12.2.09

IR NIZAR:PERAK MILIK ANDA



Pada pandangan saya IR nizar MUNGKIN tidak perlu ke untuk bertanding di peringkat parlimen disebabkan atas perkara berikut:

1- Ir.Nizar seorang yang teguh dengan prisip dan berkelayakkan dalam mentadbir Perak.

2- Kalaulah Pas mengambil kembali Perak nanti tiada orang lain pada pandangan saya yang menjadi tunjang utama kecuali IR Nizar yang mewakili lencana Pas.

3- DAP memang mencalonkan Nizar untuk ke Parlimen dan ini adalah perlu difikirkan kembali.

4-Saat getir IR Nizar sekarang yang mentadbir Perak melalui stesyen rumah MB Perak perlukan dokongan yang kuat dan padu para pimpinan.

5-IR Nizar adalah icon perjuangan di Perak sekarang dan legasinya masih hidup dan jika berlaku Pas kalah maka icon itu "kurang sedikit"lah di mata BN tapi di mata kita ia tetap icon.

11.2.09

PERAK:KERIS MENIKAM DIJANTUNG




PERAK IN CRISIS

1-WUJUD KRISIS PERIBADI/PERSONALITI/AKHLAK DI KALANGAN AHLI LOMPAT

2-WUJUD PERTEMBUNGAN BN DAN PAS.

3-WUJUD PENGKHIANAT DALAM SISTEM PENTADBIRAN IR NIZAR.

4-PERMASALAHAN KETAKUTAN PEMERINTAH .

5-WUJUD BROKER UTAMA ATAU PUPPET/PATUNG-PATUNG.

6-AGENDA MATERIALISTIK/TIDAK PUAS HATI TIDAK DAPAT MATERIAL ATAU PANGKAT DLL.

14.1.09

ROYALTI KERANG


ROYALTI YANG DIROMPAK

DIBERI BALIK OLEH UMENO.

MASA MEROMPAK DULU TIDAK INGAT,

BILA TERDESAK BARU INGAT,

MASA PAS DULU JADI PEROMPAK ROYALTI,

SEKARANG JADI TERHEGEH-HEGEH,

SEMYUM KERANG BUSUK MALU,

DULU BURUK SIKU,

SEKRANG KERANG BUSUK.

IT UMENO.

13.1.09

kuala ganu daerah polis

ramai pulis g ganung,

ok gak blh overtime,

harap diorang buat keje jaga amanan,

jangan buat keja lain,

bagile peluang kat pengundi,

so tq.

28.12.08

umno expired


Esok tahun baru hijrah.

rakyat semua kena berubah,

tukarlah hati dan perasaan,

buka lah hati,

jangan fikir duit sangat,

duk dalam umno tau kena ada duit,

pemilihan bahagian pun ada duit ditabur,

perlu ada duit,

jomlah berubah,

kita ambik nasihat ulama'

duk dengan jemaah islam,

yang penting kita membuka kepala hotak kita,

untuk berubah,jomlah kita buat revolusi,

marilah berubah,

umno dah tamat tempoh,

kena ganti yang baru,

ada berani?

26.12.08

HUDUD MILIK ALLAH PAS HANYA MAHU MEMASTIKAN IA TERLAKSANA



HUDUD MILIK TUHAN

DITURUN UNTUK MANUSIA MENGAMALKANNYA,

BAGI YANG TIDAK BELAJAR AGAMA SECARA DETAIL TIDAK AKAN TAHU,

BUKA LAH AL QUR'AN,

KENAPA MANUSIA SEBEGINI JAHIL?

TERTUTUP MATA HATI MENDENGAR WAHYU ILAHI.

KENAPA SEJAHIL INI ?

HUDUD,QISAS DAN TAKZIR MILIK AGAMA ALLAH..

JANGAN MEMPERTIKAI,

HUDUD UNTUK MENCEGAH BUKAN UNTUK MEROSAKKAN,

MARILAH SEMUA KITA FAHAMI APA ITU HUDUD..

TIDAK TAHU SILA TANYA...

HUDUD BUKAN MILIK PAS TAPI ARAHAN WAHYU AL QUR'AN




HUDUD WAJIB DIBUAT ,JANGAN ANDA PERTIKAIKAN,

JIKA ANDA TIDAK FAHAM JANGAN CERCA,

HUDUD BUKAN MILIK PAS,

HUDUD MILIK ALLAH YANG MEWAHYU MELALUI ALQUR'AN,

ADAKAH ANDA MEMPERTIKAI ISI AL QUR'AN?

FIKIR SEBELUM BERKATA,

JAGA AKIDAH KITA.

APA LAGI YANG UMENO X FAHAM?










Isu hudud, qisas: Khairy bidas Husam-UTUSANNNNN
TEMERLOH 25 Dis. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah.

Menurut Khairy, ketika berdialog di hadapan lebih 3,000 penyokong Pas di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Sabtu lalu, Husam menjelaskan parti itu tetap akan menegakkan pemerintahan Islam tanpa apa-apa syarat termasuk melaksanakan hukum hudud.

Namun katanya, pendirian Naib Presiden Pas itu berubah apabila mendapat bantahan keras daripada rakan dalam pakatan pembangkang yang menolak sebarang bentuk pemerintahan Islam di negara ini.

''Nada Husam mula berubah di mana beliau mendakwa Pas hanya akan melaksanakan pemerintahan Islam termasuk hukum hudud setelah mendapat persetujuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Saya tidak faham pendirian sebenar Husam dan Pas yang mudah berubah semata-mata untuk menjaga hati dan terdesak dengan bantahan yang diterima daripada pakatan pembangkang,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.

Menurut Khairy, percanggahan pendapat yang serius dalam pakatan pembangkang berkaitan isu itu membuktikan gabungan mereka amat rapuh kerana berlainan prinsip dan ideologi.

''Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah keras cadangan itu dan menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu,'' katanya.

Pada sesi dialog itu Husam menegaskan bahawa Pas akan melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negara ini.

Namun selepas dikritik oleh DAP yang menentang hasrat Pas itu, Husam kemudian mengatakan hudud dan qisas akan dilaksanakan dengan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Khairy dalam pada itu berkata, Pas sejak dulu lagi gemar mengeksploitasi isu-isu agama seperti pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai slogan politik untuk menarik sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemuda UMNO tetap akan menentang sebarang usaha kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dinyatakan syarikat konglomerat Sime Darby menerusi pemilikan saham sebanyak 51 peratus.

Beliau berpendapat, penswastaan IJN hanya akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan kakitangan kerajaan yang terpaksa berbelanja besar jika mendapat rawatan di IJN.

''Bantahan pelbagai lapisan rakyat seperti orang kampung, tokoh pendidik, aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan mereka menolak untuk menswastakan IJN,'' katanya.

Khairy menambah, IJN yang telah mencipta rekod perkhidmatan terbaik dan diiktiraf dunia perlu mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Mengenai persiapan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjelaskan, Pergerakan Pemuda UMNO sudah bersedia menggerakkan jentera menjelang penamaan calon pada 6 Januari hingga hari mengundi pada 17 Januari depan.

''Barisan Nasional (BN) berpotensi besar mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh amat berwibawa dan dikenali oleh masyarakat di kawasan itu,'' katanya.

27.11.08

DEMOKRASI DIKAMBINGKAN



Hairan melihat demokrasi berparlimen di Malaysia.Apabila dicadang untuk potong berapa ringgit jer duit pak menteri kecoh baik sejuta ringgit!Alahai kenapa ia berlaku?Apabila berhimpun untuk mansuhkan ISA kecoh sedunia,pemuda ditangkap dan yang buat kecoh keadaan adalah campurtangan provokasi dari pihak berkuasa.Saya tidak tahu ke mana rah demokrasi kita.Hanya perkataan sahaja tetapi jauh sangat dari pelaksaan.
Kenapa perlu ada rakyat yang berhimpun untuk protes jika tidak ada isu?Jentera yang ada semua dikambingkan menurut sesuka hati.
Kenapa ada manusia mempertikaikan fatwa?Ini adalah kesan daripada pemerintah yang tidak melaksanakan Islam secara kaafah –keseluruhan-
Alahai kesian benar melihat istilah politik wang menjadi ayat bersih sahaja sedangfkan ia RASUAH.
Hilangnya pengamalan agama dalam kehidupan dan kesannya hanya tinggal cebisan-cebisan dan itupun dimakan ulat.
Perlembagaan dikut tapi pengangan AL qur’an ditinggalkan.
Sedih mengingatkan rakyat yang tidak cukup wang dan terbiar kerna kediaman mereka dirobohkan dan itupun belum mengira berapa ramai lagi yang tidak berumah.
Hilang maruah itu biasa dalam politik Malaysia.