6.4.08

SELAMATKAN AKTIVITIS KAMPUS



P'raya 8 Mac: Siswa UIA kena tindakan
Apr 4, 08 4:15pm
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya umum lalu.Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu pada Selasa depan.Menurut surat universiti, katanya kepada Malaysiakini, UIA telah menggantung pengajiannya dan menahan beliau menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). UIA juga meelarangnya mengambil keputusan penuh."Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya ditahan daripada menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan," kata Meor Isfandi.Beliau bagaimanapun mendakwa telah tamat pengajian penghujung tahun lepas apabila berakhir peperiksaan pada November lepas."Adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan? "Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?" katanya.Selepas tamat peperiksaan, katanya, beliau mula mengurus kehidupannya sebagai seorang pemuda yang telah tamat pengajian."Saya menjalani hidup biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universiti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat sarjana," kata Meor Isfandi dalam mesej emel. "Saya juga terlibat dalam pilihanraya umum lalu kerana ia menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia."UIA mempunyai pandangan berbeza - Meor Isfandi masih seorang pelajar sehinggalah tamat pengajian dan tertakluk kepada peraturan universiti, kata penolong pengarah unit perundangannya, Mohamad bin Mos, kepada Malaysiakini.Meor Isfandi juga berkata UIA "tidak profesional" mengendalikan kesnya - mengenakan tindakan sebelum beliau mengemukakan buktinya. Prosiding terhadapnya ditetapkan pada 8 April ini. Beliau mendakwa, UIA hanya mengirim mesej emel dan menelefon beliau memaklumkan tentang prosing - tetapi Mohamad menafikannya. Pegawai itu berkata universiti menggunakan beberapa kaedah untuk memaklumkan kepada pelajar, termasuk surat selain emel dan telefon.

DARI:MALAYSIA KINI.

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Bro.. U kan pelajar Islam dan Sains Politik, inila masa nak gunakan ilmu yang dok lecturer ajar... Ini kira "projek" tahun akhir la...

Universiti pun ada politiknya... Kalau kita tak "ngam" dengan pihak pentadbiran Universiti, memangla kekadang ada aje isunya...

Saya dulu di Universiti pun pernah kena blacklist oleh pihak-pihak tertentu (bukan semua pihak), walhal saya seorang exco MPP, biasala nak tunjuk kuasa...

Di Kampus ade cara politik Kampus, diluar Kampus ade politik diluar Kampus... Kalau kita berani dan sanggup risiko, kena akurla, kalau tetiba ade orang nak "target" kita.

Kalau nak selamtkan orang U, kenala cari orang U atau orang Kementerian Pengajian Tinggi...

Tak tahula kalau boleh buat demonstrasi kat U pulak...

Saya rasa kalau buat demo kat U, mungkin lebih berkesan, sebab pihak U biasanya tak suka kecoh-kecoh kerana menampakkan kelemahan U kerana tak boleh control...

Anonymous said...

from tranung:

Re: Selamatkan aktivis kampus dari Nasionalis Kampus (Score: 1)
by neves676 (adhvfgasdhJ@hotmail.com) on Thursday, April 10 @ 04:21:16 MYT
(User Info | Send a Message)
ape nie!!!!!
kate nak mansuhkan AUKU....
UMNO mmg pnipu!!!!!!
aku plik sbb pakgad uitmJohor bleh sng2 je kasi sorg student letak bendera UMNO kat keta die....
x adil lgsg.,..klu la kau ltak bendera pkr,awal2 dah kne buang...
mana hak kami!!!!!!!

lahanat ko pakgad!!!!!!
mampus ko UMNOMore!!!!!!