5.5.08

LA ILAHA ILLA ALLAH






Saya terpaku bila dalam usrah kawasan semalam bincang berkenaan cubaan murtadnya seorang yang digelar "u...zah'.Sebelum itu,saya memang biasa mendengarnya lebih-lebih lagi di pendalaman bawah bayu ini.Terfikir dalam jiwa saya akan kebimbangan terhadap keluarga dan juga rakan-rakan lain yang juga berada dalam cabaran yang sama.Saya terus berdoa agar mengekalkan syahadah saya dan famili dalam agama mulia iaitu Islam.Dalam usrah semalam juga saya rasa sayu bila ada sahabat usrah yang mengingatkan tentang amanat allahyarham mantan presiden Pas ust fadhil noor yang bunyinya"islam ini bukan untuk pemalas".Inilah teguran buat kita yang mengaku kita Islam.
Sayugia diingatkan, bahawa ancaman musuh Islam (yahudi dan nasara,munafik)tidak akan selesai selagi kita tidak tunduk kepada ajaran mereka.Mereka berkerja 24 jam untuk menghancur jiwa ummah tapi kita mempunyai masa untuk berfoya.Tidakkah sesuatu perkara itu terjadi supaya kita sedar bahawa kita ini akan dihitung oleh tuhan sekalian alam.Semoga Islam bangkit melalui perjuangan pemuda-pemuda Islam yang ikhlas pada Tuhan.Wallahua'lam

No comments: