22.5.08

BERTUAHNYA NAJIB..






TUAH BADAN,


TUAH AKHIRNYA MENGALAHKAN JEBAT,


PAK LAH AKAN BERIKAN BATON PADA NAJIB,


SEMUA RAKYAT YAKIN,


PAK LAH AKAN BAGI JUA,


BILA SAMPAI MASA BUKAN SAMPAI TUA,


TRANSISI SEPARA AUTOMATIK,


GAYA GANTI,


MUNGKIN TUN MAHATHIR AKAN MASUK UMNO,


JIKA BERLAKU TRANSISI,


KITA PUN AKAN TRANSIT BERAMAI-RAMAI KE SATU TEMPAT ,


ALAM BARZAH,


SEBELUM KE MASYHAR,


MENGHITUNG AMALAN KITA.....


SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

19.5.08

OH MAHATHIR




ENAK MENJAMU MATA,


BERITA TERKINI DAN SENSASI,


TIDAK KU SANGKA JADI BEGINI,


TOKOH UMNO ARKITEK NEGARA MAHATHIR ,


KELUAR PARTI YANG DIBELA NYA DULU LAGI,


BERANI TUN BUAT BEGITU YA,


AKU TABIK PADA TUN KERANA SAYANGNYA PADA PARTI,


TIDAK MAHU MELIHAT NAKHODA UMNO TUNGGANG TERBALIK,


KEKAYAAN DIKUMPUL,


KU JUGA TERINGAT IA KUASA TUHAN,


MENDENGAR DAN MEMAKBULKAN DOA YANG DIZALIMI,


HARI INI UMNO PECAH BERDERAI-DERAI,


BAGAI RETAK SUDAH TERBELAH,


BAGAI BANGKAI YANG DIHURUNG LALAT,


IA MAKIN PUDAR,


IA TIDAK RELEVAN LAGI,


BAGUS TUN BAGUS,


SEKURANG-KURANG ALANG-ALANG MAKAN BARA API BIAR SAMPAI JADI NAGA.


13.5.08

KERAJAAN ADIL DITUNGGU BAK PUNGGUK RINDUKAN BULAN





KEADILAN ASAS KEPADA APA JUA TINDAKAN,




KERAJAAN JADI HARAPAN RAKYAT,




RAKYAT INGIN MELIHAT DEB DIPACU BAIK,




BUKAN DEB DIROBEK SANA SINI,




DUIT RAKYAT HAK RAKYAT,




TAR DAN ASPAR HAK KERAJAAN UNTUK BUAT,




5O TAHUN MERDEKA MASIH ADA TANGISAN RAKYAT MISKIN KEDANA,




BUKAN TIADA USAHA TAPI KEKAYAAN TIDAK DIAGIH SECARA ADIL,




MEMBANGUN MERCU TANDA MELAMPAU JADI KERANDA BUAT BIASISWA ANAK SEKOLAH,




MERCU JUTAAN DI PULAU TIADA IMARAH,




YANG KAYA TETAP AKAN KAYA DAN MISKIN TETAP MISKIN,




KERAJAAN YANG ADIL DITUNGGU SIANG DAN MALAM,




DITUNGGU OLEH SETIAP MARHAIN.

11.5.08

DUKA PALESTIN



TIDAK TERPERI LAGI MENANGGUNG,


BEBAN DAN DAYA SUDAH PERIT,


TIADA JALAN KELUAR,


TIADA BANTUAN,


KELETIHAN AMAT,


JERIH DAN JERITAN BATIN,


TELINGA SUDAH HANCUR,


AIR MATA SUDAH KERING,


MENGINGATI PALESTIN,


DITIKAM MATI ISRAEL,


BUNTU KERNA TIADA BANTUAN,


ADA TAPI TIADA,


OIC TIADA JIWA,


SENYAP SERIBU BAHASA,


JORDAN MELIHAT FANA,


ANAK PALESTIN TERUS DIAZAB,


SEHINGGA KERING,


TINGGAL TULANG BELULANG,


HADIAH BUAT PEMIMPIN ISLAM YANG TERUS TERLEKA,


DIBUAI KEMEWAHAN DUNIA SAKA.

10.5.08

SURAT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KEPADA RAJA PETRA

HAYATILAH SURAT INI ................UNTUK SEMUA BLOGGER:


Contohi perjuangan Nabi Yusuf - Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra
Harakahdaily Thu May 08, 08 4:38:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin. -->-->
Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko.
Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.
Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000.
Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.
Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-
8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429
YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.
Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.
Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan Merangkap Mursyidul Am PAS - mr

IBRAHIM ALI ..BEBAS ATAU PAS





Parlimen Malaysia sedang hangat bersidang biarpun pelbagai isu yang dibangkit kan oleh pelbagai lapisan rakyat.Rakyat mula pandai dan celik mengenai parlimen yang dulunya parlimen ini jadi hak esklusif ahli parlimen semata.Semenjak 50 tahun merdeka rakyat tidak tahu menahu mengenai isu-isu yang berbangkit dalam Parlimen kerana tiada siaran langsung di media.Akan tetapi sekarang lain,Bn sudah buka "kepaknya" selepas kejatuhan pilihanraya 2008 yang lalu .
Parlimen tahun ini diseri dengan Parti pakatan rakyat yang terdiri daripada Pas,Keadilan dan Dap .Namun,tidak pada Ibrahim Ali yang dulunya Umno,kini bertanding atas tiket bebas namun Pas mengizinkan lambang bulan untuk Ibrahim mengibarkan pada logonya .Wujudnya,orang bebas dalam parlimen ada juga kesannya dari sudut "check and balance",dengan kata lain menjadi pemgimbang antara dua kuasa.Namun Ibrahim kena belajar hormat pada "tuan punya lambang" iaitu Pas,bendera yang diwakili dalam pilihanraya lalu.Sekurang-kurangnya Ibrahim belajar untuk mengambil elemen-elemen Islam yang menjadi tunjang pada Pas.Cadangan-cadangannya perlu dimurnikan dengan cadangan wakil parlimen Pas barulah ia tidak bercangggah dengan prinsip musyawarah.Pentingnya ada pengimbang antara dua kuasa tetapi perlukah membelakangkan "tuan punya lambang".Isu cadangan pindaan akta Isa kepada yang lebih baik perlukan kerjasama dan kata sepakat dari pakatan rakyat.Orang Pasir Mas itu perlu lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dari sudut idea dengan Pas supaya lebih terarah.Akhirnya,kita perlu amal"kacang tidak akan lupakan kulit".

5.5.08

LA ILAHA ILLA ALLAH






Saya terpaku bila dalam usrah kawasan semalam bincang berkenaan cubaan murtadnya seorang yang digelar "u...zah'.Sebelum itu,saya memang biasa mendengarnya lebih-lebih lagi di pendalaman bawah bayu ini.Terfikir dalam jiwa saya akan kebimbangan terhadap keluarga dan juga rakan-rakan lain yang juga berada dalam cabaran yang sama.Saya terus berdoa agar mengekalkan syahadah saya dan famili dalam agama mulia iaitu Islam.Dalam usrah semalam juga saya rasa sayu bila ada sahabat usrah yang mengingatkan tentang amanat allahyarham mantan presiden Pas ust fadhil noor yang bunyinya"islam ini bukan untuk pemalas".Inilah teguran buat kita yang mengaku kita Islam.
Sayugia diingatkan, bahawa ancaman musuh Islam (yahudi dan nasara,munafik)tidak akan selesai selagi kita tidak tunduk kepada ajaran mereka.Mereka berkerja 24 jam untuk menghancur jiwa ummah tapi kita mempunyai masa untuk berfoya.Tidakkah sesuatu perkara itu terjadi supaya kita sedar bahawa kita ini akan dihitung oleh tuhan sekalian alam.Semoga Islam bangkit melalui perjuangan pemuda-pemuda Islam yang ikhlas pada Tuhan.Wallahua'lam

29.4.08

SILA BUAT UNDI TIDAK PERCAYA DALAM PARLIMEN






PARLIMEN SUDHA MULA,


SEMUA BARU-BARU BELAKA,


BAJU BARU,


PANGKAT BARU BUAT MENTERI,


PANGKAT BARU BUAT WAKIL PARLIMEN,


SEMUA NYA SERBA SERBI BARU,


HUJAH MUNGKIN YANG BARU,


ISU ADA LA YANG BARU ,


BANGKANG MESTI KUAT PUNYA,


BARISAN SI KUDA TUA MASIH ADA,


YANG LAMA TETAP LAMA,


TIDAK ADA KETAKUTAN BAGI MENTERI LAMA,


KECUALI PM YANG TAKUTKAN UNDI TIDAK PERCAYA,


JIKA UNDI ITU KELUAR MUNGKIN TINGGALLAH TAG NAMA SAJA,


JIKA TERJADI UNDI TIDAK PERCAYA MUNGKIN MENGEJUTKAN DUNIA,


YANG SELAMA INI MENGEKALKAN KUDA TUA,


KUDA TUA YANG LEMAH SUDAH TIDAK BERDAYA,


LESU PERLU DITUKAR,TUKARLAH,TUKAR......SILA TUKAR...

21.4.08

ISLAM ACUAN PERPADUAN MELAYU






PAS PERLU MENDEPANI PERJUANGAN MELAYU ISLAM

MENYELESAIKAN MASALAH MELAYU,

MEMBERSIHKAN JIWA-JIWA SEKULAR,

MENYAHKAN VIRUS-VIRUS KRONIK,

ISLAM MESTI DIDEPAN BUKAN DIBELAKANG,


PAS PERLU MENDEPANI PERUBAHAN MELAYU,


MEMASTIKAN DEB UNTUK SEMUA RAKYAT,


ISLAM PENYELASAIAN UMMAH,


ISLAM ITU RAHMAT,


TAPI JIKA KITA TINGGALKAN ISLAM DIBELAKANG,


KITA AKAN TERUS MUNDUR DAN RAHMAT TERHALANG,


BUKANKAH BUMI INI DIWARISI OLEH ORANG-ORANG YANG SALIH,


BUKAN ORANG CETI DAN PEMUKAT WANG RAKYAT,


BUKAN JUGAK UNTUK CELIK YANG BUTA HATI..


MARILAH BERUBAH UNTUK ISLAM.TAKBIR!