12.8.08

merdekakah kita ?





bila keretaku mula dilekatkan dengan bendera negeri,aku teresa megah melihat bendera berkibar dek angin.aku tidak meletak bendera malaysia lagi kerana mungkin malaysia masih merdeka dalam penjajahan dan perompakan.duit habis jutaan kerna melabur hanya pada benda-benda remeh semacam tiada orang fakir miskin dalam malaysia ini.suara rakyat sudah mula diteriakkan hari-hari sehingga mengejutkan para penguasa yang lena dibuai mimpi dalam istana emas dan perak.aku juga teringat pada almarhum syed qutb (alsyahid) yang sentiasa mengekalkan posisinya dengan islam.tulisan dalam kitab maalim fi taariq dan juga tafsir fizilal al qur'an benar-benar menghempas dan memancung para penguasa zalim di mesir pada masa itu.adalah kita benar-benar merdeka ,?jika benar pastikan anwar ibrahim mendapat haknya yang memang beliau wajib dapat hak nya dahulu lagi jika tidak kerna konspirasi strategik para penguasa.jalan untuk ke sana memang cerah jika tidak diganggu perompak dan pengkhianat.hati-hati bila melangkah dalam cerun politik.cerun nya bahaya dan memakan diri jika tidak kena gaya akan mati ditembusi paku-paku tajam sehingga reput.merdekakah kita ?tanyalah pada diri,meredeka kah pada hawa nafsu kita yang amarah?merdekakan dirimu dengan menyisir ruang kebenaran dan menghancurkan kebatilan!takbir!

11.8.08

kegilaan pakatan kafirun

bangsa moro diuji lagi dengan kegilaan tentera filipina memerangi mereka habis-habisan.ya tuhan ,selamatkan umat islam !

bila tok guru memberi amaran...

Nik Aziz minta pencuri kembalikan harta orang miskin
11/08/2008 4:21pm


KOTA BHARU 11 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas daripada pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka merampas' harta orang miskin.

Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

``Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

``Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Utusan

10.8.08

LANGKAH KE PERMATANG




Bila aku melihat bumi ini membentangkan kecantikan buana ku teringat dan berfikir sempatkah aku ingin meneroka bumi ini sepuas-puasnya tapi pada masa yang sama aku teringat insan bernama Anwar yang sempatkah ingin menakluk permatang pauh.Jalannya sudah ada tapi sempatkah dia sampai tanpa sebarang celaka.Jika celika tak akan sampai ke tempatnya kerna penjahat dan lanun akan merompak dan mengkhianat dari darat dan laut.Agenda meruntuh kebatilan itu mungkin tersungkur kerana musuh dari dalam malah musuh dari luar.Semboyan telah berbunyi menuju medan bakti sambil menyelak dan menempelak musuh mungkin itu Anwar akan buat di lalau permatang.Sempatkah dia berjalan ke sana tanpa mara bahaya!Ku terasa terkisama menggambarkan fantasiku itu.Selamat jalan Anwar ke Permatang.Doa di panjatkan bersama!

Sambutan Hari Hudud Kelantan

Dipetik dari email:

Asslamualaikum wrt. wbt.



Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan akan diadakan pada Rabu ini, 13 Ogos 2008 bersamaan 11 Syaaban 1429H bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu bermula jam 8.00 pagi. Perasmian dan ucaptama oleh YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan. Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Dr Badrul Amin Bahron (bekas Pensyarah UIA).



Pada malamnya, Forum Perdana Hududullah akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV, KB jam 9.00 malam. Ahli panel - Dr. Badrul Amin Bahron, Dato. Md Saleh Hj Ahmad (TYDP PUM/ Fellow Kanan Kuliyyah Undang-Undang UIA) dan Sdr. Hanipa Maidin (peguam/ AJK PAS Pusat).



SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI.

8.8.08

SURAT UNTUK PENARIK BECA



kepada Penarik beca:


Selamat berjuang penarik beca dari saya sebagai blogger!Agenda menindas kebatilan tidak akan luput dalam jiwa anak muda perwira macam saudara.Saudara telah menggoncangkan tidur sang penguasa yang tidak adil.Saudara telah merimaskan dan melemaskan mereka dan saudara jugalah yang menggunakan pena untuk menembak sehingga mereka jatuh tidak bangkit lagi.Semangat yang tidak luntur dalam jiwa saudara itu memberi impak kepada pemuda-pemuda bloggers yang lain untuk meneruskan perjuangan.Kebal mana pemimpin berdarah juga dihiris pena tajam!Tingkatkan perjuanga demi untuk Islam.!

7.8.08

Jangan Cabar Kuasa Rakyat





Jangan mencabar kuasa rakyat.Itu ingatan daripada pemuda yang inginkan kebenaran.Yang benar tetap benar yang batil tetap batil tidak ada campur aduk di antara keduanya.Anwar perlu diberi ruang untuk bertanding di permatang pauh mahupun konspirasi mungkin bakal berlaku.Sejarah boleh berulang tetapi tidak pada masa ini,sekarang rakyat merasa dicucuk kerana isu kotor ini dimainkan semula.Pas akan tetap membantu jika masih dalam dasar membanteras kezaliman dan kebatilan.Orang melayu kena faham kita ini dimulia dengan Islam dan dengan Islamlah melayu mulia.Berjuang bukan setakat alang-alang menyeluk pekasam tapi berjuang alang memegang bara api,biar binasa jasad tapi untuk memeluk tubuh tidak sekali.Ingat panduan cerita lama MELAYU "raja zalim raja kusanggah raja adil raja ku taat"

1.8.08

LAGU PAHLAWAN DAN LAGU UNTUK ANWAR


LAGU UNTUK PAHLAWAN,


Inilah barisan kita ,
yang ikhlas berjuang,
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara,
kami mohon doa Malaysia berjaya,
Semboyan telah berbunyi,
menuju medan bakti,




LAGU UNTUK SAUDARA ANWAR

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Menegakan keadilan,
Untuk ibu pertiwi,
Andai kata aku gugur di medan.
Tegakkanlah reformasi,
Semboyan telah berbunyi,
Menuju ke Parlimen.



Hakmilik ekslusif-Pro

30.7.08

SAMPAI MASANYA UMNO BUAT HUKUM ISLAM

Isu muqabalah atau muzakarah menjadi panas masa ini.Ia isu “p-spot” yang menjadikan Umno “menelanjangkan” kedudukannya dengan mendekati Pas.Isu ini isu umat Islam.Tidak semestinya isu ini timbul lepas pilihanraya lalu tapi isu ini sudah dicanang Pas sudah lama.Tok guru selalu mengatakan bahawa ia akan bubar Pas jika Umno ambil Qur;an dan Hadis sebagai panduan.Bila kata ikut qur'an & Hadis kita mesti ikut semua bukan sedikit dan secarik-carik sebagaimana sekarang.Umno msti menerima Hukuk Hudud,qisas dan takzir secara tepat dalam Qur;an.Mungkin ia satu revolusi besar-besaran jika Umno dapat terima hukum yang wajib diimani oleh umat Islam ini.Jalan sudah ada,marilah UMNO kita ambil Islam semua sekali.Masuk dan amal Islam dalam segenap kehidupan.Orang non muslim jangan takut,Islam tidak pernah mengajar untuk bersikap zalim tanpa bukti.Kita yakin jenayah akan menurun jika undang-undang Islam ini diadakan.Marilah kita bersatu atas nama Islam!