11.6.08

YB SALEHUDDIN MANTAP





Mleihat kepetahan salehuddin semalam melalui RTM amat membanggakan saya sebagai pemuda.Fakta mesti dibacakan walau tidak tepat atau tidak berapa ingat,berbanding diam bisu pekak memyembunyikan fakta kepada rakyat.YB salehudin membaca dan merujuk bukan tidak merujuk dan telaah.Ini penting dalam wacana minda.Kenaikan harga barang bukan berdasarkan faktor semasa tapi kerajaan gagal merancang.Malah YB selalu sebut istilah"MASTER PLAN",mana penglibatan rakyat dalam master plan?


Kecanggihan dan keselesaan kemudahan awam yang disebut YB KUBANG KERIAN itu amat penting,mana keseriusan kerajaan dari dulu hingga sekarang?TAHNIAH buat Salehuddin kerana mendebarkan Menteri dalam wacana semalam,sekurang-kurang rakyat melihat siapa berfakta atau tidak atau siapa bodoh atau tidak cerdik dalam mewacanakan isu.

2 comments:

Anonymous said...

from tranung:

Re: YB SALEHUDDIN MANTAP (Score: 1)
by awok_dungun on Wednesday, June 11 @ 11:10:52 MYT
(User Info | Send a Message)
kawan sokongggggggg





Re: YB SALEHUDDIN MANTAP (Score: 1)
by mr-j on Wednesday, June 11 @ 11:17:58 MYT
(User Info | Send a Message)
yee kawan sokong jugakk...tahniah YB Salahuddin..terus kan perjuangan mu..

Anonymous said...

from tranung reader:

Re: YB SALEHUDDIN MANTAP (Score: 1)
by Bentayan on Wednesday, June 11 @ 15:15:20 MYT
(User Info | Send a Message)
YB Salehuddin selalu menyuruh anak buahnya membuat homework dan mencari fakta. Dalam kes debat ini beliau gagal untuk membuat homework dan mencari fakta dengan baik.

YB Salehudin yang saya tahu pada awal penglibatan dalam politik, memang tidak pandai berdebat dan berhujah tetapi telah berlatih dengan keras untuk tujuan itu berdekad lamanya. Akhirnya beliau berjaya menjadi pemidato yang baik. Malam tadi ternyata beliau kembali menunjukkan kelemahan lamanya. Bicaranya terlalu formal, tersangkut-sangkut, serangan psikologi yang hampir tak tertepis dan tiada kenyakinan diri berbanding Dato' Shahrir yang sentiasa dengan senyum walaupun senyum kambing.

Walau bagaimana pun, penonton dikelirukan dengan penampilan kedua-dua tokoh. Menteri dengan pakaian yang santai dan YB Salehuddin dengan pakaian "4 pieces" yang lengkap. "First Impression" yang menarik tetapi malangnya hujah-hujah mereka juga mengikut trend pakaian masing-masing.

Dato' Shahrir juga gagal dalam berhujah. Banyak jawapan yang terawang-awang. YB Salehuddin pula asyik mengulang perkataan yang sama berkali-kali.

Kesimpulannya walau pun hujah kedua-dua tokoh hampir sama. YB Salehuddin membawa bersamanya inspirasi seluruh rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi dalam isu yang membeban dan merunsingkan ini dan beliau telah gagal untuk melaksanakan harapan yang terlalu tinggi ini.

Sekian. Harap Maaf. Terima kasih.