25.11.08

KENAPA MEMPERTIKAI TUAN GURU?SIAPA ANDA?




Kenapa mempertikaikan tuan guru?


Saya melihat forum-forum yang memperlekehkan tuan guru di merata.Kita tahu pemimpin bukan maksum tapi pemimpin perlu dihormati lebih-lebih lagi seorang ulamak bangsa!Siapa anda untuk mengkritik tuan guru?
Tuan guru tidak mahu menjadi pemimpin politik tapi kehendak kami rakyat kelantan yang mahu beliau memimpin kami.Nabi s.a.w merupakan pimpinan politik dan ia diakui oleh sarjana.
TG nik aziz merupakan pejuang dari zaman beliau pemuda lagi sehingga sekarang.
Meruntuhkan perangai "jahiliyyah" masyarakat daripada main berjudi dan minum arak kepada masyarakat yang bercirikan Islam.
Politik siasah syariiyah yang dibina oleh tuan guru amat bijak.
Beliau tidak ada agenda peribadi kerna tahu soalan akhirat lebih berat dari tanggungan dunia.Tidak guna wang untuk merasuah pengikut tapi para pengikut yang mencarinya bak mencari "berlian".
Cuba tanya diri anda,adakah pemimpin politik sekarang yang mahu membicarakan peraturan menutup aurat dalam masyarakat selain tuan guru yang sentiasa memperingatkan kaum-kaum perempuan suapaya menjaga batas-btas aurat.
Rupanya besar sungguh jasa penjajah kerna menyuntik "dadah beracun" dalam minda orang islam yang berkata ulama tidak boleh memimpin!
Siapa anda untuk memperlekeh tuan guru!Jika anda ada masalah pergilah ajak bincang dengan tuan furu!Saya tidak taksub tapi saya menyokongnya selagi mana tidak bercanggah dengan hukum syarak!Siapa anda untuk memperlekeh tuan guru!

3 comments:

Anonymous said...

Re: Kenapa mempertikai tuan guru nik aziz?siapa anda? (Score: 1)
by sekutliyut on Wednesday, November 26 @ 15:16:47 MYT
(User Info | Send a Message)
saya sokong...
setiap orang akan melakukan kesalahan, kerana selain dari rasul dan nabi, setiap orang pasti berdosa...tetapi orang yg paling banyak jasa dan kurang berbuat membuat dosa adalah TGNA,wpn kadang2 statement agak kasar dan jarang didengar tetapi setiap pertuturan beliau adalah berdasarkan ilmu yg di tuntut
tiada tokoh yg setanding dgn beliau setakat hari ini, selepas ni mgkn kot
teruskanlah berjuang kerana Islam kerana Islam for all dan PAS untuk semua

osamabinladen said...

Allahu Akbar

Anonymous said...

Re: Kenapa mempertikai tuan guru nik aziz?siapa anda? (Score: 1)
by fikrie_mfm (mnsepadu@gmail.com) on Wednesday, November 26 @ 16:42:21 MYT
(User Info | Send a Message) http://www.belum_buat_lagi@net
Assalamualaikum
Kepimpinan TGNA telah diketahui umum setakat mana keberkesanannya khususnya dikelantan. Walaupun saya bukan anak kelantan namun sebagai rakyat dan juga umat islam harus mengakui kebolehan beliau. Kita renungkan pilihanraya yang lepas, berapa banyak peruntukan di tabur di negeri kelantan tapi rakyatnya masih setia bersama TGNA. kenapa? saya tidak dapat
menjawabnya kerana saya bukan anak kelantan. Tapi saya juga punya pengalaman bertemu dengan seorang cina dari kelantan....sambil berbual saya sempayt menyelitkan tantang kepimpinan TGNA. kata cina tersebut......kawe....tetap akan sokong tok guru walaupun dia memimpin Kelantan dari atas katil. MasyaAllah...jawapan dari seorang penganut budha. Tapi kita org islam bagaimana....seringkali mempertikaikan kebolehan dan kepimpinan beliau, Ingatlah, sejarah telah banyak mengajar kita....renungkan BOSNIA..........kenapa behgitu nasib mereka....fikirkanlah wahai sahabat sahabat sekalian. Semoga anak cucu kita dimasa akan datang membesar sebagai Islam sejati bukannya islam yang dimomokkan dengan kepentingan diri sendiri. Islam itu indah, sama sama kita hayati. Wassalam