
Apabila mendung sudah berarak dari rumah Tok Guru Nik Aziz(tulisan pendapat saya sebelum ini),maka sudah pasti kita dapat menduga BN akan terus mengganyang Pas di mana -mana sahaja.Isu UMNO terlalu banyak berbanding isu Pas.Benarlah kata Mahatdhir lebih kurang begini"umno sudah buruk sampai ke usus".Umno selalu mendakwa mereka itu jaguh mempertahankan Melayu dan saya pasti, PAS paling jaguh dalam mempertahankan ISLAM-MELAYU.
Umno saya sarankan supaya menjadi lebih jaguh dengan mencabar PAS untuk berdebat di mana-mana sahaja tempat yang boleh rakyat menilai hujah dan keperwiraannya.
Umno perlu kerja keras kerana saya yakin PAS akan bangkit dan tidak akan membiarkan umno membuat ketidakadilan pada rakyat.
Pas sentiasa bersedia untuk berdebat dengan UMNO,isu ajakan debat ini sudah lama dicanang dan dicabar oleh PAS namun tidak ada jawapan.Kemana pergi KJ(KHAIRY JAMALUDDIN)dan anak buah yang lain dan paling kurang pun Ketua Penerangan Umno tapi kalau kuat lagi dipersilakan Presdn Umno untuk naik ke pentas.Pas saya yakin sudah lama bersedia (dari dulu lagi).Isu dan tajuk umno boleh cadangkan kalau tidak mahu pembangkang cadang.
Saya melihat perlunya rakyat mendengar dengan penuh telus arah tuju ke dua -dua parti Melayu ini.
Rakyat sudah setuju,undangan telah diberikan,cabaran telah dilaungkan,adakah umno akan menyahutnya?atau membiarkan undangan itu hanyut seakan hanyutnya sokongan rakyat pada UMNO...
sekian..