksanakan malah Umno pun tidak ada daya dan naif dalam membincangkan isu ini.Parti Islam perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah memerintah rakyat dengan Islam walaupun dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang kafir musyrik mahupun munafik!ayuh maju dengan Islam.

18.6.08

PERUBAHAN MINDA DI KALANGAN AHLI BN

Dikala ini,rakyat melihat BN hampir lemas dalam bangunannya yang dibinanya sendiri.Parti-parti kompenan nya sudah menunjukkan taring dengan memberikan idea dan komentar dalam media perdana.Rasa dicucuk lagi dengan beberapa pimpinan Besar nya keluar daripada BN dan tidak mau lagi masuk BN.Suasana seperti ini seperti "haru biru" dalam senario politik NB semenjak 5o tahun dahulu.Kegelisahan rakyat ditambah dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang menduga empayar pimpinan BN.Perkara ini sudah lama disebut Tok guru Nik Aziz kerna BN tidak akan bertahan lama jika tidak mengambil ISLAM secara keseluruhannya.Masih ingin membanggakan perlembagaan LORD REID tanpa mengjenguk dan telaah pada hukum Al qur'an dan Sunnah untuk diadaptasikan dalam masyarakat.Kembalilah pada jalan benar kerna masih ada masa...

15.6.08

KENAIKAN HARGA MINYAK REDAKAN DENGAN BICARAKAN PESALAH I.S.A

ISU REBAT DAN I.SA
Hadiah untuk rakyat ialah dengan meningkatkan kadar minyak dan juga sebagai "gula-gula" rakyat diberi rebat tunai di pejabot pos.Sekarang kadar minyak untuk kereta 1.3 auto,sistem dvvt minyaknya 30 ringgit sehari jika tidak kena gaya dulu 30 ringgit 3 hari dengan kadar jarak 130 km.Kerajaan mulakan "ole-ole" dengan memberikan kenaikan gaji,had umur persaraan dinaikkan,rebat tunai serta macam-macam lagilah tapi kerajaan perlu bijak dan teliti dalam menurunkan amarah rakyat,sebenarnya rakyat suka dengan langkah kerajaan tapi RAKYAT LEBIH SUKA jika AKTA ISA dikaji dan pesalah yang tidak bersalah dibicarakan melalui saluran yang betul.Apa lagi yang hebat daripada hadiah untuk anak-anak pesalah ISA yang telah lama menangis merindui ayah mereka siang dan malam.Rakyat tengah melihat kerajaan,adakah kerajaan "melihat" menggunakan mata dua atau mata hati atau pun buta?Aspek keinsanan dan kemanusiaan perlu disegerakan oleh kerajaan daripada melilau membuta tuli menaikkan isu minyak dan hadiah untuk rakyat.Dalam sebuah kerajaan apa lagi yang penting daripada menghentikan KEZALIMAN PADA rakyat sendiri melalui ISA!