12.4.08

BUAT PAKATAN RAKYAT...(ISU HUDUD)

Tuan guru Mursyidul AM, antara tokoh utama pejuang kepada perundangan Islam.




Pakatan rakyat yang dibentuk selepas pilihanraya umum 2008 merupakan pakatan yang berpijak di bumi yang nyata.Gabungan tiga presiden mewakili 3 parti idaman rakyat itu tidak mengejutkan UMNO tetapi ternyata menggugatkan beberapa puak dalam Umno yang tidak mahu parti mereka diancam sekali lagi oleh pakatan rakyat yang dahulunya dikenali sebagai barisan alternatif(BA).Namun, kita bimbang dengan pakatan rakyat ini yang tidak lagi mencapai beberapa kata sepakat dalam beberapa perkara.Pada hemat penulis,apabila desas desus Pas akan menjadi tunjang dalam pakatan maka ia memberi impak kepada sesetengah pimpinan DAP yang masih tidak membaca dan mengkaji tentang implikasi serta pelaksanaan hukum hudud yang wajib dijalankan oleh pemerintah Islam dalam daulah Islamiyah.Kekaburan isu ini perlu dileraikan terlebih dahulu sebelum pakatan rakyat ini bergerak maju kehadapan dan mendapat tempat di hati rakyat.Isu perundangan Islam ini boleh diselesaikan dengan beberapa kaedah cadangan:



  1. Memperkasakan penerangan terutama kepada ahli dan pimpinan dalam parti Islam semalaysia(pas),Keadilan,dan Dap terlebih dahulu sebelum menerangkan kepada peringkat rakyat awam.

  2. Pembukuan tentang pelaksanaan dan impak pelaksaan perlu dibanyakkan.

  3. Isu perundangan Islam ini perlu diprojekkan kepada beberapa NGO untuk dikaji dengan lebih mendalam.

  4. Rakyat awam perlu disedarkan tentang kelemahan hukum idealogi manusia dan kaedahnya mungkin boleh dibuat banyak seminar dan hi-tea terbuka ditempat awam.

  5. Perundingan antara pakatan rakyat perlu suburkan sehinggalah isu ini selesai dan difahami dengan baik oleh semua pihak.

Isu hudud adalah cabang dari hukum-hukum Islam.Beriman dengan ayat-ayat hukum adalah wajib bagi umat Islam.Kita sudah 50 tahun merdeka dan sudah banyak isu ini tertangguh dan ditangguh oleh UMNO.UMNO juga perlu celik hukum.Kadar jenayah makin meningkat,kenapa tidak kita tidak berbalik pada sunnahtullah.Kita ini ciptaan Allah sudah tentu ada hukum yang telah dipakejkan sekali untuk manusia mentadbir bumi dengan lebih aman.Semoga pakatan rakyat mendepani isu ini dengan baik untuk umat sejagat.PEACE.

2 comments:

Anonymous said...

doakan la umno boleh jalankan hukum hudud kat mahkamah syariah ye. pas kena la berganding bahu dalam hal ini. mungkin orang umno mempunyai idea yang bagus dan orang pas boleh sediakan kertas kerja. bersama samalah. janganlah ada rasa tak percaya sesama islam. kita juga yang rugi.

Anonymous said...

from tranung:

Re: Buat Pakatan Rakyat (Isu Hudud) (Score: 1)
by emymar on Monday, April 14 @ 15:06:14 MYT
(User Info | Send a Message)
re-echo..

"..Semoga pakatan rakyat mendepani isu ini dengan baik untuk umat sejagat.."

Ingat semua nak korner kena slow2...terbalik kuang jadinya