21.7.08

HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO






Perbincangan mengenai isu "meeting"PAS dan Umno kian diperkatakan dengan meluas di media perdana.Isu ini merupakan isu di atas dasar "meja perpaduan".Isu ini bergema semula selepas kejatuhan empayar Umno dan konco.Mereka terseret di tengah jalan kerana mereka mungkin takut ada rahsia besar akan jatuh jika kerajaan pakatan mengambil alih.Umno sudah hilang kerisnya dan taringnya sudah tumpul.Ia seperti hilang arah.Maka agenda yang terakhir untuk dijadikan senjata WMD ialah perpaduan melayu dengan Pas.Adalah ditegaskan kita bukan menghalang perpaduan tetapi Parti Islam seperti PAS perlu sedar dengan tipu helah UMNO.Rakyat sudah melihat UMNO memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih namun kita tidak merasa selesa kerana merasakan banyak ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi dan DEB pun dinodai oleh sesetengah golongan Melayu yang tidak bertanggungjawab.Pas perlu hati-hati dan berjalan di atas kecerdikan siasah dalam menuju jalan-jalan kemenangan mutlak.Takbir!

3 comments:

Anonymous said...

It enables us to express our feelings and opinions.

Anonymous said...

from tranung reader:

MUZAKARAH ISLAM , Ganti Muzakarah UMNO - PAS (Score: 1)
by ulitmayang on Tuesday, July 22 @ 08:54:21 MYT
(User Info | Send a Message)
UMNO , dengan rasminya melalui Presidennya , Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi , melalui kenyataan akhbarnya semalam , 20 Julai 2008 , Ahad , telah menerima cadangan dan pelawaan PAS tersebut.

PAS , sebagai parti yang mendokong dan membawa islam sebagai risalah perjuangan , dan menjadikannya sebagai dasar , serta bercita – cita untuk memakmurkan bumi Malaysia ini dengan sinar islam , telah memulakan langkah pertama yang betul.

MUZAKARAH ISLAM Oleh kerana , terdapatnya tanda – tanda adanya sedikit kekeliruan , dan salah faham , yang akhir dikhuatiri akan menjejaskan sesi perbincangan atau muzakarah dalam siri –siri berikutnya , adalah dicadangkan supaya nama tajuk ditukar , daripada MUZAKARAH UMNO PAS kepada MUZAKARAH ISLAM.

TUJUAN DAN KEBAIKANnya

Dengan menggunakan nama MUZAKARAH ISLAM , ialah ;-
untuk mengelakkan rasa ragu – ragu , curiga , tidak puas hati , syak akan niat sebenar tujuan yang murni ini
untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan sabotaj dari mana – mana pihak
untuk mempercepatkan muzakarah sebenar
untuk melicinkan perjalanan perbincangan
TAMBAHAN KEAHLIAN Oleh kerana , sudah tiga [ 3 ] kali perbincangan diadakan bagi peringkat awalnya , maka sudah ada butiran perbincangan , konsep muzakarah , kandungan dan isi perbincangan , maknanya semua nya sudah diperhalusi , maka ada baiknya keahlian ditambah , yang meliputi semua golongan masyarakat , jenis pekerjaan , kumpulan – kumpulan pakar ekonomi , sains , teknologi , agama , badan – badan bukan kerajaan BBPM , dan lain – lain. Ini termasuklah
JAKIM
MAJLIS PEGUAM ISLAM
PERKIM
ABIM
BBPM
PERSATUAN CINA MUSLIM
PERSATUAN ULAMAK MALAYSIA
PENSYARAH
UNIVERSITI
IKIM
Dan lain – lain
Ini kerana islam bukan milik UMNO atau PAS sahaja





Re: HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO (Score: 1)
by isyak on Tuesday, July 22 @ 09:15:09 MYT
(User Info | Send a Message)
Saya rasakan kebanyakan yang buat kecoh kat sini adalah provokator bukan ahli PAS yang di tarbiah, kebanyakannya kaki sembang kat internet aje, bukan buat keja untuk jemaah pun. Sibuk buat kecuh aje, nak keluar PAS le, jadi ahli pun tidak, saja nak buat kecuh kat rumah orang. Pi la lu





Re: HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO (Score: 1)
by isyak on Tuesday, July 22 @ 09:15:20 MYT
(User Info | Send a Message)
Saya rasakan kebanyakan yang buat kecoh kat sini adalah provokator Amno bukan ahli PAS yang di tarbiah, kebanyakannya kaki sembang kat internet aje, bukan buat keja untuk jemaah pun. Sibuk buat kecuh aje, nak keluar PAS le, jadi ahli pun tidak, saja nak buat kecuh kat rumah orang. Pi la lu





Re: HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO (Score: 1)
by akunyer on Tuesday, July 22 @ 09:35:36 MYT
(User Info | Send a Message)
Wahai PAS yang aku sayangi ...
Dulu waktu kuat , depa x pandang pun muzakarah ke apa...
Bila depa tau depa dah lemah.. barulah nak duduk semeja.. lepas tu satu Malaysia tau...
Depa nak gunakan PAS untuk kononnya untuk kesejahteraan umat Islam dan Melayu... tapi.. aku rasa depa ada udang di sebalik batu....
PAS , kita tetap dengan pendirian kita... x kan Melayu mudah lupa kot... depa kan penuh dengan tipu muslihat.... janganlah dengan mudah ditipu wahai PAS...





Re: HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO by akuDiakamu on Tuesday, July 22 @ 09:56:05 MYT

Re: HATI-HATI DENGAN HELAH UMNO by akuDiakamu on Tuesday, July 22 @ 10:01:49 MYT

al-chechen said...

Inilah yang sangat ditakuti. Asyik tertipu sedangkan kita jujur dan ikhlas.