Ahmad Said dilantik Menteri Besar Terengganu
22/03/2008 6:03pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang ini.
22/03/2008 6:03pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang ini.
23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah
22/03/2008 6:06pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.
22/03/2008 6:06pm
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.
BN PARAH DI TERENGGANU,
APA NAK JADI PADA BN,
ARAHAN RAJA HENDAK DISANGGAH,
MEMULAU PILIHAN RAJA,
HANCUR HARAPAN RAJA,
MELIHAT ADA RAKYAT MEMUNAH KEPUTUSAN,
APAKAH TIDAK SEDAR KEHANCURAN BAKAL TIBA,
APAKAH TIDAK TAHU BEZA MENTIMUN DAN DURIAN,
ANTARA RAJA DAN RAKYAT,
ANTARA PILIHAN DAN PAKSAAN,
APA NAK JADI,
MAKIN PARAH DAN MEMBARAH,
APAKAH BN TIDAK KENAL PADA KATA MELAYU?
TULAH RAJA AKIBATNYA BINASA!
4 comments:
Betul ke? Wah, nampaknya Sultan melayu sudah mula memainkan peranan dalam politik Malaysia... Sultan-sultan Perak, Perlis dan Terengganu sudah memilih sendiri MB untuk rakyat... Syabas Tuanku..
Orang melayu must be the dumbest being on the planet. Biar lah salah pun si raja tu tapi oleh sebab dia raja semua kena ikut. Raja pun kena ikut perlembagaan brader. Ini bukan zaman raja Melaka dulu tu. Sekarang ada undang-undang dan even raja pun kena ikut. What are we if not for the law. Jangan lah jadi bodoh sangat wahai melayu. Masaalah perlantikan MB ni adalah yg dipilih oleh rakyat bukan raja. Kalau nak raja yg pilih MB tak payahlah buat pilihanraya, suruh ajelah si raja tu lantik sesiapa yg dia suka..bodohhh??!!!!!
komen daripada pembaca tranungkite tentang isu ini:
Re: BN PARAH DI TERENGGANU (Score: 1)
by kimiko on Saturday, March 22 @ 19:45:35 MYT
(User Info | Send a Message)
Sedarlah para pemimpin melayu haprak, keputusan sultan pun hendak disanggah...inilah dikatakan pemimpin islam hadhari yang tak boleh terima ketentuan allah...boleh jalan..dah.
[ Reply to This ]
Re: BN PARAH DI TERENGGANU (Score: 1)
by Jusuhkrothong on Saturday, March 22 @ 22:23:54 MYT
(User Info | Send a Message)
Apalagi ditunggu...sekarang masanya..
Tuan Guru Dato' Seri Hj.Abdul Hadi Awang atau pimpinan PAS Terangganu kalau boleh aturlah sembahyang hajat/munajat perdana di Rusila...kerana 'Tongkang Pak Dollah" dah hampir nak pecah...Itulah kemenangan yang tak direstui akibat menipu..
[ Reply to This ]
Re: BN PARAH DI TERENGGANU (Score: 1)
by serol on Saturday, March 22 @ 22:26:45 MYT
(User Info | Send a Message)
cadangan saya, jangan lantik langsung MB... biar sampai genap 60 hari (selepas keputusan pilihanraya digazetkan), kemudian YDPA Tuanku Mizan gunapakai kuasa selaku YDP Agung utk mengadakan kembali pilihanraya yg lebih telus, bersih dan tidak dirasuk hantu2 jembalang....
gamaknya ADUN2 BN dah naik hantu, di rasuk oleh pengundi2 hantu yg x sempat pulang ke kubur masing2, tu yg jadi lagu tu.....
Saya rasa selain dari menganjurkan pilihanraya semula, ada baiknya jika kesemua 23 ADUN Lancang, Temberang & ini di lucutkan dari sebarang darjah kebesaran yg pernah pihak istana anugerahkan hingga membawa gelaran, Dato', Dato' Seri', Tan Sri dll..... lucutkan saja.....
Saya harap YDPA Tuanku Mizan dan Pemangku Sultan Terengganu serta seluruh isi istana akan tegas dalam hal ini sebab perkara sebegini tidak pernah berlaku dan insiden ini sesungguhnya begitu memalukan dan sepatutnya perbuatan mereka ini di kutuk oleh semua rakyat Malaysia. Saya percaya jika di biarkan berleluasa, institusi di Raja akan berakhir sebagai sebahagian dari lipatan sejarah negara. gi mana pun, saya harap agar YDPA Tuanku Mizan tegas dalam isu ini.
[ Reply to This ]
Re: BN PARAH DI TERENGGANU (Score: 1)
by SalatinSaladeen on Saturday, March 22 @ 22:35:27 MYT
(User Info | Send a Message)
Inilah masanya rakyat Terengganu menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Mizan. Kesetiaan dan kasih sayang itu harus DITUNJUKKAN SECARA TERANG TERANGAN.
[ Reply to This ]
Re: BN PARAH DI TERENGGANU (Score: 1)
by ladybird on Sunday, March 23 @ 00:26:17 MYT
(User Info | Send a Message)
IHZIMHUM YA ALLAH..IHZIMHUM YA ALLAH..IHZIMHUM YA ALLAH..
WANSURNAA A'LAIHIM.. AMIINN
[ Reply to This ]
saya tidak tahu dimanakah relevannya tindakan dia orang ini sedang mulut cakap tak kisah tapi kenapa masih bangkang.. ape citer ni sebenarnya???
Post a Comment