Kegagalan media menghadapi perang saraf politik
Kegagalan di Permatang pauh memberikan impak besar kepada Bn.Penggunaan perang saraf dan propaganda melalui media terlalu dibesarkan semasa kempen sehingga memeningkan kepala rakyat dan memuak kan banyak pihak.Dalam kempen pilihanraya yang lepas RTM menjadi tempat untuk mengganyangkan Pakatan rakyat dan pada masa yang sama memberikan impak positif bagi bn.Kita tidak kisah tentang taktik diluar tapi apabila dimainkan di media perdana majoriti besar akan terpengaruh dan ada juga yang tidak termakan dengan umpan-umpan yang berikan dalam media.Psikologi manusia akan lebih berubah jika ia diulang-ulang sehingga mendatangkan kebencian dan kemuakan,sehingga audien berubah dari sudut tingkahlaku,malah lebih tragis lagi huru hara akan berlaku.Permatang pauh menjadi lubuk bagi tv swasta untuk hentam keadilan/pakatan."The black propaganda"dilancarkan untuk menghancurkan pakatan dan mereka yakin menang KO.Teorinya,memang begitu tetapi tidak berkesan bagi permatang pauh.