19.10.08

BICARA BUAT RAKYAT MALAYSIA



Apa nak jadi dengan Umno?

Paklah marah mahathir di Kota kinabalu,mengejutkan semua orang kerana sebelum ini paklah mengamalkan"silent mode"dengan tokoh yang paling kebal dalam UMno dulu.Budaya ini berlaku dalam kerajaan Umno yang mengamalkan budaya politik murahan bukan budaya syura.Perkara seperti memalukan dan ibarat sampah yang perlu diangkut dan dibakar.Rakyat perlu cerah mata dalam hal ini.Kenapa sesetengah dari kita seolah buat-buat tidak tahu dan seolah buta dengan apa yang berlaku.Hari-hari kita tengok budaya umni yang saling bertengkar untuk jawatan dan rakyat tahu apa!Bukankah kita memerlukan pimpinan yang bersih dari pemimpin yang berebut jawatan.Tengok dalam PAS,memang ada yang meminta jawatan tapi semuanya perlu melalui kaedah syura dan berdasarkan majoriti umum yang mengatakan akhlak dan moralnya baik.Umno sudah tidak relevan mengikut parameter hari ini dan rakyat berhak memikirkan balik dan beralih kepada Pas yang menjadi payung pada Islam di Malaysia.Umno sudah tidak relevan lagi untuk memayungi rakyat kerna saban tahun mereka menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak kukuh dari sudut agendanya tapi untuk mengukuhkan legasi kekuasaan mereka dengan berebut jawatan.Apa lagi yang penting dari perpaduan ?

16.10.08

SYAHWAT KURANG


Umno terkapai-kapai



Jika hari seminggu ini ahkbar perdana mengulang dan mengulas kedudukan pencalonan dalam Umno itu tidak mustahil.Senario ini memang biasa berlaku musim peralihan pimpinan sehingga akhbar pun tidak ada tajuk lain yang lebih penting daripada geng Umno tersebut.Paklah masih lagi PM tika ini sebelum Najib mengambila alih.Boleh najib memimpin?Umno terkapai juga dengan penangan Khairy yang dilihat sedang bertarung dengan anak Mahathir,Mukhriz dan pemenang pertarung ini akan memastikan keturunan mereka terus kukuh di persada tanah air.
Umno tidak kukuh lagi untuk dinikmati “syahwatnya”,tidak best lagi kata orang.”Kau kena pergi mengurut”kata orang tua.”Lembik”dalam memacukan keadilan dalam Negara sehingga insititusi kehakiman kacau bilau.Puak “MCA” dan sekutu memang ada hasrat nak cerai Umno tapi mungkin mereka menyimpan dulu hasrat itu.Orang kata “biar lambat asal selamat”Berhati-hati di jalan rayo deh”.Siapa lagi yang akan menyelamatkan Umno ?

12.10.08

PM KU AbDULLAH




Pak lah

Persoalan itu menjadi tunggak pemikiran bagi sesetengah rakyat Malaysia.Pak lah sudah meninggalkan batchmark "kalah"dalam Umno melalui pilihanraya lepas.Plan untuk perletakkan jawatan 2010 tidak menjadi kerna dijolok oleh puak dalam dan luar.Kenapa Paklah quit awal dari perjuangannya untuk membangunkan kembali UMNO?No choice....he say...Najib will be next PM.
Legasi Pak lah memang hebat pada awal dia membangunkan agenda Islam Hadhari namun ia tenggelam bak titanic di akhirnya.Ideanya bakal dimuziumkan tapi saya tidak kata semnua.Saya suka program JQAF yang dilontar Paklah namun paklah tidak tahu pengurusan JQAF teruk terutaman bab posting Sabah dan Sarawak.Dulu saya ingat Paklah akan membantu Islam dalam UMNO memandangkan beliau anak Ulama'.Legasi Ulama dalam hidup Paklah begitu jelas tapi Tuhan mengatakan"inna ka la tahdi mamahbabta wala kin allah yahdi man yasa'.

7.10.08

PAS HARUS PEMIMPIN




Ketika umno sedang memuncak mempromosikan muktamar tahunan nya ,pas harus bergerak memimpin perpaduan.Kelibat YB pas perlu menyeluruh turun ke kawasan dan ceruk kampung untuk mencari kelibat si miskin yang menunggu untuk merasa wang kerajaan mahupun wang YB sendiri.Mencari "UMAR"bukan mudah kalau tidak sanggup untuk turun ke padang dan menjadikan diri agen rakyat.Bukan mudah untuk memberikan komitmen yang menyeluruh kerna apabila menjadi YB cubaan demi cubaan akan datang terutama cabaran METERIALISTIK DAN JUGA "MERCEDES BARU" bakal menutup qalbu jika tidak melihat dengan mata hati.
Dekat hampir setahun rakyat memilih untuk memangkah PAS kerna bukan sebab meterialistik tapi sebab aqidah perjuangan yang mengibarkan ISLAM sebab sepanduknya.Jadi YB Pas perlu memulakan jika belum memulakan,berjalan-jalanlah mencari rumah si fakir jangan nanti yb Umno pulak y ang cepat lagi.Pasanglah agen bertujuan untuk memyampaikan maklumat dan laporan.Sesungguhnya amanah itu tidak diterima oleh apa jua benda di bumi kecuali MANUSIA.

6.10.08

bahana hubbu jah (cinta akan jawatan)




Dalam politik Islam yang berasaskan syura jarang terdengar ada pemimpin menawarkan diri kecuali dalam syarat tertentu.Kepimpinan Umno saat ini sedang memerhatikan tv sebab mungkin ada calon yang menawarkan diri mereka atas tiket disokong oleh "akar umbi".
Mungkin ahli umno boleh jadikan panduan dalam pemilihan calon nanti,calon-calon mestilah:

1-bebas rasuah &kroni
2-Tidak dikaitkan dengan apa jua kes mahkamah.
3-Ada gak background agamanya.
4-Isteripun menutup aurat.

walau begitu ,tidak digalakkan cintakan jawatan kerna mungkin jawatan dan amanah pun belum tentu dapat dijalan dengan adil dan saksama!

GESAAN PINDA ISA

TV3 menyiarkan tentang i.s.a dalam beberapa slot di buletin utama tpai pernahkah di siarkan tentang keseksaan para isteri dan anak2 tahanan yang tidak mampu pun untuk menahan air mata dari gugur dek kerna undang2 yang kejam itu.
Pernahkah difikirkan tentang semua itu?Pinda dan bicarakan!itu saja cara untuk memperkasakan undang2!Zaid ibrahim pun x setuju tentang i.s.a?entah,sekarang rakyat menunggu kejatuhan sebuah tahta bersalut gula-gula merah..

25.9.08

10 sen

10 sen sahaja minyak diturunkan.syukur tetap syukur tapi kenapa tidak kurang sedikit lagi?Perayaan sudah tak lama lagi.Sekarang dunia gawat.AS semakin kacau dan Bush sentiasa tertekan.Rakyat juga terdesak.

12.9.08

16 September 2008

Bakal tiba tarikh keramat negara,dikatakan pertukaran goverment.
Kita boleh mula mengira dari hari ini..kira detik yang kunjung tiba.

2.9.08

KEGAGALAN MEDIA

Kegagalan media menghadapi perang saraf politik

Kegagalan di Permatang pauh memberikan impak besar kepada Bn.Penggunaan perang saraf dan propaganda melalui media terlalu dibesarkan semasa kempen sehingga memeningkan kepala rakyat dan memuak kan banyak pihak.Dalam kempen pilihanraya yang lepas RTM menjadi tempat untuk mengganyangkan Pakatan rakyat dan pada masa yang sama memberikan impak positif bagi bn.Kita tidak kisah tentang taktik diluar tapi apabila dimainkan di media perdana majoriti besar akan terpengaruh dan ada juga yang tidak termakan dengan umpan-umpan yang berikan dalam media.Psikologi manusia akan lebih berubah jika ia diulang-ulang sehingga mendatangkan kebencian dan kemuakan,sehingga audien berubah dari sudut tingkahlaku,malah lebih tragis lagi huru hara akan berlaku.Permatang pauh menjadi lubuk bagi tv swasta untuk hentam keadilan/pakatan."The black propaganda"dilancarkan untuk menghancurkan pakatan dan mereka yakin menang KO.Teorinya,memang begitu tetapi tidak berkesan bagi permatang pauh.