6.11.08

jangan mudah menghukum (part 2)

Ketika saya tulis artikel wahai pendakwah jangan cepat menghukum..dalam tranungkite,saya melihat banyak komen yang diberikan leh pengunjung.Positif dan negatif itu biasalah ragam dan mehnah penulisan.Saya terasa lega kerana saya sudah jelas kan pada pemuda-pemudi yang terlibat dalam dakwah supaya jangan cepat menghukum.Jangan tertipu dan salah sangka dengan tipu daya syaitan yang sentiasa melingkari kita.Saya mengatakan dalam artikel tersebut bahawa jika tidak terang-terangan kita tidak bleh menjatuh hukum terus tanpa usul periksa.Maknanya jika seseorang membuat kenyataan jelas mengatakan hukum hudud itu tidak wajib dan lekeh jatuh hukumnya kafir atau tidak?jawablah sendiri..Kita ini tidak bleh menghukum manusia sesuka hati tanpa mendengar atau melihat bahawa terbukti jelas dan nyata.Wahai saudara,pernahkah saudara membaca kitab-kitab ikhwan muslimin yang menjelaskan pada kita bahawa imam assyahid hasan al banna r.h mengatakan bahawa beliau r.h tidak mahu memetik buah yang tidak ranum(ertinya anak-anak muda dalam usrah yang belum cukup ilmunya)agar tidak cepat menghukum pada mad'uu nya.
Saudara,berapa biji kitab ikhwan yang kita baca?Kita berjuang dengan ilmu sebagai senjata di dada bukan dengan emosi.Pernahkah membaca kitab tulisan yusof qardawi bertajuk"pengalamanku dalam ikhwan.,"bacalah agar beroleh pedoman sejarah.KIta berada dalam gerakan Islam yang sama jadi kita tidak perlu menuduh saudara kita tanpa bukti.Gerakan kita pas bukan lagi menjadi ekslusif tapi kitalah ahli Pas yang mara mendekati golongan UMno yang perlu dibimbing.Inilah gaya dakwah yang tidak kita tidak perlu putus asa dalam mendekati ahli umno.Bina akhlak kita dan bimbing semua.amin.

1 comment:

Anonymous said...

from tranung reader:

Re: Wahai pendakwah.. jangan cepat menghukum part 2 (edisi akhlak) (Score: 1)
by neam on Saturday, November 08 @ 17:06:27 MYT
(User Info | Send a Message)
Alhamdulillah tulisan ini membuktikan kepada saya masih ada golongan yang ikhlas dalam menyatakan kepadaNYA Telah datang hampir kepada saya satu keputusan untuk tidak lagi menyokong PAS yang disokong oleh almarhum bapa saya, yang terus menyokong biarpun dinafikan hak2 rakyat malaysia, kerana menyokong PAS setalah membaca komen2 golongan yang kononnya inginkan ISLAM tertegak secara syumul di Malaysia tetapi menggunakan akhlak yang jelik dalam menyampaikan perintah2NYA.

Ilmu saya tidak setinggi mana tapi pengalam bertemu dgn masyarakat Islam dimerata negara didunia ini...Islam itu indah akhlaknya pelbagai budayanya...
Jangan kita mudah menghukum......
"Berdakwahlah ke Jalan Allah dengan HIKMAH"


[ Reply to This ]




Re: Wahai pendakwah.. jangan cepat menghukum part 2 (edisi akhlak) (Score: 1)
by abuadil_alkaff on Saturday, November 08 @ 19:58:15 MYT
(User Info | Send a Message)
terlanjur disebut ikhwan dan imam albanna, ambe terjemahbutakan tulisan albanna yang berkait dengan perkara tersebut sebagai tersebut dalam risalah atta'alim.
"Kita tidak mengtakfirkan sesaorang muslim yang berikrar dengan syahadatain, beramal dengan tuntutannya, dan menunaikan fardhu2nya, disebabkan oleh pandangan atau maksiat (yang dilakukannya) kecuali jika berikrar dengan kalimah kufur atau mengingkari perkara yang mesti diketahui secara dhorurah, atau mendustai kesorihan alquran atau mentafsirkannya dalam bentuk tidak menurut uslub bahasa arab atau beramal dengan amalan yang tidak membawa ta'wil melainkan kufur"

perkara kedua ambe nak sebut ialah cubalah kita fahami pemikiran albanna dengan sebenarnya semoga kita dapat manfaat.
wallahu a'lam




[ Reply to This ]




Re: Wahai pendakwah.. jangan cepat menghukum part 2 (edisi akhlak) (Score: 1)
by AUM on Saturday, November 08 @ 22:34:03 MYT
(User Info | Send a Message)
saya setuju yg kita tidak boleh menuduh sewenang2nya.

harus diingat, ulama' dan pendakwah bukan menghukum, tetapi memberi peringatan. tp malangnya org yg mendengar yg menghukumkan pendakwah dan ulama' itu menghukum seseorg.

contohnya, kita selalu nak dgr kalau solat dpt apa. tp utk mendengar tidak solat dpt apa, ramai antara kita berat utk menerimanya. yg mendengar dan ambil iktibar, alhamdulillah.
tp bila yg mendengar dan kata si ustaz tu mengkafirkan org, b0doh lah org itu.

kalau engineer ckp tiang kena saiz 150x200 kalau tidak rumah boleh runtuh tp kita kata si engineer tu doa supaya rumah kita runtuh, tak ke bod0 kita..



[ Reply to This ]